CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Berbatu Hijau, Cincin Tunang JLo Berharga Lebih RM21 Juta!

12-4-2022 06:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2111| Komen: 4

Description: Pernah membatalkan perkahwinan mereka hampir 20 tahun lalu, akhirnya jodoh Jennifer Lopez dan Ben Affeck ternyata kuat apabila pasangan selebriti itu sekali lagi kembali bertunang.
Pernah membatalkan perkahwinan mereka hampir 20 tahun lalu, akhirnya jodoh Jennifer Lopez dan Ben Affeck ternyata kuat apabila pasangan selebriti itu sekali lagi kembali bertunang.


Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cincin pertunangan mereka yang merupakan permata warna hijau yang berharga lebih RM21 juta.


Kredit foto: Page Six

Malah, dikatakan bentuk dan gaya cincin tersebut juga sama cincin berlian merah jambu Harry Winston 2002 yang diberikan Ben pada tahun 2002 sebagai simbolik pertunangan mereka ketika itu.

Sebelum ini, Jennifer atau JLo berkongsi klip dirinya disarungkan cincin permata warna hijau di jarinya sebagai simbolik pertunangan dengan aktor itu.



Kredit foto: USA Magazine

Menerusi video tersebut, penyanyi lagu On The Floor itu dilihat menangis dan mengelap air matanya sambil mengatakan kekasih hatinya cukup sempurna buatnya.

"Anda sangat sempurna," kata JLo kepada Ben.



Untuk rekod, JLo dan Ben mula berpacaran 20 tahun lalu dan mengumumkan pertunangan mereka pada November tahun yang sama.

Bagaimanapaun pasangan itu mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan dalam masa beberapa hari majlis perkahwin diadakan pada Januari 2004.

Tiga hari selepas putus tunang, JLo mengejutkan orang ramai apabila mula menjalin hubungan dengan penyanyi, Marc Anthony dan berkahwin pada Jun 2004.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 12-4-2022 08:31 AM
tu laa ada hikmahnya dlu brpisah pastu trjmp balik. jodoh kuat. tapi mcm lupa la plak nape dia org split dulu, siap ada pre nup apa jadah bgai tak silap, alih2 tak jadi.
Quote hyie 13-4-2022 03:23 AM
acik jlo tak menopos lagi ke? body sheols letop hokeh.
Quote haifawehbe 13-4-2022 03:30 AM
nampak pocik ben ni syg betul dgn acik jen.. padahal ex heols sume hot sentap belaka..
Quote Lelli 15-4-2022 09:05 PM
Cincin warna pink lagi lawa dari hijau ni..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036909 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top