CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Nelayan Islam Nekad Mati Guna Kaedah Euthanasia

12-5-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4129| Komen: 37

Description: NEW DELHI: Ratusan komuniti Islam dari perkampungan nelayan menunggu kebenaran mahkamah untuk meluluskan euthanasia disebabkan halangan pentadbiran yang menyukarkan mereka mencari rezeki.
NEW DELHI: Ratusan komuniti Islam dari perkampungan nelayan menunggu kebenaran mahkamah untuk meluluskan euthanasia disebabkan halangan pentadbiran yang menyukarkan mereka mencari rezeki. 


Presiden Persatuan Nelayan Islam Gosabara, Allarakha Ismailbhai Thimmar berkata, mereka tidak boleh meneruskan kehidupan jika tidak dapat menyara diri di negeri yang menempatkan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan kubu kuat parti Nasionalis Hindu, Bharatiya Janata. 

Jelasnya, golongan nelayan berdepan diskriminasi sejak 2016 apabila diminta mengosongkan kawasan kampung dan diarah pergi ke daerah lain.

Foto: AFP

“Kami mempunyai lesen untuk bot dan menangkap ikan. Kami telah membuat petisyen kepada majistret, ketua menteri negeri dan pegawai lain, tetapi tiada siapa yang menjawab petisyen kami. 

“Kami memfailkan petisyen di mahkamah tinggi dengan penuh kekecewaan bagi mendapatkan hak melakukan euthanasia kerana kami tidak boleh hidup seperti ini,” katanya lapor Arab News.   

Euthanasia adalah cubaan membunuh diri yang dilarang di bawah Undang-Undang Jenayah India bahkan Islam juga melarang perbuatan tersebut. 

Seramai 600 nelayan menetap di daerah Porbandar, negeri barat Gujarat, sejak 100 tahun lalu memfailkan Euthanasia minggu lalu. 

Kampung Gosabar merupakan satu-satunya penempatan majoriti Islam dan mereka berdepan diskriminasi apabila tidak dibenarkan melabuhkan bot nelayan di kawasan itu sejak 2016. 

Menurut Allarakha, masyarakat Hindu yang berjiran dengan Gosabara mempunyai lesen memancing yang sama seperti nelayan di kampungnya. 

Bahkan, katanya, mereka dibenarkan pula melabuhkan bot serta mendapatkan hak dan kemudahan sama. 

Majistret Daerah, Sharma berkata, masalah itu melibatkan isu teknikal dan tidak berkaitan dengan agama. 

Mahkamah Tinggi Gujerat dijangka membuat keputusan tersebut pada minggu pertama Jun depan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 12-5-2022 12:04 PM
Meh ajak dorang dtg Malaysia. Atok mesti sokong punya
Quote Simunggu 12-5-2022 02:18 PM
atok suka org karala...PH pun suka
Quote TOPwind 12-5-2022 04:03 PM
nak bunuh diri minta izin= lepas mati takut kena saman ke?
Quote Skuau 12-5-2022 04:10 PM
dia worang bodoh..sini malezia mari la..Msia boleh u suka apa-abangla/rohingok
Quote FOTHER-MUCKER 12-5-2022 04:15 PM
Saya ada baca di fb Masih ada lagi lobai bodoh berfikiran dan mempengaruhi orang Islam bahawa katanya harta dan kekayaan tidak boleh dibawa mati. Dah 2022 masih ada melayu berfikiran seperti ini rupanya.

Kerana kebodohan lah akan mengakibatkan terjadinya kejadian seperti didalam News ini.

Quote mojarean_X 12-5-2022 04:17 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-5-2022 04:15 PM
Saya ada baca di fb Masih ada lagi lobai bodoh berfikiran dan mempengaruhi orang Islam bahawa katany ...

Ntah lobai tu...last2 dorang yg pakai mercedes bertukar ganti
Quote Artemesiaa 12-5-2022 04:20 PM
Ugut cara tu pasti tak berjaya
Quote clarizsa 12-5-2022 04:21 PM
Bukanlah i sokong bunuh diri bagai
Tapi persoalannya kenapa susah2 sedangkan laut luas ada menunggu , terjun je kt tgh2 jauh dr pandangan org , sbb kalau ada org nmpk pastu selamatkan nnti gagal pulak kan
Quote Orix 12-5-2022 04:23 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-5-2022 04:15 PM
Saya ada baca di fb Masih ada lagi lobai bodoh berfikiran dan mempengaruhi orang Islam bahawa katany ...

errrrrr iols yg blurr ke cmne... harta n kekayaan boleh bawa mati ke ?
Quote FOTHER-MUCKER 12-5-2022 04:43 PM
Orix replied at 12-5-2022 12:23 AM
errrrrr iols yg blurr ke cmne... harta n kekayaan boleh bawa mati ke ?

Bermsksud harta dan kekayaan yang kita cari dan bina di hari ini adalah untuk anak anak ataupun keturunan kita yang seterusnya supaya tidak di perhambakan, pinggirkan, menjadi kasta bawahan.
Ini bila ada yang dipinggirkan dan terpinggir tau pulak mereka komplin hartanah di Malaysia ni dah jadi milik bangsa cina ataupun bangsa asing.



Quote Perwira2022 12-5-2022 04:51 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-5-2022 04:43 PM
Bermsksud harta dan kekayaan yang kita cari dan bina di hari ini adalah untuk anak anak ataupun ke ...

Masalahnya ada ke mana2 lebai yg suruh umat Islam jadi miskin hina papa kedana dan biarkan keturunannya hidup merempat dijajah dihina? Bukan salah lobai kalau ko tu yg bengap salah ambik konteks statement 'harta tak boleh dibawa mati'.
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2022 05:06 PM
Ikut Jemaah Tabligh kalu, kita tak boleh ada banyak harta, nanti merangkak nak masuk syurga seperti Abdul Rahman bin 'Auf
Quote Orix 12-5-2022 05:12 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-5-2022 04:43 PM
Bermsksud harta dan kekayaan yang kita cari dan bina di hari ini adalah untuk anak anak ataupun ke ...

Betul la tu harta n kekayaan x boleh bw mati tp boleh diwarisi. Somehow iols mmg x suka lobai2 yg ckp mcm ni sbb dia mcm down kan semangat kita nk cari rezeki. Kt skolah dlu ada jugak pak ostak iols cakap buat apa belajar pandai2 result spm bukan boleh bw msuk kubur.
Quote dua_chzy 12-5-2022 07:15 PM
Orix replied at 12-5-2022 09:12 AM
Betul la tu harta n kekayaan x boleh bw mati tp boleh diwarisi. Somehow iols mmg x suka lobai2 yg  ...

Menda la cikgu @ ustad cakap gitu...Mentang2 dia buduh, dia nak uols pun buduh macam dia ka? Teringin nak tau lulusan hapa heshe memandangkan dulu ramai cikgu2 takda degree/takda qualification pendidikan.
Quote Dwdrum 12-5-2022 07:41 PM
Sehingga perlu euthanasia sebab helpless and hopeless... Ebit lew mana?
Quote MissVixen 12-5-2022 08:58 PM
Orix replied at 12-5-2022 05:12 PM
Betul la tu harta n kekayaan x boleh bw mati tp boleh diwarisi. Somehow iols mmg x suka lobai2 yg  ...

Hidup lagi pak ostat uols tu? Cakap macam orang takde agama dan gila isim. Patut dicampak dalam lombong
Quote MissVixen 12-5-2022 09:00 PM
Kesian juga diorang ni. Sape je sebenar2 berani dan nak mati kalau bukan dah temui jalan buntu.
Quote angelofish 12-5-2022 09:24 PM
bodoh nya..ratusan orang tu dari mati bunuh diri baik kau berjihat
Quote faraway1 12-5-2022 09:31 PM
Gujarat bukan kawasan Muslim?

Me pergi diu Island kat Gujarat, hari Jumaat semua tutup kedai pergi sembahyang, minuman keras tak dijual kat Gujarat juga sesatu tempat me rasa semua orang bercakap benar tak menipu tourist.  

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top