CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wafariena Pura-Pura Bujang, Padahal Dah Bertunang?

21-6-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5295| Komen: 29

Description: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular video mendakwa pelakon Wafariena sengaja berpura-pura masih bujang sedangkan dia sebenarnya merupakan tunangan orang.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular video mendakwa pelakon Wafariena sengaja berpura-pura masih bujang sedangkan dia sebenarnya merupakan tunangan orang.

Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan berkata rakaman dalam video itu merupakan salah satu babak dalam drama lakonannya.

Kata Wafariena, dia masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki dan tidak bersedia lagi untuk memikirkan mengenai jodoh kerana sibuk dengan karier seni.

Foto: IG

"Itu bukan akaun TikTok saya... mungkin peminat yang cipta akaun itu dan kongsi video tersebut. Video bertunang itu sebenarnya dari salah satu babak drama lakonan saya.


"Saya belum lagi nak bertunang... calon pun belum ada. Saya sibuk dengan penggambaran, nak cari rezeki untuk keluarga. Jadi, tak ada masa nak fikir soal itu lagi.

"InsyaAllah kalau betul saya nak bertunang, merisik ke, atau berkahwin, mesti saya akan kongsikan dengan semua orang," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, video memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin di jari Wafariena yang duduk di atas pelamin tular di aplikasi TikTok.

Biarpun rata-rata netizen mengetahui rakaman itu hanya babak dalam drama namun masih ada segelintir mereka yang mempercayai ia merupakan majlis pertunangan Wafariena.



"Disebalik pura-pura single di depan umum, diam-diam bertunang," tulis individu yang menggunakan nama Wafariena untuk akaun TikTok.

Dalam pada itu, Wafariena menyedari kewujudan akaun palsu yang menggunakan namanya dan watak Nurul Ain ketika drama 7 Hari Mencintaiku (7HM) musim ketiga ditayangkan.



Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini mahu membiarkan saja akaun palsu itu selagi tiada perkara mengaibkan dan memfitnah dirinya.

"Sejak drama 7HM musim ketiga ditayangkan, memang saya tahu banyak akaun palsu kongsi video saya di TikTok... ada yang guna nama saya dan nama watak Nurul Ain.



"Saya tak kisah pun peminat nak buat akaun palsu. Asalkan perkongsian mereka itu tidak menimbulkan fitnah atau mengaibkan saya.

"Kebanyakan akaun dicipta peminat itu berkongsi video menarik... rajin pula mereka edit. Saya sendiri pun kadang-kadang tak ada masa nak edit video macam itu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-6-2022 11:48 AM
ape siakkkk bodoh gak peminat / tajuk pun... dah bertunang tu pun kira masih bujang jugak lerr.... kalau dia 'single' pun bukannya korang ada chance pun.. haha.. meols suka tengok dagu sheols...cantikkk nau terbelah dia..
Quote cheezel 21-6-2022 11:57 AM
Cantik je dia ni tp nmpk rempit
Quote mizruncing 21-6-2022 12:15 PM
lawa gak dia ni
Quote NazRysha 21-6-2022 12:34 PM
muka mcm norita
Quote aezvogue 21-6-2022 12:42 PM
cheezel replied at 21-6-2022 11:57 AM
Cantik je dia ni tp nmpk rempit

Haah, dia lawa tapi adakala nampak rempit sket
Quote nanasno 21-6-2022 12:47 PM
cheezel replied at 21-6-2022 11:57 AM
Cantik je dia ni tp nmpk rempit

precisely explains my thoughts  puas iols pk dia ni muka ada off sikit . btul la .nampak rempit loll
Quote lolita737 21-6-2022 12:49 PM
cantik dia..dengan dagu terbelah.
Quote anggeriklatifah 21-6-2022 12:54 PM
Muka memang cam arwah norita samsuddin..
Quote Nnasda53 21-6-2022 02:08 PM
Suka tgk dagu dia.
Quote AshkieLa 21-6-2022 02:08 PM
awat aku tengok mcm ina naim je dia ni..
cuma versi siap dan dagu terbelah...
Quote Nenasketum 21-6-2022 03:14 PM
Heavy shading ek?
Quote tasha 21-6-2022 03:49 PM
Siapa ni? Tak kenal pun..
Quote Kancilkering 21-6-2022 03:55 PM
perempuan paling dibenci kaza hehehehee heleh
Quote babelina 21-6-2022 04:20 PM
cheezel: Cantik je dia ni tp nmpk rempit

ye btl.. tu yg turn off cikit tgk drama lakonan dia..
Quote slyfynx 21-6-2022 08:15 PM
Awat tajuk cam x de pendidikan ni.
Bertunang tu kire dah kawin ke?
Bujang tu means xde bini or laki lagi.
Quote Timortimur 21-6-2022 08:19 PM
Ina Naim versi freehair
Quote maxim 21-6-2022 08:39 PM

"Disebalik pura-pura single di depan umum, diam-diam bertunang," tulis individu yang menggunakan nama Wafariena untuk akaun TikTok.

Sama bodoh dgn hannah montanah
Quote anony-mous 22-6-2022 07:20 AM
Lawa dia ni. I terkesima kejap masa tgk 7HM yg season 1 ke season 2 awal kemunculan dia. Season latest nmpk kureng sikit sbb mcm dah gemuk sikit
Quote monamogai 22-6-2022 07:50 AM
Ada iras wjah arwah norita.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.074450 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top