CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 2 Hari Merasa Bawa, Guru Putih Mata Alza Baru Remuk Dirempuh

3-8-2022 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3427| Komen: 23

Description: Hanya selepas dua hari memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang baharu dilancarkan oleh Perdana Menteri dua minggu lalu, seorang wanita terbabit kemalangan dalam nahas empat ken ...
Hanya selepas dua hari memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang baharu dilancarkan oleh Perdana Menteri dua minggu lalu, seorang wanita terbabit kemalangan dalam nahas empat kenderaan semalam.


Kejadian yang berlaku di Kilometer 36 Jalan Tampin Gemas, berhampiran persimpangan Jalan Kampung Sungai Dua, di sini kira-kira pukul 5.55 petang itu menyebabkan Perodua Alza berwarna hitam milik guru berusia 37 tahun itu rosak teruk di bahagian hadapan.



Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.55 petang membabitkan kenderaan Perodua Alza, Perodua Kancil, Proton Saga dan sebuah kereta jenis Hyundai.


Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Alza berkenaan dari arah Gemencheh menuju Bukit Jalor Air Kuning Selatan telah berhenti di simpang Jalan Kampung Sungai Dua-Air Kuning Selatan bersama sebuah kereta Perodua Kancil di belakangnya untuk masuk simpang yang sama. 

“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun terus keluar dari simpang iaitu dari arah Air Kuning Selatan ke arah Gemas berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin.

“Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu kereta Hyundai hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Alza yang menunggu untuk membelok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, pemandu kereta Perodua Kancil luka di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Tampin sebagai pesakit luar. 

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/1959).

Dalam pada itu, gambar kejadian kemalangan tersebut turut tular di media sosial dengan rata-rata netizen menyatakan rasa simpati terhadap pemilik Perodua Alza tersebut. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-8-2022 03:16 PM
Jilaka sunggoh saga tu...
Quote LoveSungmin 3-8-2022 04:03 PM
rip alza
Quote margo20 3-8-2022 04:04 PM
Alza baru ni nampak macam modified aruz ja
Quote myakayina 3-8-2022 04:10 PM
sabar jela..
Quote ezacbee 3-8-2022 04:14 PM
Saga dengki tu...
Quote noell 3-8-2022 04:21 PM
dan persoalan utamanya insurance kereta manakah yg patut dituntut??bincangkan
Quote NurAlia14 3-8-2022 04:26 PM
Remuk teruk dpn alza baru tu
Quote jfq 3-8-2022 05:03 PM
Aduh tah2 plastik cover seats pun tak bukak lagi
Quote Artemesiaa 3-8-2022 05:06 PM
Takziah buat semua terlibat
Quote annehuda 3-8-2022 05:07 PM
ntah2 ni alza yang beli pakai kabel tu.  rezeki tak berkat hahaha #SisGurauJe #JanganPembarisSangat
Quote MissyMolly 3-8-2022 05:08 PM
Salam takziah utk alza
Quote imransulaiman 3-8-2022 05:08 PM
margo20: Alza baru ni nampak macam modi ...


Betul tu. Macam hasil edit gambar tarik sana tarik sini je..
Quote Xim 3-8-2022 08:47 PM
Mcm total lost je...smg brtabahla...nk beli baru kena beratur drpd mula...jenuh nunggu
Quote syamzana 3-8-2022 08:54 PM
noell replied at 3-8-2022 04:21 PM
dan persoalan utamanya insurance kereta manakah yg patut dituntut??bincangkan

alza tuntut insurans hyundai....hyundai+saga kene bergasak sapa yg salah baru buat tuntutan
yg kancil tu sapa langgar??tup2 kepala luka yg lain elok je kereta yg parah
Quote uori 3-8-2022 09:00 PM
tak sempat nak ciwi
Quote akies 3-8-2022 09:06 PM
Adeh.. kesiann..kete bau kedai lagi dh accident
Quote matchstick 3-8-2022 09:10 PM
Kesian nya..takziah. Bau kereta baru semerbak lagi dh remuk teruk. Spoil sgt
Quote .HannahMontana. 3-8-2022 09:10 PM
annehuda replied at 3-8-2022 05:07 PM
ntah2 ni alza yang beli pakai kabel tu.  rezeki tak berkat hahaha #SisGurauJe #JanganPembarisSangat

kata-kata yang mcm ini kita terus kata fitnah

xde apa yg boleh pertahankan ungkapan dan sesinis itu  dengan menggunakan  "hahahahha" ataupun " hanya  gurauan"


memang jahat walau siapa pun ko

manusia jahat sahaja yang mempersenda kesusahan org lain

zalim
Quote annehuda 3-8-2022 09:30 PM
Edited by annehuda at 3-8-2022 09:31 PM
.HannahMontana. replied at 3-8-2022 09:10 PM
kata-kata yang mcm ini kita terus kata fitnah

xde apa yg boleh pertahankan ungkapan dan sesinis i ...


Ko tu pun sama jahat gak. Pegi reka citer ira kazar dah bertunang ngan sol,pastu org screenshot gi send kt puteri sarah. Siap kaler bold merah lg tu. Sempat la berkuburan sekejap. Nah ni aku tepek balik kalau ko lupe
11111-4.jpg



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066112 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top