Penampilan penyanyi Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari semasa Konsert Now Playing Festival 2022 di Brigif Cimahi, Bandung, Indonesia pada Sabtu lalu mencuri tumpuan peminat.
Kedua-dua penyanyi terkenal ini membuat persembahan istimewa menerusi lagu duet berjudul Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu. Selain persembahan memukau, kemesraan dan keakraban Ariel Dan Bunga semasa di atas pentas turut mengujakan penonton.
Menurut laporan Suara, pada awalnya mereka hanya menyanyi sambil berpegangan tangan dan membalas pandangan. Bagaimanapun pasangan ini dilihat semakin selesa apabila menerima sorokan penonton. Apa yang lebih mengejutkan, semasa persembahan akhir vokalis kumpulan NOAH ini memeluk dan merangkul paha Bunga di atas pentas tersebut. Rata-rata peminat teruja melihat kemesraan itu dan mendoakan mereka disatukan sebagai pasangan. Sumber: mStar
|
Jonesy replied at 16-6-2022 11:26 AM
Ariel ni bujang, menduda?
Beribear replied at 15-6-2022 09:02 AM
Dorg dah rehearsal kan.tp yg peliknya knp bunga pilih pakai mcm tu
matjerk replied at 15-6-2022 07:22 AM
Pendek je aril ni
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
8-5-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.069668 second(s), 49 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.