CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelan Dah Siap, Elon Musk Nak Bina Lapangan Terbang Kegunaan Sendiri Pula

3-8-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 698| Komen: 0

Description: Manusia terkaya di dunia, Elon Musk merancang untuk membina sebuah lapangan terbang untuk kegunaan sendiri serta eksekutif kanan syarikatnya di luar Austin, Texas, lapor portal berita MailOnline.
Manusia terkaya di dunia, Elon Musk  merancang untuk membina sebuah lapangan terbang untuk kegunaan sendiri serta eksekutif kanan syarikatnya di luar Austin, Texas, lapor portal berita MailOnline.


Difahamkan, pelan dan konsep lapangan terbang peribadi itu telah siap dengan pembinaannya dikatakan bertempat di timur Austin, dekat Bastrop.

Lokasi sebenar dan tempoh masa pembinaan struktur itu bagaimanapun tidak didedahkan.


Gambar hiasan

Selain menjadi kemudahan untuk menerbangkan jet peribadi Musk dan eksekutif kanan beliau, lapangan terbang itu juga boleh digunakan syarikat milik bilionair tersebut yang lain.


Tahun lalu, entiti yang dikaitkan dengan sebuah lagi syarikat Musk, Boring Company, telah menguasai tanah seluas 29.5 hektar di barat laut Bastrop.

Ibu pejabatnya juga dipindahkan ke Pflugerville, pinggir bandar Austin yang terletak di daerah Travis.

Musk sehingga kini kerap terbang menggunakan jet peribadi Gulfstream G650 buatan 2015, namun beliau dilaporkan telah memesan jet peribadi baharu yang dijangka diperoleh tahun depan.

Musk juga dikatakan cuba meningkatkan pengeluaran di kilangnya berikutan beberapa cabaran berkaitan rangkaian bekalan dan kesan inflasi terhadap bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan kenderaan elektrik Tesla.

Justeru, beliau dilaporkan mungkin akan lebih kerap berulang alik ke Austin. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041019 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top