CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Penemuan Wanita Mirip Zalina Azman, Tapi Imbasan Cap Jari Tidak Sepadan

24-7-2022 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2258| Komen: 8

Description: Kehilangan Zalina Azman terus mendapat perhatian ramai dan terbaharu seorang wanita mirip bekas personaliti TV3 itu ditemui di sekitar kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat.
Kehilangan Zalina Azman terus mendapat perhatian ramai dan terbaharu seorang wanita mirip bekas personaliti TV3 itu ditemui di sekitar kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim bagaimanapun mengesahkan wanita tersebut bukan Zalina seperti didakwa.

Dalam satu kenyataan, Mohd Iqbal menjelaskan wanita tersebut telah dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan UTC Shah Alam untuk membuat semakan cap jari.

Foto: mStar Online

"Semakan cap jari dibuat mengikut rekod sedia ada. Analisa serta pengecaman ahli keluarga turut mendapati wanita itu bukan orang yang dicari," katanyta.


Berita kehilangan Zalina atau Zalina Shaharah Azman, 58, tular sejak Isnin lalu selepas Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut.

Laporan kehilangan Zalina dibuat oleh anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lalu selepas cubaan menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital gagal.

Sebelum ini beberapa penemuan invidiu mirip Zalina pernah dilaporkan namun polis mengesahkan ia bukan Zalina.

Terbaharu, pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja-kerja ubah suai kediaman bekas pembaca berita program Money Matters itu di Shah Alam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 24-7-2022 10:32 AM
Tetiba ramai pulak rupa ZA......
Quote Perawankota 25-7-2022 02:49 AM
Jumpa kat Sentul pesal bawak smpi ke utc Shah Alam?
Quote KamikuP 25-7-2022 11:57 AM
Kontrakor tu sapa? Prime saspek tu.
Quote Artemesiaa 25-7-2022 12:01 PM
Muka macam dia ni bukan rare sangat ramai je yang mukanya kelihatan sama dengan beliau zaman sekarang ni.
Quote mizruncing 25-7-2022 12:08 PM
so ape citer kontraktor umah tu
Quote tumpanglalu74 25-7-2022 07:38 PM
1200px-Flag_of_Kuala_Lumpur,_Malaysia.svg.png
Quote Purplehaz 25-7-2022 08:59 PM
Dh mcm ramai plak gelandangan muka mcm ZA ni.
Mean muka terakhir dia menggmbrkan dia mmg tidak terurus.
Quote sharlenetexas 25-7-2022 09:00 PM
Macam2lah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.252873 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top