CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket Guna Kanak-Kanak Untuk Mencuri Di Kedai Makan

27-1-2022 02:36 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1434| Komen: 15|Original author: Agent13k

Description: Satu kegiatan mencuri menggunakan kanak-kanak dilaporkan kini kerap berlaku di kedai-kedai makan dan restoran beroperasi sekitar kawasan Klebang, Melaka. Petikan dari Odisi, satu perkongsian video di ...
Satu kegiatan mencuri menggunakan kanak-kanak dilaporkan kini kerap berlaku di kedai-kedai makan dan restoran beroperasi sekitar kawasan Klebang, Melaka. 

Petikan dari Odisi, satu perkongsian video tular di laman media sosial Facebook yang dibuat oleh Marina Md Ramli kegiatan tersebut terbongkar hasil dari rakaman video CCTV berdurasi 51 saat.

kredit foto: Facebook

Rakaman tersebut menunjukkan kegiatan mencuri yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak dipercayai berlaku di restoran Melantak Steak Hub, Klebang. 

Pada mulanya, didapati seorang kanak-kanak berbaju sekolah keluar dari tandas dan terus berjalan untuk membuka loker simpanan pekerja yang terletak bertentangan dengan tandas restoran itu.


Kanak-kanak tersebut mengeluarkan beg tangan yang disimpan di dalam loker tersebut, menutupnya kembali dan terus keluar. Menurut posting Marina di laman media sosial Facebook, sejak kebelakangan ini kanak-kanak itu kerap datang setiap malam seolah-olah seperti diajar dan disuruh berbuat demikian.

kredit foto: Facebook.

Marina mengesyaki kegiatan itu didalangi sindiket kerana kanak-kanak ini bergerak secara berkumpulan dan sering melepak di kedai beliau, mereka juga datang bukan sebagai pelanggan tetapi melepak dan bertindak meminta-minta makanan percuma dari pekerja dan pelanggan. 

Kumpulan kanak-kanak itu juga sempat menggunakan WiFi dan tandas sebelum mencuri sekiranya mendapat peluang. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 27-1-2022 02:41 PM
pantang tul aku manusia menggunakan kanak2 sebagai alat ni...manusia sebegini mengalahkan dajal
Quote tupaiterbang 27-1-2022 03:21 PM

anak rohingya ke ni?
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 03:23 PM
Melantak tu yang tak menahan tu
Quote TeropongThaico 27-1-2022 03:51 PM
Adusss apa ke jadahnya ajar budak2 pulak dah... Makin hancur macam ni

Btw tengok nama restoran gitu tak kesior teman nak pergi. Hype le sgt ye
Quote Skuau 27-1-2022 03:59 PM
tahan/tangkap jer le bebudak tu..minta mak bapak amik...terasa nk tgk muka mak,bapa drng(kalo betul depa yg srh)....
Quote KamikuP 27-1-2022 04:07 PM
Budak tu dtg pakai baju sekolah ke tiap2 mlm?
Quote asamfish 27-1-2022 04:11 PM
Kotornya tandas!
Quote jfq 27-1-2022 04:21 PM
Locker tak kunci ke
Quote Artemesiaa 27-1-2022 04:25 PM
Rosak kecik2 dah disuruh buat macam tu
Quote sukacactus 27-1-2022 04:35 PM
Kenapa rosakkan kanak2 mcm ni
Ishhh! Geram la
Quote Orix 27-1-2022 04:41 PM
buang ajelah locker tu.. apa guna locker tapi x berkunci... mmg la kena curik.. adoyai... iols pegi gym pun tak senang duduk kalo locker x berkunci wlupun locker tu kita boleh nampak dari segenap sudut dalam gym tu... inikan pulak locker dlm bilik...
Quote nononcrux 28-1-2022 09:46 AM
lah, mmg menyambut btl lokasi cashier dgn toilet..
Quote eyansss 28-1-2022 11:20 AM
locker depan restroom, pastu tak kunci...  haiyoooo...

but still, makpak mana yang ajar anak bukan2 ni...
Quote Gomea 28-1-2022 05:20 PM
Kat klebang tu memang ramai budak2 ntah anak sape2 ntah dok menjual. Kat mcd dgn starbuck klebang tu malam2 ade budak2 menjual macam2. Ketuk2 cermin kete time beratur drive thru
Quote namieamuro 28-1-2022 06:37 PM
Gomea replied at 28-1-2022 05:20 PM
Kat klebang tu memang ramai budak2 ntah anak sape2 ntah dok menjual. Kat mcd dgn starbuck klebang tu ...

dh menuju ke arah negara seberang pulak dok ketok2 sukehati

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059412 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top