CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Hollywood Tipu Pelabur Dalam Skim Cepat Kaya Sebanyak RM2.7 Bilion!

16-2-2022 06:03 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2024| Komen: 10|Original author: Agent13k

Description: Seorang pelakon di Hollywood dihukum penjara 20 tahun kerana menipu sebanyak ASD650 Juta (RM2.72 bilion) dalam skim pelaburan palsu Hollywood untuk membayar kehidupan mewah pelakon itu.
Seorang pelakon di Hollywood dihukum penjara 20 tahun kerana menipu sebanyak ASD650 Juta (RM2.72 bilion) dalam skim pelaburan palsu Hollywood untuk membayar kehidupan mewah pelakon itu.


kredit foto: Rolling Stone


Menurut laporan dari Kosmo, Zachary Horwitz atau nama pentasnya Zach Avery mengumpan pelabur dengan mencipta kontrak palsu dengan memberitahu pelabur tersebut yang Zach ada hubungan besar bersama firma hiburan seperti HBO dan Netflix.

Zach kemudiannya mengambil duit tersebut dan membelanjakannya untuk kehidupan mewahnya seperti membeli kereta, rumah mewah dan menyewa pesawat peribadi.


kredit foto: Dealbreakers


Menurut pendakwa raya, Zach yang menjenamakan dirinya sebagai "pemain industri" yang mempunyai hubungan baik dengan platform penstriman online, kemudiannya menjual hak pengedaran filem asing palsu kepada mereka dengan harga yang tinggi.


Kredit foto: NYTimes

Zach yang pernah membintangi beberapa filem seperti "The Devil Below", "Fury" dan "Hell Is Where The Home Is"  pernah memberi sekeping nota menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa enam hingga 12 bulan dan dia meneruskan penipuan itu selama lebih tujuh tahun.


kredit foto: IMDB

Penipuan itu terbongkar apabila wang berjumlah ASD230 juta hilang dan pelakon terbabit mengaku bahawa dia tidak pernah membeli sebarang hak filem atau memperoleh sebarang kontrak pengedaran.

Zach Avery dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan membayar balik ASD230 juta kepada kesemua mangsanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 16-2-2022 06:27 PM
Xknal la pelakon ni..tp bjaya tipu org hebat la jgk
Quote Thunderclouds 16-2-2022 08:55 PM
Samaa..xkenal. tapi ummah u.s.a sana 2x5 mudah kna scam mcm ummah nusantara jgk ya ummah nusantara bole tarik napas lega. tringat kes Elizabeth Holmes. Tipu biliyun2 jgk tuh. Yg tertipu pn puak2 biliyoney jugek.
Quote green~tea 16-2-2022 09:01 PM
Tak kenal.. jarang tengok cerita pelakon hodoh camni
Quote imransulaiman 16-2-2022 09:48 PM
At least dia dapat bayar balik. Kat Malaysia, hmmmmmmm
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2022 09:50 PM
Tak kenal maka tak cinta
Quote star_karat 16-2-2022 09:58 PM
Jahudi. Mcm orang tua kat new york tu kaki scammer.
Quote sharlenetexas 16-2-2022 10:27 PM
Who r yusss?

Quote Supersirap 17-2-2022 02:05 PM
Baguslah sudah dikenakan hukuman
Quote Artemesiaa 17-2-2022 02:10 PM
Baguslah kantoi juga akhirnya
Quote mizzmimi 17-2-2022 02:37 PM
Thunderclouds replied at 16-2-2022 08:55 PM
Samaa..xkenal. tapi ummah u.s.a sana 2x5 mudah kna scam mcm ummah nusantara jgk ya ummah nusantara ...

Mana nak baca pasal founder theranos ne uols?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049762 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top