CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haneesya Hanee Suka Pakai Tudung Di Bulan Ramadan, Lelaki Tak Pandang Bentuk Badan

28-4-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2889| Komen: 19

Description: Tampil dengan imej bertudung dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan, pelakon Haneesya Hanee mengakui dirinya berasa lebih selesa dan tenang.
Tampil dengan imej bertudung dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan, pelakon Haneesya Hanee mengakui dirinya berasa lebih selesa dan tenang.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 21, berkata, tidak banyak mata yang tertumpu ke arah bentuk badannnya seperti selalu.

Foto: IG

Dia juga mengharapkan doa-doa peminat agar hatinya segara terbuka untuk terus kekal dengan imej sebegitu.

“Setiap kali bulan Ramadan saya akan bertudung bagi menghormati bulan yang mulia ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa apabila dapat menutup dengan sempurna kerana tidaklah orang asyik pandang badan sahaja.




“Sebagai seorang wanita Islam semestinya semua ada niat untuk pakai tudung suatu hari nanti. Saya mohon peminat untuk doakan agar saya segara terbuka hati ke arah itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun, Haneesya berkata, dia bersedia dikecam apabila kembali kepada imej tanpa hijab.


Menurut Haneesya, dia sudah biasa dengan kecaman dan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya pasti faham tentang perubahan tersebut.

“Saya sudah lali dikecam dan menjadi kebal dengan kritikan. Jika ada yang kecam maksudnya mereka bukanlah peminat sebenar kerana tidak tahu saya akan sentiasa bertudung sepanjang Ramadan.

“Apa lagi saya boleh buat jika kena kecam? Jadi biarkanlah,” ujarnya.



Sementara itu, bercakap tentang aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini, Haneesya tidak berpeluang untuk berehat panjang kerana sibuk dengan penggambaran.

“Saya hanya sempat berehat seminggu awal Ramadan. Selepas itu kembali sibuk di lokasi penggambaran.



“Memang tahun ini meriah dengan bazar, tetapi saya masih belum berani untuk ke tempat yang ramai orang kerana bimbang terkena jangkitan Covid-19 dan akan menyusahkan produksi,” jelasnya.



Haneesya bakal tampil dalam dua drama berjudul Tari Andi dan Normi Kemball. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 28-4-2022 11:34 AM
dia ni ada darah wakawaka eh eh ke?sbab mak dia xde lak muka cam dia
Quote Kurex 28-4-2022 11:52 AM
Tu je la level dia... Mesti sebab fizikal. Tapi yelah, semoga kekal jah bertudung tu di samping berusaha dekat bidang seni hiburan yg ntah kemana tu
Quote LostStar 28-4-2022 12:27 PM
dia ni cantik..tp starting dia dgn imej buruk.. lalu tenggelam sebegitu sahaja..
Quote MoonRise 28-4-2022 02:06 PM
Sayangnya. Rupa cantik tapi tersalah langkah plak awal2 karier
Quote nawtylulu 28-4-2022 02:47 PM
mamajawie replied at 28-4-2022 11:34 AM
dia ni ada darah wakawaka eh eh ke?sbab mak dia xde lak muka cam dia

iols pon bru nk tnye bnde sama.. sbb features die tu mcm kann..
Quote mendeluk 28-4-2022 09:44 PM
MoonRise replied at 28-4-2022 02:06 PM
Sayangnya. Rupa cantik tapi tersalah langkah plak awal2 karier

Tersalah langkah? You meant sebab pakai tudung awal2 ke?
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 09:50 PM
mamajawie replied at 28-4-2022 11:34 AM
dia ni ada darah wakawaka eh eh ke?sbab mak dia xde lak muka cam dia

waka waka eh eh
Quote hzln 28-4-2022 10:56 PM
nawtylulu replied at 28-4-2022 02:47 PM
iols pon bru nk tnye bnde sama.. sbb features die tu mcm kann..

Features tipikal ummah somalia. Mcm supermodel iman tu. But opkos bila mendarat kat tanah melayu mengaku arab. Takkan nak mengaku leluhur hamba abdi di tanah arab yg dibebaskan dari perhambaan sejak kedatangan islam. Ngaku arab la.
Quote nawtylulu 29-4-2022 12:53 PM
hzln replied at 28-4-2022 10:56 PM
Features tipikal ummah somalia. Mcm supermodel iman tu. But opkos bila mendarat kat tanah melayu m ...

hahaha yeee sgt.. mcm la org xley beza arab dgn bangsa yg itu kaaannn..
Quote kiah_mai_pulak 29-4-2022 01:38 PM
mendeluk replied at 28-4-2022 09:44 PM
Tersalah langkah? You meant sebab pakai tudung awal2 ke?

kantoi minum arak masa menang dewi remaja nokkk
Quote MoonRise 29-4-2022 02:29 PM
mendeluk replied at 28-4-2022 09:44 PM
Tersalah langkah? You meant sebab pakai tudung awal2 ke?

Uitt, takkan tak dengar citer uolls
Quote sayawifenikmie 29-4-2022 11:52 PM
... rasanya hujung2 dia ni akan kahwin ngan mat saleh ... harap2 bukan mat saleh sengkek .. dia ni cantik dan manis .. perfect fizikal dia  ...
Quote mendeluk 30-4-2022 07:42 PM
kiah_mai_pulak replied at 29-4-2022 01:38 PM
kantoi minum arak masa menang dewi remaja nokkk

Padahal ramai je orang teguk arak. Sian sampai kena tarik balik pemenang dr.
Quote hzln 30-4-2022 09:33 PM
Dia ni kalu ikutkan rupa la bulih pegi jauh dari segi modelling
Kulit dia cantik
Features dia pun sharp
Tatau la mana silap
Mungkin juga pengurusan, kalu la dapat kat org mcm iman tang, dah lama dah kut nama dia dapat disucikan, mcm iman tang buat sesi penyucian mekjura....
Quote Nenasketum 30-4-2022 09:43 PM
mendeluk replied at 30-4-2022 07:42 PM
Padahal ramai je orang teguk arak. Sian sampai kena tarik balik pemenang dr.

Ha ah, ummah hijabis melambak togok wine di Alexis, rilek2 jerk. Siap depa boleh tarbiahkan orang konon selagi tak mabuk, halal jerk.
Quote mendeluk 30-4-2022 09:53 PM
hzln replied at 30-4-2022 09:33 PM
Dia ni kalu ikutkan rupa la bulih pegi jauh dari segi modelling
Kulit dia cantik
Features dia pun sh ...

I think iman tang memang jaga reputasi pajura. Mesti ada lantik pr wakil2 ke to make sure artis2 bawahan dia tak terjejas dek controversy panas. Boleh tengok kalau kat thread forum pun, wajib ada comment2 to make sure nama tak terjejas.
Quote mendeluk 30-4-2022 09:55 PM
Nenasketum replied at 30-4-2022 09:43 PM
Ha ah, ummah hijabis melambak togok wine di Alexis, rilek2 jerk. Siap depa boleh tarbiahkan orang  ...

Haha haritu iols pergi Alexis, ada group of perempuan pakai tudung ini lepak situ. Situ kan tempat cake pun ada wine semua. Selamber je
Plus kat Alexis itu, kalau nak berdating memang the best place. Sebab dia gelap and private. Comfort sgt to have personal talk..
Quote lattehazelnut 30-4-2022 10:27 PM
Masa dia catwalk rengsa tgk sbb peha n lengan besar.. bukan nak bodyshame tp mcm x sesuai dia nak seksi2 n pakai baju camtu..
Quote silampumeja 30-4-2022 10:50 PM
Nenasketum replied at 30-4-2022 01:43 PM
Ha ah, ummah hijabis melambak togok wine di Alexis, rilek2 jerk. Siap depa boleh tarbiahkan orang  ...

Teringat semalam naik e hailing in drive... Driver tu cerita orang melayu .. mestilah muslim kan... Offer dia RM100 sbb susah nak dapat grab untuk jarak yg dekat je... Patut dalam 30-40rm je dia cakap.. dia duk puji2 lah kate baik betul dia.. siap tambah lagi RM20.. tapi driver tu(keturunan sigh) cakap bau araklah org tu... So gitulah kehidupan... Dalam bulan ramadhan dia buat je sedeqah. Tp arak tetap ditonggang...

Haneesya ni kantoi minum arak ek lepas menang dewi remaja...ingatke clubbing n party je ..i ingat2 lupa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060607 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top