CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 1

Baim Wong Tak Puas Sepanjang Bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 6-4-2022 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Detisp kali menjelang Ramadan, pelakon Baim Wong akan meletakkan sasaran untuk menyempurnakan satu ibadah.


Bagaimanapun kata Baim, dia sering gagal mencapai apa yang dihajatinya sehinggakan merasa tidak puas berada dalam bulan Ramadan.




Kredit foto: IG Baim




“Ada sahaja kekurangan yang saya lakukan sehingga merasakan tidak puas berada dalam bulan Ramadan.


“Pernah saya niat untuk berterawaih penuh, namun tidak terlaksana. Bagaimanapun, ketika itu saya berjaya bertadarus.


“Apabila berjaya melaksanakan tadarus, saya jarang pula ke rumah orang tua.


“Jadi sebab itu saya tidak akan puas dalam tempoh satu bulan ini,” katanya seperti yang dipetik dari Detik Hot.




Kredit foto: IG Baim




Justeru Baim akan sentiasa menantikan ketibaan Ramadan tahun berikutnya supaya dia boleh memperbaiki ibadah.


“Bagus juga merasa tidak puas kerana saya akan sentiasa menunggu Ramadan tahun hadapan untuk buat lebih baik lagi,” jelasnya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 10:27 AM | Show all posts
moga dipermudahkan urusan ya pak baim. khabarin isteri nya pak? moga baik2 aja.
lama gak tak nampak dia berlakon sinitron mesia.. ye laa covid kan nk masuk sini pun tak lepas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.214119 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list