CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Nak Buat Filem Pahlawan Terengganu, Kerajaan Negeri Sedia Kerjasama Dengan Syamsul

19-7-2022 02:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2079| Komen: 6|Original author: Tatod

Description: Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof untuk pembikinan filem pahlawan Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh.

Wan Sukairi (dua dari kanan) bersama tetamu jemputan selepas selesai menyaksikan filem Mat Kilau. (Sumber Harian Metro)

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan pihak kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof untuk pembikinan filem pahlawan Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh.

Menerusi laporan Harian Metro, Wan Sukairi berkata, pembikinan filem tokoh sejarah Terengganu itu penting untuk tatapan generasi muda selain memberikan kesedaran kepada orang Melayu.

"Saya berpandangan idea yang baik untuk menerbitkan filem dua tokoh sejarah Terengganu iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloj jika itu kaedah terbaik untuk mengetengahkan dan membangkitkan kesedaran orang Melayu dan Islam terutamanya di Terengganu mengenai sejarah negeri.


"Apa salahnya kita melabur dan bekerjasama dengan pengarah Syamsul Yusof untuk pembikinan filem berkenaan mengenai perjuangan ulama dan tokoh sejarah negeri yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan bumi Terengganu daripada penjajah.

"Lagi pun, sebenarnya kita sudah memulakan lebih awal iaitu sekitar tiga tahun lalu memberikan penerangan mengenai sejarah Terengganu yang memfokuskan kepada dua pejuang terbilang berkenaan.

"Sekiranya kita belum lagi menerbitkan filem berkenaan, kita tidak akan berhenti memberi penerangan kepada generasi muda khususnya mengenai perjuangan tokoh sejarah negeri.

Sumber FB The Patriots

"Kita akan terus gerakkan siri penerangan mengenai sejarah Terengganu dengan menjemput pakar sejarah daripada universiti tempatan untuk memberikan penerangan secara berterusan lebuh-lebih negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan depan," katanya selepas menyaksikan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 26-7-2022 02:54 PM
ekceli ramai jer pengarah berbakat kalau diberi peluang, tak kan kjaan ganu nampak muka sol sol sol jer, cer tya pengarah lain, boleh jer kan. janji kjaan hulur2 laa bajet $$$$$. kaching!
Quote FOTHER-MUCKER 26-7-2022 03:58 PM
Di Malaysia ni semuanya bermusim,

musim bas ada, musim trailer ada, musim durian ada, dan banyak lagi musim yang bermusim!
Quote TOPwind 26-7-2022 04:02 PM
Buat cerita bagaimana ISTANA SULTAN sendiri cecah 1 Billion/
Quote mdhelmi 26-7-2022 05:40 PM
ha buat2
bagi sol tu banyak duit
dengan harapan dia pun banyak keluarkan zakat
Quote zorrro_03 26-7-2022 07:16 PM
penjilat cainis pedih le tewwwwww
Quote zamzam 26-7-2022 07:34 PM
FOTHER-MUCKER replied at 26-7-2022 03:58 PM
Di Malaysia ni semuanya bermusim,

musim bas ada, musim trailer ada, musim durian ada, dan banyak l ...

Kalaupun project ni jadi then it will take at least 1 - 2 yrs baru release di pawagam. So in between boleh tgk citer cintaku si grab driver bagai. Relax lah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040987 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top