CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Kali Tolak Watak Mat Kilau, Adi Putra Terima Selepas Lihat Kesungguhan Syamsul Yusof

17-6-2022 02:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1981| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Cukup terkenal dengan watak Jai dalam naskhah KL Gangster arahan Syamsul Yusof, kali ini pelakon kelahiran Singapura iaitu Adi Putra kembali memeriahkan industri perfileman tempatan dengan tampil meme ...

Cukup terkenal dengan watak Jai dalam naskhah KL Gangster arahan Syamsul Yusof, kali ini pelakon kelahiran Singapura iaitu Adi Putra kembali memeriahkan industri perfileman tempatan dengan tampil memegang watak utama menerusi filem biopik, Mat Kilau.

Memetik laporan mStar, sebelum bersetuju melakonkan karakter berkenaan, Adi Putra menolak tawaran tersebut sebanyak dua kali, namun akhirnya akur menerima pelawaan Syamsul selepas melihat kesungguhan pengarah itu selain mahu mencabar diri mengangkat nama tokoh terkenal tersebut.


"Sudah dua kali saya tolak untuk berlakon filem ini tetapi saya terima kerana memikirkan ini adalah satu cabaran untuk mengangkat nama besar Mat Kilau. Terima kasih kepada Syamsul kerana memberikan peluang.

"Saya sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mahukan saya untuk berlakon. Cuma, dia pernah katakan saya sesuai untuk watak ini," katanya.

Mengulas mengenai filem berkenaan, Adi berkata dia inginkan sebuah karya yang dapat memberikan pengajaran kepada generasi muda mengenai erti perjuangan serta tokoh besar negara selain nilai persahabatan yang dipaparkan.


"Menerusi filem ini, orang ramia lebih tahu siapa Mat Kilau dan dapat menimba ilmu tentang erti perjuangan serta persahabatan. Ia bukan sekadar filem untuk hiburan.

"Rasanya, generasi sekarang sudah cukup matang dan lebih berintelektual. Mereka akan dapat nilai-nilai baik untuk bangkitkan semnagat jitu," katanya.

Untuk rekod, filem Mat Kilau turut menampilkan pelakon antaranya Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Shaharuddin Thamby, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, A Galak serta pelakon Indonesia, Yayan Ruhian. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tasha 17-6-2022 02:30 PM
Spender bergulung ni jd Mat Kilau mmg aku pangkah teruslah....
Quote salimrock 17-6-2022 02:40 PM
aku tgk FB aziz m osman, ada cucu tok mat kilau ni tak puas hati, tak tau pasal apa...
Quote AshkieLa 17-6-2022 03:15 PM
i reserve my comment.
nak kena tengok dulu hasil Mat Kilau tu lepas tayang nanti...
Quote she 17-6-2022 03:49 PM
Macik nak g tengok sebab ada Beto
Tu
Quote Nurul_007 17-6-2022 03:51 PM
First time tengok premier pengarah tk join tkut kena serbu mungkin
Quote imrb 17-6-2022 04:02 PM
aku takan tgok filem ni :
1) mamat singapore/ BN ni hero
2)filem jantan keparat lubang IZ

sorri ramai2 kita boikot mcm si syuk
Quote me12345 17-6-2022 06:59 PM
Mcm best je citer ni..ramai pelakon2 yg berbakat
Quote dua_chzy 17-6-2022 07:09 PM
Patut kasi ja Beto jadik Mat Kilau. Tak sesuai lansung Adiporn ni.
Quote haruslah 17-6-2022 08:50 PM
Dh ade alasan kalau pilem ni flop
Sbb director kena boikot

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.117770 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top