CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasat Sama Ada Juruterbang Mati Sebelum Jatuh Atau Lompat Dari Pesawat

3-8-2022 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1337| Komen: 0

Description: Penyiasat pihak berkuasa penerbangan di Amerika Syarikat (AS) giat menyiasat sama ada seorang pembantu juruterbang meninggal dunia terlebih dahulu sebelum terjatuh atau melompat dari sebuah pesawat ba ...
Penyiasat pihak berkuasa penerbangan di Amerika Syarikat (AS) giat menyiasat sama ada seorang pembantu juruterbang meninggal dunia terlebih dahulu sebelum terjatuh atau melompat dari sebuah pesawat baru-baru ini.


Selepas juruterbang itu terjatuh atau melompat keluar dari udara, pesawat itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Durham pada Jumaat lalu.


HuffPost

Namun, pembantu juruterbang, Charles Hew Crooks berusia 23 tahun tidak berada di dalam pesawat ringan tersebut ketika ia mendarat cemas.

Difahamkan, roda kanan kapal terbang itu mengalami masalah menyebabkan ia sukar untuk mendarat.


Bagaimanapun, mayat pembantu juruterbang tersebut ditemui kira-kira lebih 48 kilometer ke selatan lapangan terbang tersebut.

Mayatnya ditemui di belakang rumah seseorang dan dia tidak memakai payung terjun dan pihak berkuasa percaya dia jatuh dari ketinggian lebih 10,000 meter.

Justeru, Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat sama ada dia meninggal dunia atau tidak sebelum terjatuh dari pesawat ringan itu. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.086856 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top