CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Hijrah Mudah, Yang Susah Itu Istiqamah" - Lufya

3-3-2022 02:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 641| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Apabila berbicara mengenai hijrah seseorang, tidak dinafikan perjalanan perubahan itu kelihatan mudah namun hanya individu itu sahaja tahu hebatnya dugaan yang melanda.Penyanyi dan pelakon Lufya mener ...

Apabila berbicara mengenai hijrah seseorang, tidak dinafikan perjalanan perubahan itu kelihatan mudah, namun hanya individu itu sahaja tahu hebatnya dugaan yang melanda.

Penyanyi dan pelakon Lufya menerusi Instagram turut mengakui istiqamah adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.

"Nak hijrah mudah. Hari ini freehair, esok dah boleh pakai hijab. Yang susah itu istiqamah; bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan dan konsisten.




"Iman manusia mana yang tidak naik dan turun? Kadang solat dijaga tapi lemah bab mengawal emosi, tidak berpakaian syari'e dan sebagainya.

"Kadang akhlak dah elok dengan sesama manusia tapi tiada amalan dan solat awal waktu tidak dijaga," katanya.

Lufya yang mula berhijab sejak 2015 itu juga berkata manusia tidak akan pernah tahu amalan baik apa yang akan membawa seseorang itu masuk ke syurga.



Dia berharap setiap individu tidak berputus-asa saat menjalani ujian serta cabaran hidup dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunanNya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.186890 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top