CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berlakon Sejak Kecil, Diana Danielle Nak Terima Skrip Yang Buat Dia Melompat Teruja Sahaja

4-7-2022 04:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2833| Komen: 25|Original author: Tatod

Description: Sumber IGPelakon, Datin Diana Danielle menceburi bidang seni sejak usianya masih muda. Kebelakangan ini, aktres tersebut dilihat lebih banyak terbabit dalam naskhah terbitan Over The Top (OTT).Bagaima ...
Sumber IG


Pelakon, Datin Diana Danielle menceburi bidang seni sejak usianya masih muda. Kebelakangan ini, aktres tersebut dilihat lebih banyak terbabit dalam naskhah terbitan Over The Top (OTT).

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu masih menerima tawaran untuk berlakon dalam produk dihasilkan stesen televisyen sekiranya skrip tersebut membuatkan dirinya teruja sebaik saja dibaca.


"Sebagai ibu yang menghargai masa, apabila kita mahu menerima sesuatu tawaran, pas ada beberapa perkara yang perlu difikirkan.

"Saya sukakan naskhah di mana apabila saya baca skrip, saya rasa seperti mahu melompat, barulah saya terima.

"Maksudnya, apabila tengok skrip, saya  teruja. Saya sudah hilang keseronokan sebab saya sudah lama dalam industri seni iaitu sejak kecil. Jadi, saya rasa susah nak cari sesuatu yang mengujakan," katanya kepada Berita Harian.


Pernah berlakon dalam telefilem bersama Liyana Jasmay, dia masih ingat karakter yang diberikan dan tidak bertanyakan soal bayaran kerana hanya ingin rasa seronok ketika bekerja.


"Kita tahu Liyana ada pemikiran yang kelakar, skrip dia pun kelakar. Saya masih ingat, saya terima karakter yang diberi. Saya tak tanya soal bayaran kerana mahu berseronok apabila bekerja.

"Bagi saya, perkara ini, kalau kita tak jaga, minat dalam lakonan akan hilang," katanya yang tampil dengan karakter Nadia dalam siri She Was Pretty ditayangkan di Viu, sebuah karya adaptasi Korea Selatan dengan tajuk yang sama. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 4-7-2022 04:50 PM
x sesuai rambut kerinting gitu



Quote hatikutertutup 4-7-2022 04:56 PM
Edited by hatikutertutup at 4-7-2022 05:12 PM

Perempuan ini hansuang. Bukan semua orang

suka dia ini. Kebanyakkan fake je depan dia, buat2 ambil gambar kalau ada event mcm ferhad invited dia

pergi artelia tu.
Quote September14 4-7-2022 04:58 PM
Aku tgk dia ni blakon mmg tiptop… leh jd mcm umi aida klu dpt blakon cter meletop…
Quote Lavender_Violet 4-7-2022 05:05 PM
Dia ni antara mixed yg menjadi....sheols cantik
Tapi masih bertitle Datin eh?
Lakinya ada kes mahkamah, kena reman bagai still lekat title Datuk tu?
Quote SonicSiLandak 4-7-2022 05:10 PM
skrip jadi minah lorong nak

ramai yang suka citer2 pasal lorong ni

Quote dudaberhias 4-7-2022 05:15 PM
mujur la herlokkk so kaka akan tetap sokong sheolsss dan tengok drama sheols lagi2 heron ya pun herlokkkk kan... tapi harap2 sheols tak jadi ajet2 A list actress gittewww... tak pasal2 nanti acik porum cop heshe level bini banduan je pun.... biarlah karipap airmani tu je yang ajet2 poyo jadi A list actress...
Quote green~tea 4-7-2022 07:11 PM
dia ni cantik tp muka tua lah... maybe dia kena styling rambut biar sesuai nampak hellok sikit
Quote Cokoro 4-7-2022 07:20 PM
Suka tgk dia blakon dlm drama raisha. Ganjil pun ok jgk dgn bamtah
Quote RVP20 4-7-2022 07:28 PM
Tunggu nak tonton Imaginur.
Quote phalanx 4-7-2022 07:32 PM
Cokoro replied at 4-7-2022 07:20 PM
Suka tgk dia blakon dlm drama raisha. Ganjil pun ok jgk dgn bamtah

Best sangat drama ni. Si bapak dalam drama ni pun sgt bagus bawak watak ayah.
Quote addamnor 4-7-2022 07:58 PM
Kalau sheols nak being selective, its her time.. lagi pun sheols mmg terbukti bagus, dgn trofi FFM & anugerah skrin, so sheols boleh fefeling gitu.. jarang gila pelakon nak menang both FFM dan anugerah skrin serentak watak yang sama, she did it with filem hanyut.
Quote intan244 4-7-2022 08:29 PM
mcm too old for the character.
Quote alesandra 4-7-2022 08:52 PM
Edited by alesandra at 4-7-2022 08:53 PM
addamnor replied at 4-7-2022 07:58 PM
Kalau sheols nak being selective, its her time.. lagi pun sheols mmg terbukti bagus, dgn trofi FFM & ...


Ckp psl filem hanyut ..harap dia bergandingan lagi dgn sofea jane watak ank beranak .dlm hanyut hubungan deyols terlalu complex .x puas nengok
Quote Normabaru 4-7-2022 09:36 PM
mcm mne bentuk muka heshe dr bolat jd lonjong v shape yg ketara yakmat lps blk oz eh… nk kata dulu jonggang cm xde plk..buat jaw alignment ke
Quote tulip-rain 4-7-2022 09:44 PM
Kau mmg berbakat DD. Mmg terbukti kau pelakon yg bagus.
Harap banyak lagi lakonan2 dari dd lepas ni.
Quote tulip-rain 4-7-2022 09:46 PM
Cokoro replied at 4-7-2022 07:20 PM
Suka tgk dia blakon dlm drama raisha. Ganjil pun ok jgk dgn bamtah

Yes raisha. Raisha 2 tu hujung2 dia mcm akan ade sambungan. Sudahnya sampai skrg takde bayang pun nak sambung lagi.
Quote azie5zoe 5-7-2022 10:12 AM
Lavender_Violet replied at 4-7-2022 05:05 PM
Dia ni antara mixed yg menjadi....sheols cantik
Tapi masih bertitle Datin eh?
Lakinya ada kes mahkam ...

Rasanya tahun lepas pangkat Dato' husband dia dah ditarik balik sama dengan Boy Iman juga.

Quote F685 5-7-2022 10:50 AM
Dah pernah menang award & dah kahwin berkeluarga memang sesuai pun being selective

Subscribe Viu tapi belum tengok SWPMy. Scripwriter rupanya termasuk Rafidah & Baizura Kahar
Quote Lavender_Violet 5-7-2022 12:39 PM
azie5zoe replied at 5-7-2022 10:12 AM
Rasanya tahun lepas pangkat Dato' husband dia dah ditarik balik sama dengan Boy Iman juga.

Kalau gitu knp lah reputz ni dok refer dia as 'Datin'.....hadoihhh
Tak update dgn berita semasa ke

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.218239 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top