CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Universiti Di Singapura Guna Peranti Kesan Masalah Kemurungan

27-1-2022 02:41 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 984| Komen: 11|Original author: Agent13k

Description: Saintis dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU) telah membangunakna program berkomputer yang mampu mengesan individu berisiko tinggi untuk mengatasi isu kemurungan, Program ramalan itu menga ...
Saintis dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU) telah membangunkan program berkomputer yang mampu mengesan individu berisiko tinggi untuk mengatasi isu kemurungan.

Program ramalan itu menganalisis aktiviti fizikal, corak tidur dan ritma sirkadian melalui data peranti yang boleh dipakai di anggota badan.

kredit foto: GQ

Petikan dari Mstar, percubaan terhadap 290 koresponden pada 2019 selama 3 bulan telah menunjukkan program ini mempunyai ketepatan 80 peratus dalam mengesan individu yang mengalami kemurungan (atau berisiko mengalami gejala depresi), koresponden yang berusia di antara 21 dan 69 tahun itu dipakaikan alat keselamatan selama 2 minggu.

kredit foto: NTU


Prosefor Josip Car dari Pengarah Pusat Sains Kesihatan Penduduk dan Fakulti Perubatan Lee Kong Chian berkata pasukannya sedang merancang kajian lebih besar terhadap 1,000 koresponden yang dipantau selama dua tahun bagi menambah baik pengesanan mesin itu.

Josip berkata sesiapa saja boleh menyertai kajian itu tanpa sebarang kriteria tertentu.

kredit foto: Unsplash

Masalah kemurungan telah memberi kesan yang teruk kepada 264 juta orang di seluruh dunia dan separuh daripadanya tidak dikesan dan dirawat menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Institut Kesihatan Mental (NIH) pula menjelaskan kajian terhadap 1,000 koresponden mendapati 13 peratus daripadanya menunjukkan simptom kebimbangan melampau (anxiety) dan kemurungan ketika pandemik berlangsung.

Pasukan penyelidikan tu berkata mereka menemui corak tertentu dalam tingkah laku seseorang yang boleh dikaitkan dengan gejala kemurungan seperti perasaan tidak berdaya dan putus asa, kehilangan minat dalam aktiviti harian dan perubahan selera makan dan berat badan.

Jika anda berasa kemurungan atau mempunyai gejala depresi sila beritahu dengan orang tersayang anda, ataupun boleh hubungi Befrienders di talian 03-76272929. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 27-1-2022 09:11 PM
Kalo aku duk singapork aku nak joinlaa.. doc tuu ensemlaa
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 09:14 PM
Macam tu hensem? Hazabnya taste uols
Quote orangbiasaje 28-1-2022 12:02 AM
Baguslah penemuan ni. Dapat detect depression. Kekdg susah nak luahkan walaupun byk channel "to talk". Sbb tak semua benda dapat diterjemahkan kepada kata-kata.
Quote Jitu 28-1-2022 12:30 AM
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 09:14 PM
Macam tu hensem? Hazabnya taste uols

taste akak kaki pulak jenis yg mcm mana ?
klu mcm ni ok ke
09.jpg




Quote kakikuDibibirmu 28-1-2022 04:24 PM
Jitu replied at 28-1-2022 12:30 AM
taste akak kaki pulak jenis yg mcm mana ?  
klu mcm ni ok ke

OMFG! OMFG! OMFG! My eyes! My eyes! My eyes!
Quote Belibis 28-1-2022 04:51 PM
Jitu replied at 28-1-2022 12:30 AM
taste akak kaki pulak jenis yg mcm mana ?  
klu mcm ni ok ke

Dulu ada wrestler macam ni..koko b ware..ke orang sama?
Quote Jitu 29-1-2022 12:07 AM
Belibis replied at 28-1-2022 04:51 PM
Dulu ada wrestler macam ni..koko b ware..ke orang sama?

betul lah tu koko b ware
mung pun layan gusti jugak rupanya
Quote Belibis 29-1-2022 07:32 AM
Jitu replied at 29-1-2022 12:07 AM
betul lah tu koko b ware
mung pun layan gusti jugak rupanya

Kahhhh...seusia kah kita???
Quote shernazz 29-1-2022 09:10 AM
kakikuDibibirmu replied at 28-1-2022 04:24 PM
OMFG! OMFG! OMFG! My eyes! My eyes! My eyes!

Nalla tu
Quote Jitu 30-1-2022 12:35 AM
Belibis replied at 29-1-2022 07:32 AM
Kahhhh...seusia kah kita???

rasanya umur sy muda banyak

Quote Adrif 31-1-2022 12:15 PM
orangbiasaje replied at 28-1-2022 12:02 AM
Baguslah penemuan ni. Dapat detect depression. Kekdg susah nak luahkan walaupun byk channel "to talk ...

betul betul betul. pernah ada sorang ni, depression teruk sehingga mengganggu kehidupan sosial, pekerjaan dia. sebab ada masalah bercakap. dah jumpa kaunseling pun tak boleh luah problem dia katanya. macam ada peti besi katanya. tak taulah.
last2 kaunselor pening, nak refer kepada doktor pakar. tapi budak tu dah give up. terus lost contact. kesian diorang

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062052 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top