CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Teruja Dapat Berniaga Sayur Di Pasar Kelantan

4-7-2022 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4347| Komen: 20

Description: Lama menyimpan hasrat untuk merasai sendiri pengalaman berniaga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, akhirnya impian pelakon dan usahawan, Nur Fazura itu tercapai.
Lama menyimpan hasrat untuk merasai sendiri pengalaman berniaga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, akhirnya impian pelakon dan usahawan, Nur Fazura itu tercapai.


Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menerusi satu muat naik video YouTube berkongsi pengalaman dirinya merasai sendiri pengalaman berharga menjual sayur-sayuran di destinasi ikonik negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menurut Fazura, 39, dia sememangnya sudah lama menyimpan angan-angan untuk merasai pengalaman berniaga di sana dan berasa sangat teruja akhirnya perkara tersebut dapat dilaksanakan.

Foto: Youtube

“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dahulu, saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak punya pengalaman menjual (berniaga).


“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah bersama peniaga-peniaga wanita yang ada di sana. Alhamdulillah, apabila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,” katanya.



Difahamkan, Fazura berkongsikan video perjalanannya ke kediaman jurumekap peribadinya, Rozlan Nassir bagi merasai sendiri pengalaman menyambut Hari Raya Aidiladha di Kelantan.

Menurutnya, sambutan raya Haji di Kelantan sangat meriah berbanding di negeri-negeri lain, termasuk di ibu kota.



“Ternyata memang orang kata, Abe Lan bagi ‘preview’ sambutan raya Haji yang sangat meriah di Kelantan. Memang sangat-sangat meriahlah.

“Memang sangat berbeza dengan sambutan apabila berada di Kuala Lumpur. Sangat kagum dengan kerjasama ataupun silaturahim orang kampung bersama-sama, bergotong royong, basuh pinggan sama-sama dan tengok dikir barat.




“Sangat bersyukur memilih untuk datang ke Kelantan dan dilayan dengan begitu meriah dan banyak kasih sayang. Memang sangat manis dan tidak akan dilupakan,” ujarnya.

Menerusi video yang dimuat naik, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut berkongsikan aktiviti menarik sepanjang berada di negeri tersebut seperti berpeluang menjadi tukang karut persembahan dikir barat, mengunjungi Masjid Ar-Rahman, Pantai Senok yang terkenal dengan jolokan Pulau Nami Malaysia dan menonton persembahan wayang kulit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duriand24 4-7-2022 02:26 PM
Edited by Duriand24 at 4-7-2022 02:28 PM

I think its the makeup lah! Ke style tudung ea?
Quote Burong_Hantuk 4-7-2022 02:33 PM
Tengah merempit baca thread fazura vs rizman ponen
Quote dua_chzy 4-7-2022 03:00 PM
Rindu Fazura free hair.

(Matilahhhh nakkkk)
Quote @inardni 4-7-2022 03:13 PM
Edited by @inardni at 4-7-2022 03:26 PM
dua_chzy replied at 4-7-2022 03:00 PM
Rindu Fazura free hair.

(Matilahhhh nakkkk)


Yup..Fazura cantik free hair
Quote dua_chzy 4-7-2022 03:14 PM
@inardni replied at 4-7-2022 07:13 AM
Yup..Fazura cantik free hair????

Iya. Macam puteri Melayu bangswan gitu.

Quote gideoncross 4-7-2022 06:53 PM
Neelofa xnak bgi spatah 2 kata ke?
Quote mendeluk 4-7-2022 06:56 PM
dua_chzy replied at 4-7-2022 03:00 PM
Rindu Fazura free hair.

(Matilahhhh nakkkk)

Nanti kena tegur tudung itu WAJIB ya hehehehehe. Pakaian kena longgar pakai stoking, handshock  , niwab, burqa bagai baru cantik bidadari



Quote cadarblogsot 4-7-2022 09:51 PM
Habis bulu lah lobenak masuk sini... thread awang & fazura bersambung2... iols suka sangat fazura... memang nmpk wangi since lepas dng selatan
Quote cadarblogsot 4-7-2022 09:54 PM
gideoncross: Neelofa xnak bgi spatah 2 kata ke?

Habis bulu lah lobenak masuk sini... thread utk awang & fazura tengah mewangi.. mak suka sangat mak timoh ni dari lepas dng selatan makin lawo... now pun maintain classy tu
Quote Madel 4-7-2022 10:04 PM
Terleka aku dengar fazura ni bercerita
elok susun kata, tak ada nak terbelit2 lidah
Faz patut buat talk show mcm dulu.
Quote aemon 4-7-2022 10:53 PM
gideoncross replied at 4-7-2022 06:53 PM
Neelofa xnak bgi spatah 2 kata ke?

Nanti dia berniaga kat pahang pulak
Quote encikWawad 4-7-2022 11:25 PM
Berani kekpaz masuk gelanggang jalop. Eh jalopz nak pindah ereb. Ngaku lagi tak skjp?
Quote I.K.A888990 5-7-2022 01:07 AM
byk kali pulak tgk video faz tu
suka dgr dia berckp nk2 lagi time dia menyakat org hehe
Quote gideoncross 5-7-2022 04:08 AM
aemon replied at 4-7-2022 10:53 PM
Nanti dia berniaga kat pahang pulak

Bukan tpi kat Yereb haha.
Quote rainbowrainz 5-7-2022 04:31 AM
Wowww mendoniyaaa lagilah kaka Faz...berdarahhh leee disana..kalau x asik die je...tak gittew sepolll
Quote Safirania 5-7-2022 12:58 PM
Orang cantik sure laku kalo jual ni
Quote mizruncing 5-7-2022 02:19 PM
Burong_Hantuk replied at 4-7-2022 02:33 PM
Tengah merempit baca thread fazura vs rizman ponen

ada spill the tea best2 ke.. mls nk beklog
Quote mizruncing 5-7-2022 02:20 PM
aku klu faz ni suka dgr suara dia
Quote MatDeghem 5-7-2022 03:29 PM
mizruncing replied at 5-7-2022 02:19 PM
ada spill the tea best2 ke.. mls nk beklog

Tea tarak...berak cair Pak gad neelofa banyak lah.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058016 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top