CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh Kematian Dirancang, Suami Pengasas Dnars Mahu Saman Fitnah

29-6-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2548| Komen: 14

Description: Suami pengasas produk kecantikan Dnars Skincare akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.
Suami pengasas produk kecantikan Dnars Skincare akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.


Perkara itu ditegaskan suami Allahyarham Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim menerusi sidang media pada Rabu.

Tindakan tersebut dibuat menerusi peguam Nik Zarith Nik Moustpha menerusi tetuan Manz Co Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co.


Foto: Harian Metro

Ahmad Shah Rizal turut meluahkan kebimbangan apabila pertikaian punca kematian Allahyarham Faziani dibangkitkan semula, yang akan memberi kesan psikologi terhadap anaknya.


"Anak saya tidak memberikan sebarang reaksi, namun saya bimbang sekiranya ada yang bertanyakan hal ini kepadanya dan ia secara tidak langsung menimbulkan kesan psikologi.

"Anak saya berusia sembilan tahun dan masih bersekolah. Jadi tentu sahaja saya risau tentang keadaannya," katanya.

Sementara itu, Ahmad Shah Rizal berkata, beliau masih belum dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis.

"Saya maklum dengan laporan polis, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang panggilan untuk membantu siasatan," tambahnya.



Satu laporan polis turut dibuat beliau berhubung penularan khabar angin yang mendakwa berlaku keraguan ke atas kematian bekas isterinya yang tular di media sosial.

Sekitar pertengahan Jun, ahli keluarga Allahyarham membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut berkaitan kematian Faziani.

Pada 26 Jun, media melaporkan laporan polis kedua dibuat pada Selasa (21 Jun) oleh abang Allahyarham Faziani berhubung pertukaran pemilihan saham syarikat usahawan wanita itu. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote niagonia 29-6-2022 07:37 PM
Ni mesti sebab takut anak2 tiri spill the tea????
Quote che-cikL 29-6-2022 10:11 PM
"Satu laporan polis turut dibuat beliau berhubung penularan khabar angin yang mendakwa berlaku keraguan ke atas kematian bekas isterinya yang tular di media sosial."

Dey mStar, apa pulak bekas isteri? Mmg LEMAH ye penulisan budak2 sekarang ya
Quote ellejo 29-6-2022 10:13 PM
john wayne gacy pun saman juga kan. belom sempat hearing saman tu heshe dah kene tangkap. dah selamat heshe kembali ke rahmatullah.
Quote gangerina 29-6-2022 10:29 PM
bila plak dpt Datuk....hmmm...
Quote putericahaya999 29-6-2022 10:35 PM
Anak dia dgn arwah ke
Quote akusukaq 29-6-2022 10:48 PM
Semua pun berpunca dr perebutan harta dan saham syarikat
Quote supernaturalee 29-6-2022 10:51 PM
Mkn sorg
Tu lh psl


Quote printercomel 29-6-2022 10:52 PM
che-cikL: "Satu laporan polis turut dibu ...


Memang bekas isteri pun. Cerai hidup adalah bekas dan bercerai mati pun adalah bekas. Bekas sebab jodoh berakhir. Ada diajar kot dalam kelas agama.
Quote sharlenetexas 29-6-2022 10:56 PM
Ada biz lain ke selain timbang kilo pprt ni?


Quote mamaazim 30-6-2022 12:29 PM
tak pelah biarlah polis yang siasat
Quote ibu_haritz 30-6-2022 12:41 PM
Dapat Datuk dari mane dia ni??
Quote mizruncing 30-6-2022 04:14 PM
makin menarik kisah ni. dari dlu follow pas tu mcm senyap gitu.. klu btol dia yg plan x tau nak ckp apa. kejamnyaa lahhh
Quote jazaa100 30-6-2022 04:18 PM
Dah 2 mgu report polis masih blm amik keterangan dari pihak dia.....
Quote SonicSiLandak 30-6-2022 04:31 PM
gosok2.. lutoooooooooooooooooooooooox

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066977 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top