CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kalahkan Avengers: Endgame, Yusof Haslam Yakin Mat Kilau Boleh Kutip Lebih RM100 Juta

17-7-2022 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3148| Komen: 46

Description: Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat.
Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat.


Malah, filem berkenaan juga disifatkan mampu muncul sebagai filem sepanjang zaman seperti filem Bukit Kepong yang memaparkan perjuangan pasukan polis dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada ditawan komunis yang ditayangkan pada 1981 lalu.

Yusof berkata, walaupun sudah mencecah usia 41 tahun, filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Dr Jins Shamsuddin masih diminati penggemar filem sehingga kini.


Yusof Haslam pada majlis pelancaran Telemovie Mat Runner selepas sidang media di Kambing Cafe. FOTO Ghazali Kori


"Saya yakin dan percaya kehebatan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini mampu menjadi filem legenda yang akan dikenang masyarakat Melayu.

"Malah mungkin lebih (hebat) daripada Bukit Kepong berdasarkan respons, kenangan orang terhadap filem ini.

"Daripada segi kutipan, saya percaya ia mampu melebihi RM100 juta. Sekarang pun respons yang diberikan pelbagai pihak termasuk ahli politik sangat baik dan kutipan harian masih jutaan ringgit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem Mat Runner, hari ini.

Ditanya mengenai pandangan negatif segelintir pihak terhadap filem berkenaan, Yusof berkata, ia adalah perkara biasa dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

"Nak marahkan mereka (orang ramai) pun tak boleh juga... masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing tetapi saya bangga 99 peratus memberi respons baik terhadap filem ini," katanya.

Mengenai kesinambunagn filem itu, beliau menyokong dan bangga dengan Kembara Studio yang berjuang dalam menghasilkan filem epik bercorak perjuangan bangsa Melayu.

"Tidak kisahlah siapa yang mengarah, filem Mat Kilau perlu ada kesinambungannya," katanya.


Harian Metro

Sementara itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata, tidak mustahil Mat Kilau boleh mengalahkan kutipan filem paling laris yang ditayangkan di Malaysia iaitu Avengers: Endgame yang mengutip RM87 juta.

"Saya difahamkan sekatat semalam saja iaitu pada hari ke-25 tayangan, filem ini mengutip RM2.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM81 juta. Berdasarkan sambutan yang diberikan sehingga hari ini, saya fikir boleh atasi Avengers: Endgame.

"Bukan apa, saya perasan ada yang tak tengok lagi selain ramai yang tengok banyak kali. Malah, tempahan panggung juga masih banyak. Setakat ni tak ada lagi dengar pihak panggung mengurangkan jumlah skrin. Secara keseluruhan lebih kurang 140 panggung termasuk di Singapura dan Brunei. Jadi, tak mustahil mungkin boleh mencecah RM100 juta," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 17-7-2022 10:51 PM
Tahniah semua yg terlibat.
Quote hayrin86 18-7-2022 08:57 AM
OK la nih daripada orientasi lawak bebal dan cintan-cintun serta campuran komedi romantik..
Quote ladybugz 18-7-2022 09:18 AM
go go filem Mat Kilau. suka filem genre mcm ni. fast pace , x meleret2 mcm dokumentari. so this is a great combination of fiction + facts and entertainment.
Quote supernaturalee 18-7-2022 09:24 AM
x tgk lagiiiiiii



Quote Caranthir 18-7-2022 10:42 AM
tunggu raya tahun depan, tgk kat TV je.. lepas ulangan senario..
Quote Dorotheas 18-7-2022 11:56 AM
Tgk kat Netflix je la
Quote fossil 18-7-2022 11:59 AM
nak tgk sekali lagi rasa
Quote ezacbee 18-7-2022 12:00 PM
Aku dah cakap awal2 kalau sampai kutipan 100juta baru tengok.

Rupanya hampir 100 juta pulakkkkk
Quote seri_mawr 18-7-2022 12:24 PM
best jek cerita dia...x boring tahu2 dah abis....

cerita2 seram skrg bukan lagi kegemaran penonton....
Quote edayildiz 18-7-2022 12:26 PM
supernaturalee replied at 18-7-2022 09:24 AM
x tgk lagiiiiiii

pergi la tgk..best
Quote edayildiz 18-7-2022 12:28 PM
i yg xtgk cite melayu pun blh suka cite ni


biasa xite melayu mcm merepek..yg mat kilau ok pulak
Quote mojarean_X 18-7-2022 12:36 PM
Masa ni yg terbaik utk g tgk sbb peratusan keuntungan kutipan tiket akan lebih byk diambil oleh penerbit rather than pengusaha panggung wayang spt minggu2 awal
Quote green~tea 18-7-2022 12:41 PM
mat kilau tu ok laa berbaloi laa tengok kan tiket pun rm22 sajork..

tp utk disetandingkan dengan avengers : end game tu mcm melampau ye dok... b*tch please
Quote kemaruk 18-7-2022 12:51 PM
Haters dan pendengki = triggered!
Quote ulamalu 18-7-2022 01:08 PM
Bila last filem ni tayang?
Quote supernaturalee 18-7-2022 01:52 PM

nk tgk sorg2 rabu ni
gsc murah sikit kan



Quote stingerbumpy 18-7-2022 02:00 PM
green~tea replied at 18-7-2022 12:41 PM
mat kilau tu ok laa berbaloi laa tengok kan tiket pun rm22 sajork..

tp utk disetandingkan dengan av ...

Apa seat yg ko bayar RM22?....anak jiran aku bayar yg boleh menyandar, melunjur...ada waitress antor food and drinks lagi....hanya tunggu scene patahalmulk lastik kat dlm sungai iteeww....pastuh dia keluar pawagam....

Bayar premium utk tengok scene patah kayu yg iteww aja...ala ala rambo


Wakahkahlahkah

Quote stingerbumpy 18-7-2022 02:03 PM
edayildiz replied at 18-7-2022 12:28 PM
i yg xtgk cite melayu pun blh suka cite ni



Ko bukan tengok citer keseluruhan ..renong tajam retis terutama beto dan bam bebird sambil gentel sendirian berhad.....kheunz?

Kahkahkahkah
Quote green~tea 18-7-2022 02:06 PM
stingerbumpy replied at 18-7-2022 02:00 PM
Apa seat yg ko bayar RM22?....anak jiran aku bayar yg boleh menyandar, melunjur...ada waitress ant ...

perlu ke bayar premium utk filem level gini?

weols sanggup ke panggung utk tengok filem ni pun dah kira MUJUR

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.065293 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top