CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bekas Suami Britney Spears Ceroboh Rumah Ketika Majlis Kahwin

10-6-2022 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2814| Komen: 13

Description: Suasana harmoni dan kemeriahan majlis perkahwinan secara tertutup penyanyi popular antarabangsa, Britney Spears dan Sam Asghari dikhabarkan telah dicemari dengan insiden pencerobohan bekas suaminya, J ...
Suasana harmoni dan kemeriahan majlis perkahwinan secara tertutup penyanyi popular antarabangsa, Britney Spears dan Sam Asghari dikhabarkan dicemari dengan insiden pencerobohan bekas suaminya, Jason Alexander.


Menurut laporan media antarabangsa, bekas suami pertama penyanyi itu didakwa menceroboh dan memasuki kediaman Britney ketika upacara sedang berlangsung.


Kredit foto: Metro.Co.Uk

Dalam kejadian tersebut, Jason dikatakan turut merakam dirinya sendiri menggunakan telefon pintar ketika menceroboh rumah Britney dan menganggu majlis perkahwinan tersebut.

Alexander turut dilihat bertengkar dengan kakitangan yang bertugas di majlis itu yang memintanya untuk beredar.


Jason kemudiannya ditahan pihak polis dan menerusi foto yang tersebar, dia dilihat turut terbaring di lantai sewaktu ditahan.

Peguam Britney, Mathew Roseangart bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan memastikan lelaki terbabit menerima hukuman setimpal disebabkan kejadian itu.

Dalam pada itu, difahamkan, penyanyi lagu Baby One More Time ini melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup dan cuma dihadiri 100 tetamu sahaja.



Difahamkan juga, hanya abangnya, Bryan Spears yang dijemput untuk hadir manakala ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang rentetan konflik yang pernah terjadi dan menggemparkan dunia hiburan sebelum ini.

Terdahulu, Britney bertunang dengan Sam pada April lalu sebelum kemudiannya mengumumkan dirinya hamil.

Untuk info, Britney juga mempunyai dua orang anak, Preston, 16, dan Jayden James, 15, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kevin Federline.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 10-6-2022 09:24 PM
Nak kata gila bayang, dah bercerai berbelas2 tahun. Sempat bergelar suami Britney 55 jam je.   
Quote makneng 10-6-2022 11:51 PM
Tahniah acik Britney.
Quote gideoncross 11-6-2022 01:11 AM
Kmain fink karer boxer heol tu.
Quote babelina 11-6-2022 01:37 PM
Tahniah Britney!!! aaarghhh aku suka dia.. dulu sempat la berseluar bj mcm dia.. hahaha
Quote Addrianna 11-6-2022 02:12 PM
nak kata meroyan 55jam je pun jadi laki.motip jadi gila buat kacau di majlis bekas bini saja nak dapat fame ke?
Quote ina_na 11-6-2022 02:51 PM
Dgn dia ni ke ade anak 2 org yg dia dpt ratusan juta tu..
Quote orangbiasaje 11-6-2022 07:28 PM
ina_na: Dgn dia ni ke ade anak 2 org y ...


Ikut hujung berita, anak 2 org tu dgn Kevin Federline, bukan si Jason Alexander ni. Tu pelik, yang tu takde lak kena terjah
Quote lasagna 13-6-2022 11:06 AM
moga acik Britney berbahagia laa selepas ni, kesian kisah hidup bertahun-tahun terseksa. Happy for her actually!
Quote electricopop 13-6-2022 11:13 AM
Psycho nye!
Quote DayangKirana 13-6-2022 01:53 PM
alkesahnye si boxer pink ni mostly orang tak remembered him as the ex-shuben pon..
KFed pon tak meroyan..ko plak acah2 nak tunjuk perasaan..
Quote Harley_Quinn 16-6-2022 12:27 PM
Mati2 igt kevin.
Rpanya jason. HAhahaha
Quote mizruncing 16-6-2022 12:39 PM
saja nk trending maybe
Quote hyie 17-6-2022 01:00 PM
content sis, content!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055840 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top