CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Ikhlas Mahu Beri RM300, Khas Buat Pelajar SPM Gred Naik Dari G Ke A

17-6-2022 02:25 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1446| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Description: Semalam, Iman Troye iaitu penyanyi popular dan juga duta kepada Pusat Ilmu PTTI telah menawarkan saguhati wang tunai sebanyak RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan peperiksaan Si ...
Sumber: Instagram Iman Troye


Semalam, Iman Troye iaitu penyanyi popular dan juga duta kepada Pusat Ilmu PTTI telah menawarkan saguhati wang tunai sebanyak RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari gred G ke A. 

Iman Troye atau nama penuhnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin menjelaskan bahawa ibu bapa atau pelajar itu sendiri boleh menuntut saguhati itu dengan menghantar bukti slip keputusan SPM ke akaun Instagram rasmi @pttionline 


Sumber: Instagram Iman Troye

Iman juga berkata, jumlah saguhati itu tidaklah besar mana, namun dia berharap dengan mendapat saguhati, pelajar terbabit akan terus usaha untuk menjadi yang terbaik. 

Bukan mudah mahu menjawab peperiksaan dalam keadaan negara kita dilanda pandemik COVID-19. Bukan mudah mahu mengikuti kelas online untuk terus fokus dalam pelajaran.

Dalam pada itu, Iman juga mengambil peluang itu untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan SPM yang cemerlang dan dalam masa sama, Iman juga memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang kurang berpuas hati dengan keputusan mereka. 

Tambah Iman, keputusan SPM itu bukanlah segala-galanya kerana terdapat pelbagai cara lagi yang boleh kita lakukan untuk berjaya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 17-6-2022 07:41 PM
Owh..maksudnye ptti yg bg kan..bukan duit dr poket die...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.041993 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top