CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Baim Wong Tak Puas Sepanjang Bulan Ramadan

6-4-2022 07:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1371| Komen: 1

Description: Detisp kali menjelang Ramadan, pelakon Baim Wong akan meletakkan sasaran untuk menyempurnakan satu ibadah.Bagaimanapun kata Baim, dia sering gagal mencapai apa yang dihajatinya sehinggakan merasa tida ...
Detisp kali menjelang Ramadan, pelakon Baim Wong akan meletakkan sasaran untuk menyempurnakan satu ibadah.

Bagaimanapun kata Baim, dia sering gagal mencapai apa yang dihajatinya sehinggakan merasa tidak puas berada dalam bulan Ramadan.



Kredit foto: IG Baim

“Ada sahaja kekurangan yang saya lakukan sehingga merasakan tidak puas berada dalam bulan Ramadan.

“Pernah saya niat untuk berterawaih penuh, namun tidak terlaksana. Bagaimanapun, ketika itu saya berjaya bertadarus.

“Apabila berjaya melaksanakan tadarus, saya jarang pula ke rumah orang tua.


“Jadi sebab itu saya tidak akan puas dalam tempoh satu bulan ini,” katanya seperti yang dipetik dari Detik Hot.


Kredit foto: IG Baim

Justeru Baim akan sentiasa menantikan ketibaan Ramadan tahun berikutnya supaya dia boleh memperbaiki ibadah.

“Bagus juga merasa tidak puas kerana saya akan sentiasa menunggu Ramadan tahun hadapan untuk buat lebih baik lagi,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 6-4-2022 10:27 AM
moga dipermudahkan urusan ya pak baim. khabarin isteri nya pak? moga baik2 aja.
lama gak tak nampak dia berlakon sinitron mesia.. ye laa covid kan nk masuk sini pun tak lepas.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068751 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top