CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

'Kalau Nak Marah, Marah Orang Inggeris'

9-7-2022 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4102| Komen: 33

Description: Produksi Studio Kembara yang menerbitkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengesahkan tiada keperluan buat masa ini untuk berjumpa wakil dari Persatuan Sikh Malaysia yang mendakwa kontroversi dic ...
Produksi Studio Kembara yang menerbitkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengesahkan tiada keperluan buat masa ini untuk berjumpa wakil dari Persatuan Sikh Malaysia yang mendakwa kontroversi dicetuskan filem terbabit.


Pengarah Urusannya, Abdul Rahman Mt Dali, 62, berkata, beliau tidak terfikir lagi untuk berbuat demikian memandangkan apa yang dipaparkan dalam filem ini berdasarkan fakta.

"Pertamanya, ini ialah fakta sejarah yang tak dapat dinafikan. Jadi macam mana kita nak buat filem kalau bukan begitu kita gambarkan. Takkan saya nak letak askar Melayu atau Inggeris (dalam babak terbabit).


IG Syamsul


"Itu lagilah satu penipuan sejarah. Semua orang kena terimalah hakikat apa yang berlaku dalam sejarah. Jadi tak perlu nak rasa marah atau sebagainya.

"Kalau nak marah, bukan marah kepada kita (orang Melayu) atau saya tapi kepada orang Inggeris," katanya kepada Harian Metro.

Abdul Rahman berkata, keduanya filem adalah hiburan dan orang rasional tidak akan merasa ia sebagai satu perkara yang boleh membangkitkan perpecahan kaum atau sentimen dan sebagainya.

"Ia sama juga seperti Hollywood gambarkan pihak-pihak mereka yang kadang-kadang tak betul pun," katanya.

Terdahulu, tular isu kekesalan Persatuan Sikh Malaysia berhubung watak askar British daripada kaum Sikh yang dikatakan boleh mewujudkan salah faham terhadap agama dan kaum dalam negara yang dipaparkan menerusi filem arahan Syamsul Yusof ini.


IG Syamsul

Dalam satu kenyataan di Facebook, mereka seolah-olah kecewa apabila filem terbabit mempamerkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat.

"Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum," kata mereka.

Turut dipersoalkan babak askar Sikh yang bertindak kasar dengan mencederakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.

"Bahagian itu ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik. Kod amalan Sikh melarang melakukan kekerasan ke atas orang tua, kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya walaupun sewaktu berperang," kata mereka.

Menurut mereka, babak kontroversi dalam filem itu menyebabkan mereka kurang senang dengan sentimen dipaparkan walaupun hanya rekaan.

"Kami dengan rendah hati menggesa industri filem Malaysia untuk tidak menghasilkan filem yang mempunyai sentimen agama dan kaum. Sekali gus berpotensi menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum."

Filem yang ditayangkan sejak 23 Jun lalu itu kini memasuki 17 hari tayangan dan berjaya mengaut kutipan RM61 juta setakat ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 10-7-2022 01:18 AM
apesal ai rasa uniform red tunic penjajah tu mcm cincai jah, dgn sarung tangan hitamnya
Quote Tembikaigoreng 10-7-2022 01:44 AM
Takde pun lepas tgk filem nie terus rasa nak bunuh suatu bangsa.... Semua bangsa ada pencacai, pembelot, pengampu dan penjilat British masa tu....
Quote FOTHER-MUCKER 10-7-2022 08:38 AM


movie mat kilau punya pasal....


Cicit bimbang ramai mengaku waris Mat Kilau

ISMAIL Mat Kahar (kanan) bersama Ketua Kampung Kedondong, Mohd. Rozi Rozuki di rumahnya di Kampung Bukit Rang di Jerantut, Pahang. – FOTO/HARIS FADILAH AHMAD


  • Oleh HARIS FADILAH AHMAD
  • 10 Julai 2022, 8:10 am













JERANTUT: Penayangan filem epik sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bukan sahaja mencetuskan fenomena sehingga pecah panggung, malah wujud kebimbangan apabila ramai individu tampil mengaku waris pahlawan Melayu Pahang tersebut.

Bercakap kepada Utusan Online, cicit Mat Kilau, Ismail Mat Kahar, 60, berkata, hal ini diceritakan oleh Ketua Kampung Kedondong, Mohd. Rozi Rozuki apabila ramai individu dari Johor, Perak, Selangor dan Pahang…



Quote dua_chzy 10-7-2022 08:42 AM
FOTHER-MUCKER replied at 10-7-2022 12:38 AM
movie mat kilau punya pasal....



Mat Kilau ini memang kecit cinonet orangnya kan? Tengok cicit pun dah tahu. Gambar2 Mat Kilau pun nampak kecik saiz tubuhnya. Sebab itu Beto Khusairy perlu jadik Mat Kilau! (Tapi Adiporn yang dapat kerana lebih sasa dan hensom untuk menarik ovari acik2 gi cinema).
Quote Jajuli 10-7-2022 12:24 PM
Biasalah penjajah bawa tenaga kerja asing UTK keperluan , bukan saja berlaku di dunia melayu Malaysia, dkt Sumatera , Acheh pun belanda import askar dari jawa  UTK kepentingan
mereka  tu semua jadi sejarah, sekarang aman2 berharmoni
Quote green~tea 10-7-2022 12:30 PM
dua_chzy replied at 10-7-2022 08:42 AM
Mat Kilau ini memang kecit cinonet orangnya kan? Tengok cicit pun dah tahu. Gambar2 Mat Kilau pun  ...

Hero felem kena laa hensom.. sbb nak kena banding dengan pengiring nya fatah amon..
Quote belilies 10-7-2022 12:31 PM
Abdul rahman, kalo ye pun, bagus ko jangan respon camtu. Dah mcm ignorant sensitiviti kaum lain. The least you could do, before proceed buat script pun HASIL SO CALLED RESEARCH tu, ko jumpa persatuan tu dulu. Kalu individual yg komplen takpelah ko boleh komen camtu, ni sampai satu persatuan sound tu. Esok lusa kalo 13 mei versi mat kilau jadi, seeloknya padan muka team studio kembara ni. Dari pengarah sampai ke production ego mencanak.
Quote Samerosie 10-7-2022 12:56 PM
dani-rox replied at 10-7-2022 01:18 AM
apesal ai rasa uniform red tunic penjajah tu mcm cincai jah, dgn sarung tangan hitamnya

Riding gloves tu kaka.  I belum tengok cerita ni yapi belakang tu kan kuda so i assume je la.
Quote Skuau 10-7-2022 01:43 PM
dua_chzy replied at 10-7-2022 08:42 AM
Mat Kilau ini memang kecit cinonet orangnya kan? Tengok cicit pun dah tahu. Gambar2 Mat Kilau pun  ...

Ala...Badang kelepuk tu hang x tgk ke dia punya kuat...
Quote dani-rox 10-7-2022 01:52 PM
Edited by dani-rox at 10-7-2022 02:10 PM
Samerosie replied at 10-7-2022 12:56 PM
Riding gloves tu kaka.  I belum tengok cerita ni yapi belakang tu kan kuda so i assume je la.

entah. ai tingat citer apa dulu ya... lakonan mendiang Heath Ledger, dia org jd askar british empire di afrika kot dlm timeline yg sama, lewat abad ke-19. semua pakai glove putih naik kuda.

edit sbb baru ingat tajuk filem dan nak tepek gambar

"The Four Feathers" thn 2002





tapi versi 1939, tentera pakai khaki pulak




Quote dua_chzy 10-7-2022 01:53 PM
Skuau replied at 10-7-2022 05:43 AM
Ala...Badang kelepuk tu hang x tgk ke dia punya kuat...


Badang tak gheal. Sumore makan muntoh hantu. Sah berguru dengan iblis.
Quote ambipur 10-7-2022 03:32 PM
belilies: Abdul rahman, kalo ye pun, bag ...
btolla jawapan dia.to me itu jawapan yg bijak.
Quote Tinot7 10-7-2022 04:22 PM
citer tergantung ka apa?

Bercakap kepada Utusan Online, cicit Mat Kilau, Ismail Mat Kahar, 60, berkata, hal ini diceritakan oleh Ketua Kampung Kedondong, Mohd. Rozi Rozuki apabila ramai individu dari Johor, Perak, Selangor dan Pahang…
Quote Mulotkoyak 10-7-2022 04:26 PM
Tembikaigoreng: Takde pun lepas tgk filem nie  ...
kan... Xde plak org berperang bagai lepas tgk film ni. So be cool la. Nnt cina and bangsa lain rase mcm suara diorg x didengari. Apakah gampang nya diorg ni. Masih xsedar duduk ditanah bumi malaysia yg makmur yg memberi diorg kebebesan selama ini tp masih berbunyi xpuas hati dan nk lebih. Adoiii. Xcukop kah keamanan yg diberikan dan kebebesan utk berniaga dan mencari rezeki di bumi malaysia ini?  Gitchuuu...
Quote Tinot7 10-7-2022 04:27 PM
produser yg tokok tambah ka direktor

"Bahagian itu ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik. Kod amalan Sikh melarang melakukan kekerasan ke atas orang tua, kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya walaupun sewaktu berperang," kata mereka.
Quote mbhcsf 10-7-2022 04:30 PM
i tak tengok lagi citer ni, so i rasa yg dah tengok baru ade kredibiliti nak komen sebagaimana thread thread sebelum ni, kalau tak hahaha tak adil juga. So i baca those yg posting aje, tak pun timbul soal ni pulak.
Quote Cokoro 10-7-2022 04:41 PM
Berasas je ada tentera sikh dlm cite mk tu. Klau dia nk kata code of conduct sikh tak blh buat jahat, semua agama pun mcmtu kan. Tp ada je yg buat. Screenshot_2022-07-10-16-37-27.png Screenshot_2022-07-10-16-37-35.png Screenshot_2022-07-10-16-37-41.png Screenshot_2022-07-10-16-37-52.png

Biasalah tak puas hati tu. Takleh nk puaskn hati semo org.
Quote adeqbun 10-7-2022 07:17 PM
Pasni org london lak mrh sbb askar british jadi jahat serang tanah malaya..hahahahah
Quote sekngucing 10-7-2022 08:10 PM
betukah sikh yg turut serta bersama inggerisndlu? sepoy tu sikh kah? bukankah uniform diorang mcm tu ke
satu lg benggali tu bukan sikh

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066081 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top