CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Kemurungan Berdiri Di Birai Bangunan Bukan Nak Bunuh Diri, Cuma Cari Ketenangan

12-5-2022 02:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3584| Komen: 55|Original author: Tatod

Description: Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang gadis yang memakai baju kurung sedang berdiri di birai tingkat paling atas sebuah pasar raya di Seksyen 7. Media tempatan melaporkan pihak bomba mengambi ...

Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang gadis yang memakai baju kurung sedang berdiri di birai tingkat paling atas sebuah pasar raya di Seksyen 7. Media tempatan melaporkan pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk gadis berusia 19 tahun tersebut.

Situasi itu menyebabkan orang ramai membuat spekulasi bahawa gadis berkenaan mempunyai niat untuk membunuh diri. Bagaimanapun, ketika disoal siasat, gadis tersebut mendakwa dia hanya sekadar mencari ketenangan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan turut mendapati gadis yang juga warga tempatan itu dipercayai mengalami masalah tekanan dan kemurungan.



"Bapa mangsa memaklumkan mangsa mendapatkan rawatan berkaitan tekanan dan kemurungan yang dihidapinya di Hospital Shah Alam.

"Mangsa turut menjelaskan dia tiada niat untuk membunuh diri dan berada di tembok berkenaan untuk menenangkan fikiran.

"Setakat ini, kes sudah dirujuk ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Iqbal lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan seorang perempuan dilihat sedang berdiri di atas tembok paling atas pasar raya berkenaan.


"Pihak kami juga mendapati seorang lelaki yang juga rakan mangsa mendakwa ada melihat status Whatsapp mangsa yang memaparkan gambar lokasi terbabit.

"Lelaki berkenaan kemudian bergegas ke tempat itu dan berjaya memujuk mangsa untuk turun," katanya.

Operasi menyelamatkan dan memujuk mangsa turut dilakukan dengan kerjasama pengawal keselamatan dan bomba. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-5-2022 03:45 PM
Klu dh diri kt tebing mcmtu, bkn mencarik ketenangan dah tu.. Apapon, aku doakan ko temui ketenangan dalam diri ko.. Aamiin
Quote miszclassique 12-5-2022 04:06 PM
Ramainya orang kemurungan sekarang ni... Risau
Quote esbok 12-5-2022 04:07 PM
kesian nya dia. apa lah yang membelenggu kepala dia. Semoga kau diberi ketenangan jiwa dan kewarasan
Quote Nnoor2 12-5-2022 04:09 PM
Harap bukan kerja doktor...
Quote mejaputih 12-5-2022 04:09 PM
yg Allah kalau tergelincir tu camne...
semoga dik dpt ketenangan yang di cari...kesian..
Quote Artemesiaa 12-5-2022 04:10 PM
Nak cara ketenangan bukan kat situ tempatnya.  Tapi macam acah2 nak terjun dengan harapan yang ditunggu datang memujuk.  Banyak tengok drama ler ni.
Quote Skuau 12-5-2022 04:14 PM
Edited by Skuau at 12-5-2022 04:17 PM

"kedamaian yg ku cari..masih belum terbukti..jauh lagi...perjalanan ini"-Awie.
Quote sukacactus 12-5-2022 04:40 PM
Kalau dah sampai ke luar birai tu bkn cari ketenangan lg dah
Lebih mcm cari mati je
Quote Solokkk 12-5-2022 04:45 PM
Kesian….
Quote uori 12-5-2022 04:53 PM
lain macam dik ko nak cari ketenangan, sampai tak tenang orang lain dibuatnya
Quote mizruncing 12-5-2022 04:55 PM
gaduh ngan bf ke?? tp tu lahh bab kemurungan jgn buat main. yg mengalami je paham
Quote pooh~key 12-5-2022 04:58 PM
Akak syak kalau kim jong un perintah negara, mesti tak ada kes bunuh diri kan sis? Sebab apa? Sebab beruk tu dah bunuh dulu theols sis.

Bodo punya oenyokong kumunih sis.
Quote pooh~key 12-5-2022 04:59 PM
Aaaa geram akak kan sampai dah silap eja kan sis… penyokong akak maksudkan sis.
Quote hotmak 12-5-2022 05:12 PM
muda lg orgnya
Quote niena90 12-5-2022 05:17 PM
Ko berdiri blkg tembok iye tu mencari ketenangan. Ni dah sampai panjat tembok tu nmpk sgt dah takde ketakutan dlm diri selamba ko je mcm panjat pokok rambutan
Quote raxief 12-5-2022 09:01 PM
Nnoor2 replied at 12-5-2022 04:09 PM
Harap bukan kerja doktor...

ada ke doktor umur 19.. ?
Quote MissVixen 12-5-2022 09:07 PM
Sistur nak bunuh diri dan mencari ketenangan jangan susahkan orang lain. Buatnya terjun dan tertimpa manusia lain, naya je. Tempat tu pun jadi angker.
Quote ninja boy 12-5-2022 09:14 PM
Bela kucing la
Quote Belibis 12-5-2022 09:14 PM
Kena ganja lerrr..ubat kemurungan.[em:14:]

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064603 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top