CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Kagum Syahmi Sazli, Isteri Dah Kaya Tapi Tetap Humble Berniaga Di Bazar Ramadan

22-4-2022 04:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5338| Komen: 27|Original author: Tatod

Description: Nama Syahmi Sazli tidak lagi perlu lagi diperkenalkan secara terperinci kerana sebahagian besar masyarakat sudah mengetahui hasil kerja pengarah dan pencipta kandungan di YouTube ini.

Nama Syahmi Sazli tidak lagi perlu lagi diperkenalkan secara terperinci kerana sebahagian besar masyarakat sudah mengetahui hasil kerja pengarah dan pencipta kandungan di YouTube ini.

Malahan, hasil daripada muat naik kandungan kreatif serta filem pertama arahannya membuatkan pemuda berusia 27 tahun itu meraih pendapatan yang tinggi hingga dianggap kaya oleh netizen.

Bagaimanapun, sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Syahmi dan isterinya Anissa Faizul yang tidak kisah menjalankan perniagaan di bazara Ramadan mendapat pujian warga net.



Menerusi perkongsian Teh Tarik, paparan video yang tular di TikTok menunjukkan Syahmi dan isterinya yang tidak kekok membungkus air jualan mereka selain melayan pelanggan dengan ramah.

Pengikut Syahmi tahu bahawa dia dan keluarga tinggal di sebuah rumah besar serta memiliki kenderaan yang dianggap mewah namun pasangan suami isteri itu tetap juga gigih mencari rezeki walaupun perlu berpanas dan berhujan.






Terdahulu, Pemilik nama sebenar Muhd Syahmi Sazli mulai dikenali selepas video pendek arahannya berjudul Baso Jate Pilih Rupo mulai tular. Pada Januari 2021, dia menerima anugerah Ikon Pengarah Muda yang disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 22-4-2022 08:31 AM
bagus dia ni, kagum juga laa sbb bantu bdk OKU (Yoe & Asif) tu dah jd mcm family member dia dah, humble pun ya juga. alhamdulillah tetap berniaga wpun dh ada sgalanya. anak muda kena amek contoh ni.
Quote makadek 22-4-2022 08:34 AM
Bagus dia ni suka tgk soft spoken
Wlpn rupa krik2
Quote truesonic 22-4-2022 08:43 AM
Tak kenal pun
Quote lifeline 22-4-2022 08:46 AM
aku sbeelum ni x minat sgt geng ni
tp lps tgk dia rajin btui meniaga jual air even dh berduit pon agak kagum la
pastua aku pon stalk la ig/tiktok dia
aku impress ye dgn movie baru dia yg akan launch tu
tak sangka hebat dia ni mengedit mengarah dan idea movie dia tu
trus aku kagum ngn dia ni
Quote lifeline 22-4-2022 08:47 AM
lelaki kelantan ni kalo rajin...rajin sungguh kan
Quote iolss 22-4-2022 09:14 AM
lifeline replied at 22-4-2022 08:47 AM
lelaki kelantan ni kalo rajin...rajin sungguh kan

bahahahha.... klau mls tu mmg xle buat apo. (malas buat keja rmhla) redha jela jnji ko bg duit ckp i pggil maid je kms rmh. #lakikawe
Quote ainonymous 22-4-2022 10:00 AM
lifeline replied at 22-4-2022 08:47 AM
lelaki kelantan ni kalo rajin...rajin sungguh kan

kannnnnn... kawan iols pun laki dia kelate. mak aihhh rajin sungguh. baik pulak tu. maybe ada la weaknesses tapi tak obvious la mcm biawak ke mendadih ke apa kan. ..rare species kot keke
Quote ezacbee 22-4-2022 10:09 AM
Hapo laa xkan dah kaya xboleh keje camtu. Janji keje halal.
Quote makton 22-4-2022 10:09 AM
couple ni aku suka tgk. klu yg ada clinic skincare tu aku menyampah sungguh
Quote ezacbee 22-4-2022 10:10 AM
lifeline replied at 22-4-2022 08:47 AM
lelaki kelantan ni kalo rajin...rajin sungguh kan

Betul. Kalau jenis pemalassss... hamik.. tido je manjang. Kisah benar.
Quote anony-mous 22-4-2022 10:24 AM
makton replied at 22-4-2022 10:09 AM
couple ni aku suka tgk. klu yg ada clinic skincare tu aku menyampah sungguh

Yg ada clinic tu dari aku suka smpai rasa meluat sgt2
Quote makton 22-4-2022 11:00 AM
anony-mous replied at 22-4-2022 10:24 AM
Yg ada clinic tu dari aku suka smpai rasa meluat sgt2

aku mmg tak penah suka. sbb awal2 kenal dia je dh kuar isu poyo2 dia tu
Quote Suchi 22-4-2022 12:07 PM
Edited by Suchi at 22-4-2022 12:10 PM

Ada juga la lelaki kelate yg rajin cari pitih  
Jap ramai juga laa hat semenggah cth khairul aming pun rajin cari pitih
Sorang lagi yg boleh gi jauh Sofyank tu,suka tengok content dia.
Dah level hollywood dah dia hahahah
Quote LostStar 22-4-2022 02:47 PM
out topic la pasal syahmi ni.. nk cakap pasal bini dia.. daku suke tgk bini dia.. pakai tdung serkop gitu pon comey... stalk ig bini dia.. daku mencuba jua tdung serkup gutu.. mak aihhh... murung lihat diri sendiri..
Quote Parit.Hilton 22-4-2022 02:52 PM
dah lama iols nak tahu, apa hubungan depa laki bini ni dengan yoe & asif tu? memang ahli keluarga ke?
Quote nuralisa 22-4-2022 03:03 PM
bini dia cantik.. manis jer...
dulu over gak makeup2 ...sejak kawin dah slow down.. ikut ckp laki
Quote naina 22-4-2022 03:06 PM
lifeline replied at 22-4-2022 08:47 AM
lelaki kelantan ni kalo rajin...rajin sungguh kan

Sungguh..yang jenis rajin, macam2 kerja dia nak buat. Yang jenis malas..tak.tahu la nak cakap
Quote orkidorkido 22-4-2022 03:54 PM
lifeline replied at 22-4-2022 08:47 AM
lelaki kelantan ni kalo rajin...rajin sungguh kan

Haha dia orang memang black & white. Kalau rajin, rajin sungguh. Kalau jenis malas, hujung jari pun tak gerak. Tapi yang muda muda sekarang nampak very ok
Quote lifeline 25-4-2022 08:12 AM
Suchi replied at 22-4-2022 12:07 PM
Ada juga la lelaki kelate yg rajin cari pitih  
Jap ramai juga laa hat semenggah cth khairul aming p ...

bnyka kan laki panta timur yg bagus2 skrng
sofyank tu mmg level international dh
dulu dgn zachking siap p indon lg nk jumpe
baru2 ni dgn ryan reynolds pulak
editing skill dia pon mmg bukan biasa2
bangga gak la kan ada anak muda bakat besar dan acknowledged by omputih sana

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060745 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top