CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Adibah Noor Tolak Masuk TV, Tak Sangka 19hb Jadi Tarikh Pengebumiannya

21-6-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1322| Komen: 2

Description: "Saya tak nak masuk TV buat masa ni. Maaf sangat."
"Saya tak nak masuk TV buat masa ni. Maaf sangat."

Itu mesej terakhir Allahyarham Adibah Noor ketika komposer dan penulis lirik, Chevy Amry bertanya kelapangan masanya pada 19 Jun untuk terbabit dalam rakaman program Muzik Muzik 37.


Jemputan itu diterima bagi tujuan mempromosikan lagu Kecurigaan yang sempat dirakamkan Adibah dan diterbitkan pada 24 Januari lalu selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).


Foto: Haria Metro

Chevy Amry juga komposer lagu Kecurigaan berkata, siapa sangka, tarikh 19 Jun juga adalah hari pengebumian Adibah.


"Sebenarnya sudah beberapa kali kami dapat jemputan program seperti Muzik Muzik 37 dan Borak Kopitiam untuk promosi lagu, tapi dia cakap tidak bersedia untuk masuk TV. Di situ, kami syak dia sakit.

"Dia teruja ketika kami mahu melancarkan lagu ini kerana ia berpotensi besar tapi kebelakangan ini banyak jemputan dia tolak. Bila lihat gambar terbaharunya, nampak dia semakin cengkung, rupanya dia tidak sihat,"katanya.

Menurut Chevy, proses rakaman yang dijalankan pada 13 November tahun lalu itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham.

"Syukur saya mempunyai kesempatan mengenali Kak Dib biarpun dalam masa yang singkat. Dia seorang yang merendah diri, dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai diva. Antara kami juga tiada jurang, dia borak dengan saya seperti adik dan kakak. Kali pertama jumpa pun dia ramah seperti sudah lama kenal. 

"Dia juga tidak 'demand' dan menyifatkan dirinya sebagai manusia biasa. Dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai artis popular atau sebagainya," katanya.

Video muzik lagu Kecurigaan boleh ditonton saluran YouTube MVM Music.

Terdahulu, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Jalan Ampang, di sini, akibat kanser ovari tahap empat pada 18 Jun lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat keesokannya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-6-2022 11:55 AM
yang pegang gitar tu bukan nuno nuno ke?geng2 konspirasi gak ni
Quote videcloset 21-6-2022 12:51 PM
Al fatihah buat kak Dib

Lihat semua komen(2)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.070210 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top