CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakon Kembali Babak Filem Sembilu, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Dato' Awie & Erra Fazira

28-6-2022 08:00 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3244| Komen: 28|Original author: Cinta Erina

Description: Seperti kita semua tahu, Filem Sembilu lakonan Dato' Awie dan Erra Fazira yang menaikkan nama kedua-dua selebriti ini.
Sumber: Instagram Erra Fazira


Seperti kita semua tahu, Filem Sembilu lakonan Dato' Awie dan Erra Fazira yang menaikkan nama kedua-dua selebriti ini. 

Malah, filem ini masih menjadi antara filem kegemaran ramai peminat yang membesar walaupun sudah berpuluh tahun berlalu sejak ia ditayangkan.  

Baru-baru ini, Erra Fazira memuat naik video terbaru di akaun Instagram miliknya menunjukkan Dato' Awie dan Erra sedang melakonkan kembali babak di mana watak Awie dan Watie bergaduh mengenai perhubungan Awie dengan Ziana. 



Namun, yang membuatkan netizen terhibur adalah ketika Dato' Aie terlupa dialog babak itu. Kata Erra, itulah yang terjadi apabila sudah lama tidak beraksi. Terlupa habis dialog, tapi masih mahu berlakon. 


Pada percubaan pertama, Dato' Awie tergagap kerana terlupa dialog. Namun, pada percubaan kedua pula, tiba-tiba Dato' Awie menjadi terketar-ketar seperti orang sakit. Semakin berusia semakin kuat pula Dato' Awie berjenaka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat terhibur dengan aksi kedua-dua pelakon veteran ini. - CARI

Sumber: Instagram Erra Fazira


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 28-6-2022 09:48 AM
Halah halah halah..
Quote TabletSusu 28-6-2022 10:06 AM
dua org ni klu jumpa mmg keluar perangai bengong . nak je aku piat2 telinga dorg ni
Quote KamikuP 28-6-2022 10:29 AM
So sweet. Tak jadi suami isteri tapi jadi kawan baik kan lebih baik gitu
Quote ibu_haritz 28-6-2022 10:31 AM
diorg mmg sesuai jdk kwn baik..
Quote pembacagosip 28-6-2022 10:56 AM
mudahnya terhibur
Quote WeAiNe 28-6-2022 11:09 AM
awie nampak no tuo
Quote Denco 28-6-2022 11:15 AM
dorang ni klu dulu jadi kawen, mesti skrg boleh jadi kapel paling disukai. dua2 ramai peminat tegar...senang2 bole buat duit kan
Quote timah03 28-6-2022 11:20 AM
Denco replied at 28-6-2022 11:15 AM
dorang ni klu dulu jadi kawen, mesti skrg boleh jadi kapel paling disukai. dua2 ramai peminat tegar. ...

Rasanya kalau dgn yusry pun okey...meletup gak filem and lagu diorang...
Dgn engku je tenggelam... Tak ada peminat...
Quote Prickford 28-6-2022 11:22 AM
timah03 replied at 28-6-2022 11:20 AM
Rasanya kalau dgn yusry pun okey...meletup gak filem and lagu diorang...
Dgn engku je tenggelam.. ...

Tapi nasib baik tak terkawin dengan si gigi besi tu
Quote TabletSusu 28-6-2022 11:40 AM
Prickford replied at 28-6-2022 03:22 AM
Tapi nasib baik tak terkawin dengan si gigi besi tu

gigi besi siapa? si kuburan tu ke?
Quote Prickford 28-6-2022 11:44 AM
TabletSusu replied at 28-6-2022 11:40 AM
gigi besi siapa? si kuburan tu ke?

015544763.jpg
Quote ezacbee 28-6-2022 11:52 AM
Patut ada ziana skali.. baru ngam.

Quote Denco 28-6-2022 11:58 AM
timah03 replied at 28-6-2022 11:20 AM
Rasanya kalau dgn yusry pun okey...meletup gak filem and lagu diorang...
Dgn engku je tenggelam.. ...

ooo lupa plak abg yuci
betul gak kan... teingat acik2 forum dok berkampung berporem masa tgh hangat2 dorang nk bercerai dulu
Quote innocent_me 28-6-2022 11:59 AM
Diaorg ni kalaulah si awie tak mencurang kawin si arni, mesti elok je berjodohan sampai sekarang dan imej awie mungkin lebih wangi.
Quote electricopop 28-6-2022 01:01 PM
Sembilu buat la sambungan baru, apa jadi kat depa selepas berpuluh tahun. Gitu.. Sembilu 2005 tu bosan nak mammmm...
Quote KamikuP 28-6-2022 02:36 PM
electricopop: Sembilu buat la sambungan baru, apa jadi kat depa selepas berpuluh tahun. Gitu.. Sembilu 2005 tu bosan nak mammmm...


Tapi watak abg Erra si roy Azman tu dah x garang, tengok muka Si Roy tu pun dah gelak.. korang rasa kelakar tak?

Quote asfaz 28-6-2022 02:46 PM
TabletSusu replied at 28-6-2022 10:06 AM
dua org ni klu jumpa mmg keluar perangai bengong . nak je aku piat2 telinga dorg ni

Teringat yg dengan nabil tu. Kemain excited nabil tengok diaorg main pick up line
Quote TabletSusu 28-6-2022 03:14 PM
asfaz replied at 28-6-2022 06:46 AM
Teringat yg dengan nabil tu. Kemain excited nabil tengok diaorg main pick up line

tu lah tu... tergelak besar nengokkan dorg ni
Quote kessah 28-6-2022 04:11 PM
si gigi besi bz keje founder. geng2 jeri gak ni snang mnumpang hahahahahaah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083070 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top