CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Perut Memboyot Tak Halang Rihanna Berfesyen, Tapi Jerawat Belakang Badan Jadi Perhatian

14-2-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3303| Komen: 14

Description: Kini sarat hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan rapper A$AP Rocky, penyanyi ternama global Rihanna membuktikan tidak setiap inci tubuhnya sempurna serba-serbi.
Kini sarat hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan rapper A$AP Rocky, penyanyi ternama global Rihanna membuktikan tidak setiap inci tubuhnya sempurna serba-serbi.


Hadir bersama Rocky dalam satu acara jenama fesyen miliknya, Fenty Beauty dan Fenty Skin di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty mula menampakkan perubahan saiz badan seorang ibu mengandung.


Kredit foto: BillBoard

Biarpun perut semakin memboyot, pelantun lagu Diamond itu tetap tampil menawan dan tidak pernah gagal membuat ramai terpegun dengan gaya fesyen eksentriknya.


Tidak malu menayang cela di badannya, Rihanna, 34, turut dipuji kerana jujur dengan diri sendiri apabila jerawat di belakang badannya menjadi perbualan ramai peminat dalam Twitter.

Kini menanti cahaya mata sulung, Rihanna juga menunjukkan perubahan fizikal lain iaitu badan ramping yang dahulunya menjadi idaman ramai kian bertemu ‘realiti’ selari dengan fasa menjadi seorang ibu.


Kredit foto: Daily Mail

Terdahulu sekitar awal Februari, tidak lagi menjadi rahsia apabila Rihanna mengesahkan dirinya sudah hamil anak pertama dan bapa kepada anak itu adalah Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers, 33.

Waktu itu, buat pertama kalinya, Rihanna berkongsi kepada umum fizikal dirinya yang kini memboyot sedang hamil walaupun membisu seribu bahasa. Penampilan terbaharu bersama ‘baby bump’ dirakamkan di Bandaraya New York. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-2-2022 02:41 PM
Anak haram le tu cuolls?
Quote babelina 14-2-2022 05:02 PM
KamikuP: Anak haram le tu cuolls?


ye la tu.. drake beriya nk dia dulu.. dia xnk..
Quote OyaTonggek 14-2-2022 07:33 PM
pembawakkan budak jerawat badan tu gamaknye
Quote buapakperut 14-2-2022 09:15 PM
Masa trimester first nak masuk 2nd trimester kulit akan verminyak sikit. Iols pun berjerawat teruk belakang. Masa dah 2nd trimester dah licin dah balik kulit
Quote AcikBuncit 15-2-2022 12:16 AM
Syok eh dorg ni pakai baju tali rapia je, seluar pn jaring2 je nampak spenda.. Tp harga mau ribu2 tu.. Pelik2..
Quote beatgirlX 15-2-2022 11:22 PM
Aku cuma tau lagu dia yg Umbrella tu jee
Quote minahgempal 16-2-2022 05:28 AM
Buruk yer gmbr yg berjerawat dgn 1st pic tu..terserlah plk buruk dia...nmpk sgt 1st pic edit..dr muka smpai ke kulit body..make up pn bercapuk..
Quote Artemesiaa 18-2-2022 02:25 PM
Dari dulu tak pernah nampak wanginya jadi tak hairan jadi macam tu
Quote mimirahim 20-2-2022 12:55 PM
asap rocky gak dpt riri ni. punyala lama drake try. bile la riri nk buat new album. asik ngn fenty beauty je. we need new music riririririri
Quote nadie90 20-2-2022 07:43 PM
Riri being realistic....xdak nak cover jerawat kt belakang badan....buknny xberduit nk p buat treatment kt klinik
Quote myakayina 21-2-2022 11:20 AM
bunting dah.. yg penting dia tak balik semula ke CB..
Quote acepark 21-2-2022 11:50 AM
kira lama jugak la riri bertahan dalam industri
Quote chikumanis 21-2-2022 01:16 PM
hormon preggy tu. jangankan belakang badan naik jerawat, ada je preggy mum muka penuh jerawat. lepas bersalin nanti, hilang semua tu. yg komen kondem tu tak tahu la kot..
Quote sue_liah 3-3-2022 09:18 AM
buruknya baju macam nak bogel macam ni, tau la tgh preggy kdg2 asyik rasa panas je

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050598 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top