CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Laudya Cynthia Bella Minta Maaf, Nafi Kahwini Lelaki Timur Tengah

2-8-2022 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2134| Komen: 1

Description: Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menafikan desas-desus mendakwa dirinya kini sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dari Timur Tengah.
Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menafikan desas-desus mendakwa dirinya kini sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dari Timur Tengah.

Menerusi pengurusnya yang dikenali sebagai Rita, Laudya menangkis khabar angin tersebut yang sedang hangat bertebaran di media sosial sejak kelmarin.


IG LCB

“Saya minta maaf kerana berita ini sangat tidak benar.

“Semoga kita semua terhindar dari fitnah, ya. Barakallahufik,” kata Rita mewakili Laudya memetik laporan portal Indonesia, MNC.

Gosip mengenai perkahwinan aktres berusia 34 tahun itu timbul selepas viral video di TikTok memaparkan majlis perkahwinan kononnya Laudya dengan seorang kerabat diraja dari Dubai.


IG LCB

Lebih ‘memanaskan’ cerita, Laudya juga dikatakan sering terbang ke Dubai untuk bertemu dengan kekasihnya itu.

Sebelum ini, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada September 2017 namun tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada Julai 2020.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 3-8-2022 10:54 AM
kawin pun takpelah.. untung dapat lelaki sana kaya raya. kira sekufu lah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038996 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top