View: 4819|Reply: 29
|
Wafariena Pura-Pura Bujang, Padahal Dah Bertunang?
[Copy link]
|
|
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular video mendakwa pelakon Wafariena sengaja berpura-pura masih bujang sedangkan dia sebenarnya merupakan tunangan orang.
Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan berkata rakaman dalam video itu merupakan salah satu babak dalam drama lakonannya.
Kata Wafariena, dia masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki dan tidak bersedia lagi untuk memikirkan mengenai jodoh kerana sibuk dengan karier seni.
Foto: IG
"Itu bukan akaun TikTok saya... mungkin peminat yang cipta akaun itu dan kongsi video tersebut. Video bertunang itu sebenarnya dari salah satu babak drama lakonan saya.
"Saya belum lagi nak bertunang... calon pun belum ada. Saya sibuk dengan penggambaran, nak cari rezeki untuk keluarga. Jadi, tak ada masa nak fikir soal itu lagi.
"InsyaAllah kalau betul saya nak bertunang, merisik ke, atau berkahwin, mesti saya akan kongsikan dengan semua orang," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, video memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin di jari Wafariena yang duduk di atas pelamin tular di aplikasi TikTok.
Biarpun rata-rata netizen mengetahui rakaman itu hanya babak dalam drama namun masih ada segelintir mereka yang mempercayai ia merupakan majlis pertunangan Wafariena.
"Disebalik pura-pura single di depan umum, diam-diam bertunang," tulis individu yang menggunakan nama Wafariena untuk akaun TikTok.
Dalam pada itu, Wafariena menyedari kewujudan akaun palsu yang menggunakan namanya dan watak Nurul Ain ketika drama 7 Hari Mencintaiku (7HM) musim ketiga ditayangkan.
Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini mahu membiarkan saja akaun palsu itu selagi tiada perkara mengaibkan dan memfitnah dirinya.
"Sejak drama 7HM musim ketiga ditayangkan, memang saya tahu banyak akaun palsu kongsi video saya di TikTok... ada yang guna nama saya dan nama watak Nurul Ain.
"Saya tak kisah pun peminat nak buat akaun palsu. Asalkan perkongsian mereka itu tidak menimbulkan fitnah atau mengaibkan saya.
"Kebanyakan akaun dicipta peminat itu berkongsi video menarik... rajin pula mereka edit. Saya sendiri pun kadang-kadang tak ada masa nak edit video macam itu," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
ape siakkkk bodoh gak peminat / tajuk pun... dah bertunang tu pun kira masih bujang jugak lerr.... kalau dia 'single' pun bukannya korang ada chance pun.. haha.. meols suka tengok dagu sheols...cantikkk nau terbelah dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik je dia ni tp nmpk rempit |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 21-6-2022 11:57 AM
Cantik je dia ni tp nmpk rempit
Haah, dia lawa tapi adakala nampak rempit sket |
|
|
|
|
|
|
|
precisely explains my thoughts puas iols pk dia ni muka ada off sikit . btul la .nampak rempit loll
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik dia..dengan dagu terbelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka memang cam arwah norita samsuddin..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
awat aku tengok mcm ina naim je dia ni..
cuma versi siap dan dagu terbelah... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ni? Tak kenal pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
perempuan paling dibenci kaza hehehehee heleh |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel: Cantik je dia ni tp nmpk rempit
ye btl.. tu yg turn off cikit tgk drama lakonan dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat tajuk cam x de pendidikan ni.
Bertunang tu kire dah kawin ke?
Bujang tu means xde bini or laki lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Disebalik pura-pura single di depan umum, diam-diam bertunang," tulis individu yang menggunakan nama Wafariena untuk akaun TikTok.
Sama bodoh dgn hannah montanah |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa dia ni. I terkesima kejap masa tgk 7HM yg season 1 ke season 2 awal kemunculan dia. Season latest nmpk kureng sikit sbb mcm dah gemuk sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Ada iras wjah arwah norita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|