CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kru Konsert Psy Meninggal Dunia Jatuh Dari Ketinggian 20 Meter Ketika Alih Lampu

2-8-2022 08:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1957| Komen: 3

Description: Satu lagi insiden melibatkan kru konsert berlaku apabila kali ini seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia ketika sedang sibuk mengemas dan membuka kembali pentas konsert penyanyi Psy, Summer Swag 2 ...
Satu lagi insiden melibatkan kru konsert berlaku apabila kali ini seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia ketika sedang sibuk mengemas dan membuka kembali pentas konsert penyanyi Psy, Summer Swag 2022 di Stadium Gangneung, Korea Selatan pada Ahad.


Memetik laporan Allkpop, lelaki berusia 20-an berasal dari Mongolia itu terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika sedang mengalihkan lampu di tapak konsert tersebut.


AllKpop/WoW!Korea

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun dia mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar kemalangan itu berlaku.


Konsert Psy berlangsung sehari sebelum kejadian itu menimpa mangsa.

Minggu lalu, dua penari yang mengiringi persembahan kumpulan terkenal Hong Kong, Mirror mengalami kecederaan apabila skrin video gergasi (LED) menghempap mereka ketika sedang menjayakan persembahan.

Seorang mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Manakala, seorang lagi yang parah masih lagi dalam keadaan kritikal dan terbaharu, doktor memaklumkan dia mengalami lumpuh kekal walaupun sudah menjalani prosedur pembedahan sebanyak tiga kali selepas insiden terbabit.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 3-8-2022 03:10 AM
pergh mati2 aku ingat psy yg mati jatuh. Kena ulang 2 kali baca tajuk hahaha
Quote borrow 3-8-2022 08:32 PM
20 meter , tinggi tu. Takziah. konsert ni kontroversi sbb spray air. Ekceli cam best jugak kena spray tp pembaziran la.
Quote BoLapciOus 4-8-2022 11:16 PM
Alahai kesiannya penari tu xpasal2 mengalami kecacatan kekal..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.168122 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top