CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bayar Bil Tertunggak," Lelaki Pakai Baju Melayu Merah Pagi Raya Dah Curi Kondom

12-5-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2314| Komen: 13

Description: Segak pakai baju Melayu merah dan songkok bukan untuk pergi ziarah-menziarahi, tapi mencuri!
Segak pakai baju Melayu merah dan songkok bukan untuk pergi ziarah-menziarahi, tapi mencuri!

Begitulah kisah kedatangan 1 Syawal yang dicemari dengan tindakan seorang lelaki yang dikesan mencuri di sebuah kedai serbaneka.


Lebih mengejutkan apabila barang yang dicuri adalah kondom, dalam kejadian pada 2 Mei lalu, ketika umat Islam di Malaysia menyambut hari raya pertama Aidilfitri.




Sejak Rabu, tular foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek di sebuah kedai serbaneka dekat sebuah kondominium di Kuala Lumpur.


Menerusi kertas yang ditampal pada pintu atau dinding kaca premis yang memaklumkan mengenai kes kecurian, individu berbaju Melayu merah dan bersongkok itu didapati mencuri kondom.

Dalam foto sama, terdapat seorang kanak-kanak juga memakai baju Melayu merah dan bersongkok mengekori suspek, dipercayai anaknya.

Rata-rata netizen memberi gambaran mengenai tindakan lelaki itu seperti hasutan syaitan yang 'bebas' selepas diikat sebulan pada bulan Ramadan.




"Raya pertama pakai baju Melayu. Pergi curi kondom. Astaghfirullah," komen seorang netizen.

Selain itu, ia turut dihujani komen-komen yang melucukan, seperti lelaki berkenan terpaksa mencuri kondom kerana segan untuk membayarnya di kaunter.

"Mungkin dia malu nak bayar kot. So alang-alang.

"Aku rasa budak ni segan nak bayar kat cashier, bukan tak ada duit.

"Bukannya mahal mana pun. Takut nak bayar, belilah online.

"Kalau dah kahwin, buat apa malu beli kondom. Tapi ada je kot yang dah kahwin tiga, empat tahun masih malu-malu.

"Plot twist nak curi chewing gum (gula-gula getah) sekali tercuri kondom," demikian antara komen netizen.



Malah, seorang pengguna Twitter turut berkongsi pengalamannya yang berdepan insiden kecurian kondom semasa bekerja di sebuah farmasi.

"Masa kerja farmasi dulu, benda ni la paling rajin hilang termasuk 'aksesori-aksesori' dia sekali. Depa (mereka) malu kot nak bayar," katanya.

Walaupun wajah suspek tidak dapat dilihat dengan jelas kerana memakai pelitup muka tetapi netizen mula bimbang kerana ‘lelaki berbaju Melayu merah’ kini menjadi sasaran.

"Tolong bayarkan kondom yang dia curi. Kasihan dia. Habis blacklist (senarai hitam) baju Melayu merah raya ni," komen seorang netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 12-5-2022 02:42 PM
bodoh je curi la benda lain kondom jugak ko nak curi..sangkak punya pencuri
Quote AbukRokok 12-5-2022 02:51 PM
mgkin dia malu nak bayar
taoi dah pakai mask 24/7 nak malu apa bossku ?
Quote jazaa100 12-5-2022 02:56 PM
Uwaaa.....

Kena viral tu....satu taman tau
Quote renko 12-5-2022 03:39 PM
mau kena sumpah ejakulasi pramatang pasni
Quote Belibis 12-5-2022 04:06 PM
Lain kali suruh bini beli.. kalau u tak beli,u yang ngandung,bukan i..
Quote mojarean_X 12-5-2022 04:19 PM
AbukRokok replied at 12-5-2022 02:51 PM
mgkin dia malu nak bayar
taoi dah pakai mask 24/7 nak malu apa bossku ?

Beli jelah kt shopee kalo malu sgt
Quote AbukRokok 12-5-2022 04:22 PM
mojarean_X replied at 12-5-2022 04:19 PM
Beli jelah kt shopee kalo malu sgt

lambat nak segera otw la tu
Quote Artemesiaa 12-5-2022 04:22 PM
Buat malu kat anak je muka pak dah jadi muka wanted
Quote ally9970 12-5-2022 04:55 PM
So kalau nak mencuri kena pakai mcm mana? Kena pakai jeans koyak, singlet pagoda ke baru boleh mencuri? Mencuri tu perbuatan dia, ahklak dia, bukan baju Melayu tu...
Quote mizruncing 12-5-2022 04:56 PM
aduhhh malunyaa. halalkan jelaa supermarket pon :p
Quote tagas 13-5-2022 12:50 PM
Small saiz kot

tu yg malu nak byr
Quote Kitty_catz 13-5-2022 02:01 PM
kalau guna, harap bini dia peknen

Quote Decaffeinated 13-5-2022 04:28 PM
tak berkat pakai kondom curi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.255581 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top