CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Korea Dituduh ‘Curi’ Baju Tradisi China, Park Shin Hye Dihujani Kecaman & Ugutan

15-2-2022 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2523| Komen: 15

Description: Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye, 31, tidak semena-mena menjadi bahan kecaman netizen China hanya kerana dia memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya memakai busana tradisi Kor ...
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye, 31, tidak semena-mena menjadi bahan kecaman netizen China hanya kerana dia memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya memakai busana tradisi Korea, Hanbok.


Ledakan kemarahan dan kecaman tersebut digerakkan selepas Shin Hye juga menerusi gambar yang sama dilihat menggunakan tanda pagar #koreantraditionalclothes atau bermaksud pakaian tradisional Korea.



Dakwa netizen negara tersebut, Hanbok adalah pakaian asal China dan Korea dikatakan telah ‘mencuri’ busana tradisi negara mereka.

Hal itu kemudiannya menempa ‘perang’ antara warganet Korea dan China yang saling menegakkan pendapat dan mempertahankan busana dan budaya negara masing-masing di pelbagai platform media sosial.


Sementara itu, Shin Hye menerusi ruangan komen di Instagram sehingga ke hari ini masih dihujani dengan kata-kata kecaman daripada warganet China selain menerima ugutan.


Kredit foto: IG Shin Hye

“Saya tak mahu tengok drama awak dah. Awak tak layak dapat perhatian dari China,” antara yang ditulis oleh pengguna di ruangan komen Shin Hye.

Selain Shin Hye, sebelum ini, anggota kumpulan SNSD, Hyoyeon juga pernah menerima kecaman yang serupa selepas dia memuat naik gambar memakai Hanbok di media sosial.

Selain itu, selebriti lain yang turut dikecam dengan hal yang sama termasuk pelakon drama River Where The Moon Rises, Kim So Hyun dan kumpulan Mamamoo.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 15-2-2022 01:56 PM
pasal makanan bergaduh ..
pasal baju bergaduh..
apoooo
Quote helicornia 15-2-2022 03:17 PM
china sama dgn indon
sume benda nak klem
Quote my_irina 15-2-2022 09:29 PM
gaduh la smp puas...in the end takde sape yg menang
Quote annehuda 16-2-2022 08:49 AM
memalukan je cina ni tak kenal pakaian tradisional sendiri. beza kot

Quote sambaldurian 16-2-2022 10:40 AM
apa china ni, dh sah2 la budaya korg hampir sama, kn penah jd naungan time dinasti Ming ke Ting , ada kawin antara puteri raja Joseon ke Goryeo ke. semua nk claim. Laut China Selatan tu pun xtau knp ada nama China
Quote becir 16-2-2022 10:58 AM
even kimchi tu pun china claim gak kan sebab makanan they all jugak..bukan kata asal jadi korea ni sebab ada penduduk china lari gi sana bawak budak2, cipta bahasa, tulisan they all sendiri..lari dari maharaja in the end create negara sendiri..
Quote tanganbercakap 16-2-2022 02:41 PM
Kalo ikut china bulan bintang matahari pun nak claim agaknye
Boleh la bersaing dengan 2 lagi kaki claim yindia yindonesia
Quote borrow 16-2-2022 07:25 PM
ni netizen china kat luar ka , yg dlm China dh kena block kan . Tak vley bukak ig.
Quote Artemesiaa 18-2-2022 02:22 PM
helicornia replied at 15-2-2022 03:17 PM
china sama dgn indon
sume benda nak klem

Betul dari dulu mereka tak puas hati sejak korea cuba buat budaya sendiri
Quote liyamariska 19-2-2022 12:29 PM
Edited by liyamariska at 19-2-2022 12:31 PM
becir replied at 16-2-2022 10:58 AM
even kimchi tu pun china claim gak kan sebab makanan they all jugak..bukan kata asal jadi korea ni s ...


Pernah dgr cite yg asal usul org jepun dn korea dari china yg lari dari pemerintahan maharaja pertama china...
Quote cmf_PariS 22-2-2022 11:26 AM
China ni mcm indon perangai.. suka beno claim hahahaha
Quote Revolver 23-2-2022 08:25 PM
Dah jangkit dgn pangai indon lak china ni
Quote apedehal 24-2-2022 01:54 PM
Lg suka tgk hanbok..n prefer tgk kdrama zmn joseon goryeo..cantik2 busana n item deyol, berlapis lapis tp nmpak kemas...baju2 zmn dinasti china berjurai jurai la
Quote DianaSaksen 24-2-2022 08:28 PM
Pakaian tradisional wanita Vietnam tu sebijik sama..
Quote nakkomenjugak 3-3-2022 01:35 PM
patut laa nama Indochina
MASING2 KUAT CLAIM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055885 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top