CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajai Dihujani Kata-Kata Kesat Gara-Gara Beri Komen Terlalu Pedas

3-3-2022 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1340| Komen: 2

Description: Komposer dan penyanyi Ajai, 47, enggan ambil hati dengan komen kesat daripada segelintir netizen yang menyifatkan kritikannya sebagai juri Big Stage 2022 cukup pedas.
Komposer dan penyanyi Ajai, 47, enggan ambil hati dengan komen kesat daripada segelintir netizen yang menyifatkan kritikannya sebagai juri Big Stage 2022 cukup pedas.


Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata, segala kritikan diberikan kepada peserta program itu bertujuan untuk kemajuan kerjaya seni mereka jika mahu bertahan dalam industri hiburan khususnya bidang muzik.

Foto: IG

"Fokus utama saya hanyalah kepada peserta Big Stage 2022, melakukan tanggungjawab saya dan memastikan mereka semua faham mengenai maksud kerjaya.

"Pada peminat-peminat mereka yang sudah melontarkan kata-kata kesat kepada saya, jangan risau, saya faham. Saya sentiasa memaafkan," katanya.




Ajai juga berharap peserta yang bertanding dalam program itu yakin dan perlu percaya sepenuhnya terhadap bakat sendiri selain siap siaga hadapi ranjau duri bergelar anak seni.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya.

Ajai selaku juri tetap program itu sentiasa menjadi perdebatan netizen terutama dalam pemberian markah. Kritikannya juga terlalu jujur dan kadang-kadang agak pedas terhadap peserta.



Minggu lalu, penyanyi Tuah Adzmi menjadi peserta tersingkir dan kini hanya tinggal sembilan peserta bertanding.

Mereka ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Daniel Chuer, Tegar Septian, Syafiq Abdillah, Sofia Marielylla, Yasmin Aziz, Ajoi Zainal dan Megat Rahim. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 3-3-2022 11:00 AM
Komposer dan penyanyi Ajai, 47, enggan ambil hati dengan komen kesat daripada segelintir netizen yang menyifatkan kritikannya sebagai juri Big Stage 2022 cukup pedas.

Ads by


Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata, segala kritikan diberikan kepada peserta program itu bertujuan untuk kemajuan kerjaya seni mereka jika mahu bertahan dalam industri hiburan khususnya bidang muzik.
Quote addamnor 3-3-2022 04:24 PM
bedah hidung berjaya lift up mukanya dari jawa totok hidung kemek kepada muka yang okay. so pembedahan yang berjaya. congrats

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045159 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top