CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kulit Wanita Arab Paling Sihat Dan Muda

5-8-2015 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 22033| Komen: 39

Description: Tidak disangkal lagi kecantikan yang dimiliki wanita Arab ini. Kecantikan semulajadi yang dikurniakan menjadikan wanita Arab sesempurna di pandangan mata sesiapun yang melihatnya ...
Oleh Izzah Abbasy

Tidak disangkal lagi kecantikan yang dimiliki wanita Arab ini. Kecantikan semulajadi yang dikurniakan menjadikan wanita Arab sesempurna di pandangan mata sesiapun yang melihatnya. Sebahagian besar wanita Arab memakai pakaian tertutup berwarna hitam atau sering disebut abayah. Sehingga kini, abayah adalah pakaian adat Arab yang masih mewajibkan wanita mereka memakai saat keluar rumah atau ditempat umum.

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia. Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain.

Terdapat beberapa sebab antaranya:

1. Tradisi berpakaian menjadikan kulit yang sihat. Wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna putih dan coklat cerah. Bagi mereka, lebih baik tinggal di dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.

Sumber Foto :teen-ta.com


2. Berpakaian sopan dan tudung. Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

Sumber Foto :  www.hdwallpapersinn.com


3. Penjagaan kulit datang dalam kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia. Para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit mereka dengan botox, laser, dan derma fillers .

Sumber Foto : http://www.waleg.com

4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan menjadi keutamaan sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut mempengaruhi tekanan yang dialami wanita Arab. Wanita Arab yang tidak bekerja menjalani kehidupan dengan lebih santai. Mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.

Sumber Foto : instagram.ihssanebenalluch

2

Bagus
21

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
24

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tightcherry 1-8-2015 01:17 PM
Pompuan Arab LPs kawen..gemok2 mcm almari.. Kulit dorg moist cantik sb mkn olive oil
Quote miabebe 1-8-2015 01:29 PM
Mia ade kacuk ereb pew..
Quote fizafaizal 1-8-2015 03:02 PM
Orang arab kulit cantik sbb byk mkn olive oil, tomato dan yogurt..olive oil tu pun sapu kt badan..segala serbi la gune olive oil tu
Quote elyssa 4-8-2015 05:42 AM
tp ppuan2 arab sekali mekap mmg setebal2 nya..rasa mcm x bernafas kulit meka tu..
Quote iznanaziz 4-8-2015 04:14 PM
kalau mcm tu, nak beli losyen Olive Oil la...
Quote juecy 4-8-2015 05:12 PM
Laki pompuan arab kaya2 boleh la dorg duduk santai2 makan pelan2 sbb anak2 dijaga pembantu.
Cuba kat Mesia... suami ala kadar je. Nak lebih kena keje la. Nak gathering mesti bawa anak2.
Sorry la laki nak jaga. Camne nak makan pelan2... Takat beli olive oil safi brand tu syukur sgt2.

Apapun syukur sgt la kulit saya ok. takat pakai shower cream je. tgu juga klu dpt $2.6 billion hehehe
Quote fizafaizal 4-8-2015 08:43 PM
Betul jgk tu...kt tmpt aku ni, kalau diorang nk kawin, kene sediakan rumah ngn pembantu tuk bakal isteri

Tp sini suami tak lokek buat keje..biase je tgk lelaki beli barang dapur ngn baju2 tuk isteri..aku ni kekdng ni naik segan nk beli baju dlm, dah diorang ade kt situ
Quote puccafan 5-8-2015 10:32 AM
juecy replied at 4-8-2015 05:12 PM
Laki pompuan arab kaya2 boleh la dorg duduk santai2 makan pelan2 sbb anak2 dijaga pembantu.
Cuba ka ...

Nak nyelit gak 2.6 tu. Haha
Quote nfarahr 5-8-2015 03:04 PM
makanan org arab banyak melibatkan minyak zaitun kan.. kita pun boleh buat. beli je kat kedai arab ada kapsul minyak zaitun dan habbatus sauda.
Quote juecy 5-8-2015 04:00 PM
puccafan replied at 5-8-2015 10:32 AM
Nak nyelit gak 2.6 tu. Haha

Lawak2 nak longgarkan pipi yg ketat, xde kaitan dgn yg berita yg digossip2kan sekrg ni
Quote diandra88 5-8-2015 04:11 PM
tightcherry replied at 1-8-2015 01:17 PM
Pompuan Arab LPs kawen..gemok2 mcm almari.. Kulit dorg moist cantik sb mkn olive oil

apa ada pada kulit je.. tapi hati kemain gedebuk kasar.. huhuhu
Quote Rinatalia 5-8-2015 11:22 PM
http://www.basekosmetik.com/2015/08/suntik-pemutih-badan-glutax-500gs-white.html
Quote tembamgirl09 6-8-2015 08:31 AM
juecy replied at 4-8-2015 05:12 PM
Laki pompuan arab kaya2 boleh la dorg duduk santai2 makan pelan2 sbb anak2 dijaga pembantu.
Cuba ka ...

kihkihkih..2.6 billlion ye..tp btol kata awak tu..huntunglah org arab
Quote juecy 6-8-2015 11:45 AM
tembamgirl09 replied at 6-8-2015 08:31 AM
kihkihkih..2.6 billlion ye..tp btol kata awak tu..huntunglah org arab

Rezeki dorg lah kan... rezeki kita mgkin dr perkara yg lain pulak
Quote mekbudu 6-8-2015 04:09 PM
cantik sungguh pompuan2 arab niiii
Quote nonim 9-8-2015 04:17 PM
Susah nak jumpa org arab yg ada masalah kulit even lelaki atau perempuan maybe byk disebabkan faktor pemakanan mereka.
Quote chinta89 10-8-2015 10:07 AM
mmg menjadi eh kalau rajin2 taruk minyak zaitun kat badan? buta mcm losyen tu?
Quote minahmanja 10-8-2015 05:01 PM
miabebe replied at 1-8-2015 01:29 PM
Mia ade kacuk ereb pew..

ye ke... arab mana...
Quote miabebe 10-8-2015 06:20 PM
minahmanja replied at 10-8-2015 05:01 PM
ye ke... arab mana...

Mia pon tatau kihkihkih...

Atok mia belah apak mia keturunan ereb..takat tuje yg mia tahu..hihihi..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054345 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top