CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kesian Ammar, Baru 8 Tahun Dah Dibuli Sebab Pelat & Tak Tahu Membaca'

22-7-2022 08:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2218| Komen: 7

Description: Hanya kerana tidak boleh membaca dan pelat menyebut beberapa perkataan, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dibuli dan disisihkan rakan-rakan di sekolah.
Hanya kerana tidak boleh membaca dan pelat menyebut beberapa perkataan, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dibuli dan disisihkan rakan-rakan di sekolah.

Itu pengalaman pahit dihadapi kanak-kanak dikenali sebagai Ammar seperti diceritakan seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.


Gambar hiasan

Akhi Fairuz berkata, kanak-kanak itu menceritakan sering dikasari dan dibuli oleh kawan-kawannya disebabkan masalah dihadapi tersebut.

“Ammar ceritakan, dulu dia selalu dibuli dan kawan-kawan sering berkasar dengannya. Kata Ammar, dia dikenakan sebegitu kerana tidak boleh membaca dan pelat beberapa perkataan.


“Bayangkan, hanya kerana masih merangkak membaca, seorang anak kecil berusia lapan tahun disisihkan rakan-rakan.

“Bagaimanakah perasaan seorang anak yang dibuli? Sukakah mereka untuk datang ke sekolah? Seronokkah momen kanak-kanak mereka? Minatkah mereka untuk fokus dan bersemangat ketika belajar?” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, sewaktu pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia ke rumah Ammar, mereka disambut mesra oleh kanak-kanak itu dan keluarganya.

“Rupanya Ammar seorang kanak-kanak peramah dan ceria. Sentiasa bersemangat untuk belajar membaca.

“Sepanjang tahun 2021, Ammar terpilih sertai tusyen Untuk Malaysia secara percuma dan kelas ini khusus untuk membantu murid cicir B40 yang tidak boleh membaca,” ujarnya yang turut memberitahu kanak-kanak itu kini sudah lancar membaca. 




Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 24-7-2022 08:26 PM
Bagus la dah pandai baca
Quote BawangCaramel 24-7-2022 11:21 PM
I feel you bro
Quote lattehazelnut 25-7-2022 12:01 PM
Ramai je budak xpandai baca sampai sekolah menengah siap bergf sume..
Quote Artemesiaa 25-7-2022 12:14 PM
Nasib ada yang sudi membantu beliau
Quote monreyes 25-7-2022 12:14 PM
kata cikgu tadika..on average kanak2 ambik masa 6 bulan je utk mahir membaca...
my kids masuk tadika dari 5 thn..mmg btol after 6 mths mmg dah lancar baca...
tapi my last lmbt sikit...bila tanya cikgu, dia kata syllabus thn tu x fokus membaca tetapi hafazan doa...
gitu pulak...


Quote vespa_oren 25-7-2022 07:56 PM
mak, ayah kne ajar anak membaca sebenarnya tapi anak aku pelat gak tpi bru 5tahun, skrg dok ajar sebut dengan betul
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2022 09:16 PM
Ammar Alfian tersenyum sinis

PQe5oOU.gif

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047911 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top