CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Glamour Macam Wany Hasrita,Wani Syaz Kecil Hati Dibanding-Bandingkan

28-4-2022 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4567| Komen: 48

Description: Wani Syaz mengakui ada ketika dia berasa kecil hati apabila peminat sering membandingkan perjalanan kerjayanya dengan Wany Hasrita.
Wani Syaz mengakui ada ketika dia berasa kecil hati apabila peminat sering membandingkan perjalanan kerjayanya dengan Wany Hasrita.

Walaupun kerjaya seninya bermula lebih awal, Wani atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 25, akur jika rakan yang berada di bawah satu pengurusan itu lebih menyerlah.

Foto: IG

“Memanglah ada sedikit rasa kecil hati apabila orang membandingkan perjalanan kerjaya saya dengan Wany dan itu membuatkan saya sentiasa berfikir untuk keluar dengan lagu terbaik supaya peminat boleh nampak diri saya.

“Jika orang terus nak bandingkan kami berdua, saya tidak boleh berbuat apa. Kami berbeza dan dia ada cara nyanyian tersendiri. Mungkin luck saya belum sampai lagi untuk lebih dikenali,” katanya kepada mStar.




Bagaimanapun, kata Wani kemunculan lagu duet bersama membuatkan peminat mula sedar perbezaan antara mereka.

Wani dan Wany (Hasrita) pernah muncul dengan lagu duet berjudul Sinar Terindah yang dilancarkan pada tahun 2019 dan terbaharu menerusi lagu Sang Purnama.

Selain itu, penyanyi lagu Pendusta Cinta yang dulu hanya dikenali sebagai Wani menukar nama pentasnya kepada Wani Syaz pada 2018 juga membantu dirinya dikenali.


“Selepas rebrand semula nama sendiri, barulah orang mula nampak dan kenal siapa saya.

“Menerusi lagu duet juga, peminat dapat membezakan antara kami berdua. Bagaimanapun sehingga hari ini masih ada yang keliru lagi,” ujarnya.

Bercerita tentang perjalanan kerjaya seni, Wani sedar tidak selamanya dia akan bertahan dalam bidang ini.


Justeru itu, dia kini lebih memberi fokus kepada perniagaan restoran miliknya di Batu Pahat, Johor.

“Saya tahu kerjaya nyanyian ini tidak akan bertahan selamanya. Disebabkan itu saya lebih fokus kepada perniagaan demi masa depan sendiri.



“Saya juga tidak tinggal di Kuala Lumpur kerana di sini tidak ada target yang tetap. Tawaran menyanyi juga hanya ada sesekali sahaja.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terus berhenti menyanyi. Mungkin akan tampil dengan satu lagu baharu setahun,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 28-4-2022 11:21 AM
dah awok tu aura ustazah kuat..cer tukar karier jadi ostajah cm si muhanat ke semak tu konfem femes dekkk..
Quote Cenderakirana9 28-4-2022 11:21 AM
Sebab rupa kot sis... Kena cari makeup artis yang lagi power untuk mekap tambah seri
Quote Kurex 28-4-2022 11:32 AM
Muka kau iras tajul
Quote julia5094 28-4-2022 11:50 AM
mamajawie replied at 28-4-2022 11:21 AM
dah awok tu aura ustazah kuat..cer tukar karier jadi ostajah cm si muhanat ke semak tu konfem femes  ...

Bukan rakyat mesia ni suka ke penyanyi yang ala2 ustazah mcm ni...cuba tengok penyanyi yang modern2 sikit. Kehulur kehilir netizen suruh labuhkan tudung...Kenapa tak sokong dek wani ni?? Tapi suara dia biasa sangat..tu sukar nak menyerlah..

Quote mamajawie 28-4-2022 11:52 AM
julia5094 replied at 28-4-2022 11:50 AM
Bukan rakyat mesia ni suka ke penyanyi yang ala2 ustazah mcm ni...cuba tengok penyanyi yang modern ...

mungkin la sebab rupa n sore bisher2 je..

Quote doubleA 28-4-2022 11:55 AM
Suara dia ok je tapi biasa2 je. Suara wany barista pun biasa juga tapi rezeki dia lah jadi pengacara la, duta bagai. Wani ni pernah je masuk gema gv kan nak buat camana sendu, ok la dah ada kedai makan sendiri jangan harap sumber bidang seni je, income lain lebih menjamin. Bidang seni ni banyak faktor lain yg menyumbang utk jadi popular
Quote jari10 28-4-2022 12:01 PM
Suara kau biasa2 sangatttttt dek oiii.. tapi beriye nak jadi retis
Quote mendeluk 28-4-2022 12:08 PM
Edited by mendeluk at 28-4-2022 12:09 PM

Eh eh
BUKaN kE JaDi ARtIs Ni H4RAmmm…
Su4ra iTu bUkaN aurat ke…
Dosa perempuan nyanyi keluarkan suara…
Haha.
Tapi pakaian mcm ini lah kan netizen mahukan.
Cuba kalau semua org bergaya ala2 Wani ini.
Mesti bosan. Tapi mcm ini lah netizen mahukannn
Quote fizamn 28-4-2022 12:09 PM
Wany hasrita jadi pengara kat TV 1 tu yg penting.. selalu dpt jumpa artis n ustad tu psl org ingat dia lebih.. so org akan ingat dia..
Quote heythere123 28-4-2022 12:32 PM
muka dia terlalu desa untuk jadi selebriti & aura tajah dia kuat sangat. I personally boleh layan je suara dia tapi iols faham la kalau fans dia tak ramai pon
Quote mendeluk 28-4-2022 12:52 PM
heythere123 replied at 28-4-2022 12:32 PM
muka dia terlalu desa untuk jadi selebriti & aura tajah dia kuat sangat. I personally boleh layan je ...

Lelaki tengok dia pun bosan. Dia macam takde sexual attraction kan. Ada je muka tak lawa, tapi sangat menggoda. Aura tajah dia kuat sgt. Jadi guru mengaji je lah maybe sesuai..
Quote mendeluk 28-4-2022 12:56 PM
Lagi satu kalau tengok ig dia semua dia followed retis2 yang bertudung ajaa.. so boleh tau mentality dia mcm mane..
Quote umbut 28-4-2022 12:58 PM
Sebenarnya tak glamour sebab rupa dik.. Terimalah hakikat
Quote mawarkhayalan99 28-4-2022 01:11 PM
Tukar jelah kerjaya ko dik. Sesungguhnya ko x sesuaiii dalam industri ni hmmmm
Quote nawtylulu 28-4-2022 02:50 PM
awal2 tgk die dgn wany hasrita dlu, iols ingt die ni tukang nyanyi kn cover lgu before wany hasrita record.
Quote SherryZass 28-4-2022 03:17 PM
suara & rupa biasa2 jah sis, tu yg kurang popular. Kena lebih menonjol lagi.
Quote syamzana 28-4-2022 03:23 PM
bagus la tu berbisnes, jadikan nyanyian tu hobi je la. si wani sorg lg tu pun akak rengsa dgr lagu2 dia lembekkk je.both takde aura retis, tp rezeki dia la glamer.
Quote suka2 28-4-2022 05:05 PM
Aura makcik marhaban kuat sangat rupa sheols ni.
Quote ashilalat 28-4-2022 05:11 PM
Dia ni dgn minah yg kawen juara big stage yg sendu tu pon lebih kurang sama muka dan penampilan...ke mmg org yg sama?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.149019 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top