CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Digandingkan Dengan Charlize Theron & Uma Thurman, Henry Golding Terus 'Mendunia'

14-6-2022 08:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2808| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Nama aktor Henry Golding mulai mewangi di persada seni perfileman Hollywood selepas membintangi filem 'box office', Crazy Rich Asians pada 2018, berganding dengan Michelle Yeoh, Constance Wu dan Gemma ...

Nama aktor Henry Golding mulai mewangi di persada seni perfileman Hollywood selepas membintangi filem 'box office', Crazy Rich Asians pada 2018, berganding dengan Michelle Yeoh, Constance Wu dan Gemma Chan.

Pelakon kelahiran Betong, Sarawak terus mencipta nama di Hollywood apabila bakal bergandingan dengan dua pelakon wanita popular iaitu Charlize Theron dan Uma Thurman menerusi filem sekuel, The Old Guard 2 terbitan Netflix.


Memetik laporan Media Hiburan, Henry, 35, dan Uma, 52, ialah dua muka baharu yang akan muncul dalam filem sekuel berkenaan yang sebelum ini menerima sambutan hangat daripada pelayar Netflix.

Selain Charlize, filem baharu itu juga mengekalkan barisan pelakon asal The Old Guard iaitu Kiki Lyne, Matthias Schoenaerts, Marwan Kenzari, Luca Marinelli, Veronica Ngo dan Chiwetel Ejiofor.


Selain Crazy Rich Asians, Henry turut berpeluang berlakon disamping Blake Lively dan Anna Kendricks menerusi filem A Simple Favor dan Emilia Clarke dalam filem The Last Chrismtas.

Aktor yang mempunyai darah kacukan Inggeris - Iban itu juga menunjukkan bakatnya menerusi filem aksi, Snake Eyes yang diterbitkan tahun lalu.

Sekadar info, Henry mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV Taiwan, Liv Lo pada 2016. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Lyla Golding yang kini berusia setahun. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-6-2022 09:10 AM
heols ni helok, tasty la jugak, tapi tu lah...macam too boring, kontrol macho je manjang, cakap pun kontrol, jadi cam kayu sikit kekadang..
Quote ayukpingu 14-6-2022 10:20 AM
wow...ini baru mendunia
Quote elzy 14-6-2022 11:08 AM
Become Dato' Michelle Yeoh someday..
Quote LadyDee88 14-6-2022 12:53 PM
OMG br je lps tgk old guard hr tu setelah sekian lama skip recommendation... lyn jgk rupanya cita ni.. tak sabar nk tgk old guard 2.. go henry gooo!
Quote annehuda 14-6-2022 05:23 PM
prince_marhaen replied at 14-6-2022 09:10 AM
heols ni helok, tasty la jugak, tapi tu lah...macam too boring, kontrol macho je manjang, cakap pun  ...

heols ni mcm keanu reeves la. keanu tu pun kayu gak, tapi sebab heols ni reputasi helok, muka hensem, jenis tak banyak cekadak kat set, disukai pengarah2 sbb tu job lebat
Quote Siput_Sawah 15-6-2022 11:29 AM
prince_marhaen replied at 14-6-2022 09:10 AM
heols ni helok, tasty la jugak, tapi tu lah...macam too boring, kontrol macho je manjang, cakap pun  ...

aku setuju dgn uols, lakonan dia statik dlm semua movie jenis expressi muka kayu kayan control macho. so bila kita tgk jadi bosan.
Quote SedihPedih 15-6-2022 11:40 AM
betoi..he ols sama ja dlm setiap movie so far.. mmg rejeki beliau sb laku
Quote lasagna 20-6-2022 11:13 AM
pelapis dato michelle ni.. bgus la ado wakil. lahh iols baru tau heols dh kawen. udahnya idok ler dia nk kawen dgn org msia ek, wifey pun level international jugeks.
Quote evlinne 27-6-2022 07:53 AM
Dri hair dresser capuk terus diangkat jadi tv host n aktor yach
Rejeki betul heols laku sana sini wpun lakonan tak bagi impak mana pun

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058479 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top