CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rezeki, Jodoh & Maut - Acara Korban, Majlis Kahwin Sebelah-Sebelah Upacara Pengebumian

3-8-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1526| Komen: 3

Description: Tular sebuah video di negara jiran menunjukkan tiga majlis berbeza di lokasi sama iaitu acara sembelih haiwan korban, pengebumian dan perkahwinan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.Video yang dim ...
Tular sebuah video di negara jiran menunjukkan tiga majlis berbeza di lokasi sama iaitu acara sembelih haiwan korban, pengebumian dan perkahwinan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.


Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @dmasfrmnsyah itu mencatat lebih 12 juta tontonan.


TikTok

Pemilik akaun berkenaan bernama Dimas Firmansyah (19) dari Garut, Provinsi Jawa Barat menyatakan bahawa ketiga-tiga acara tersebut berlangsung pada 10 Julai lalu semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketiga-tiga acara tersebut berlangsung di Cireundeu, Desa Godog, Daerah Karangpawitan, Garut.


Pada waktu penyembelihan binatang korban, di sebelah lokasi tersebut juga terdapat acara pengebumian.

Kelihatan orang ramai berkerumun bagi menyaksikan penyembelihan haiwan korban, tiba-tiba ada jenazah yang dibawa keluar dari ambulans dan kemudian dibawa ke kubur.

Manakala di hujung jalan sama pula,  terdapat sehelai daun kuning melengkung yang menandakan ada sambutan majlis perkahwinan diadakan.



Walaupun ketiga-tiga acara itu diadakan serentak, kata Dimas, setiap acara berjalan dengan lancar.

“Ada kesedihan, gelak tawa, dan gurauan dalam satu masa. Ia satu kebetulan yang unik,” ujar Dimas. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 3-8-2022 11:43 AM
kira balance lah kehidupan tu
Quote cikatilia 3-8-2022 12:39 PM
sempitnya lahai

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.161425 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top