CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhammad Qasim Dakwa Berjumpa Dengan Allah Dan Rasulullah, Ajaran ‘Mimpi’ Akhir Zaman Mula Bertapak Di Malaysia

27-1-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3476| Komen: 24

Description: Masihkah anda ingat mengenai seorang wanita dikenali sebagai Sittah Annur yang dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' (PMYT) menerusi platform media sosial baru-b ...
Masihkah anda ingat mengenai seorang wanita dikenali sebagai Sittah Annur yang dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' (PMYT) menerusi platform media sosial baru-baru ini?


Baru sahaja reda isu tersebut, kali ini sebuah kumpulan yang mengajak orang ramai untuk mempercayai seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya mengenai akhir zaman telah mula bertapak di negara ini.

Kumpulan dikenali sebagai Gerakan Akhir Zaman (Gaza) itu berasal dari Indonesia dan dikatakan sedang membuat persiapan untuk akhir zaman berdasarkan mimpi Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa hanya mengikut kehendak Allah di dalam mimpinya.


Gambar Hiasan, Foto: mStar Online


Memetik laporan Sinar Harian, pihak mereka menerima e-mel dari seorang lelaki tidak dikenali yang mengajak orang ramai untuk lebih mendekati gerakan tersebut.

"Gaza sudah semakin terkenal di Indonesia dan telah mendapat sokongan dari berbagai pihak dan semakin maju untuk mengenalkan pemuda Pakistan ini dan mimpi-mimpinya yang semakin menjadi perhatian seluruh dunia kerana banyak yang telah menjadi kenyataan.

"Mereka kini menjalankan safari dakwah di Indonesia dan juga sedang berusaha mempersiapkan tanah uzlah di Pakistan untuk memudahkan orang ramai berhijrah," katanya dalam hantaran e-mel berkenaan.

Dalam hantaran e-mel itu turut disenaraikan beberapa pautan laman web bagi memudahkan orang ramai mengetahui maklumat lanjut mengenai Gaza, Muhammad Qasim serta safari dakwah yang telah dijalankan di Indonesia.

"Gaza telah pergi ke Pakistan pada 2021 untuk bertemu sendiri dengan Muhammad Qasim dan semakin bertambah yakin selepas bertemu dengannya.

"Mereka juga telah membuat sesi 'zoom live' sewaktu di sana dan menjemput orang ramai, wartawan dan agamawan untuk lebih mengenal pemuda ini," katanya.

Selain hantaran e-mel, gerakan itu juga telah menubuhkan kumpulan WhatsApp dan menambah nombor telefon secara rawak sebagai usaha melebarkan pemahamannya.

Setakat laporan ini ditulis, seramai 230 ahli telah menyertai kumpulan WhatsApp tersebut.

Pemerhatian terhadap laman web yang disenaraikan mendapati, gerakan itu menyampaikan mimpi yang dialami Muhammad Qasim secara berleluasa dengan menyatakan ar-Ru'yah ash-Shadaqiah sebagai khabar kenabian seperti yang disampaikan oleh Rasulullah.

Antara dakwaan mimpi lain yang dialami Muhammad Qasim adalah bertemu dengan Allah, bertemu Rasulullah sebanyak 300 kali namun tidak berani memandang baginda serta diberikan amanah oleh Allah untuk berkongsi mimpinya dengan masyarakat.

Selain itu turut didakwa lelaki itu bermimpi bertemu Dajjal beberapa kali selain dapat melihat Yakjuj dan Makjuj ketika dilepaskan di muka bumi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 12:20 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis
Quote Simunggu 27-1-2022 12:40 PM
aku mimpi jumpa janda dlm mimpi tak kecoh pun..
Quote bakingsoda 27-1-2022 12:50 PM
mana list mimpi yg katanya dah jd kenyataan tu? dan jugak bukti mimpi tu didedahkan sblm kejadian yg berlaku
Quote September14 27-1-2022 12:51 PM
Cter akhir zmn kt bod misteri dah xde eh.. aku suka gak baca cter konspirasi bagai tu

Cter hantu bunian mcm dah cliche
Quote Samerosie 27-1-2022 01:12 PM
Tahun 2022 pun still ada orang macam ni.
Quote potsshine 27-1-2022 01:18 PM
September14 replied at 27-1-2022 12:51 PM
Cter akhir zmn kt bod misteri dah xde eh.. aku suka gak baca cter konspirasi bagai tu

Cter hantu bu ...

xde dah sbb konspirasi semua dah jd reality...
Quote mbhcsf 27-1-2022 01:24 PM
Edited by mbhcsf at 27-1-2022 01:25 PM

benda macam ni kalau percaya, isk paper agama Islam pendidikan islam kbsm mungkin dapat gred F atau Z atau P7.

yups. macam ni pun pi percaya , adoi seolah olah knowledgebased ttg Islam teruk betul lah. Dok dalam kelas seolah olah macam tidur ke?
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 02:22 PM
Tak habis habis obsessed dengan agama!
Quote epullipan 27-1-2022 02:38 PM
hebat betul jumpa Allah dalam mimpi,,Nabi sendiri pon naik sampai langit ke tujuh...kalau ade yang tepengaruh memang bangang abadi la
Quote tikusmontok 27-1-2022 02:41 PM
Samerosie replied at 27-1-2022 01:12 PM
Tahun 2022 pun still ada orang macam ni.

Atuk iols kata 50 tahun dulu pun ada org sebut ayat ni
Quote rainbowrainz 27-1-2022 02:53 PM
Ade org ckp pandai diri sendiri ke laut dlm
Quote batmana 27-1-2022 03:03 PM
Mimpi la jadi trillionaire ke..adala manfaat sket
Quote Aliaskotonggo 27-1-2022 04:30 PM
mimpi Nabi ke mimpi setan.... yg sesat ni satu hal, yang dok percaya tu apa ke bodo laa
Quote ninja boy 27-1-2022 04:56 PM
x semua org diberi petunjuk, peringatan, amaran, firasat, dejavu dll, apatah lagi kesaktian kekebalan
Quote Belibis 27-1-2022 05:05 PM
Hahhhh..nasib baik bukan anak jiran yang berumur 3 tahun tuuuu.
Quote zacEfron 27-1-2022 05:29 PM
yg iols hairan.. kenapa el kafirun bole percaya.. bole sembah patung yg tak bole bergerak  ?
Quote AnnaSendin 27-1-2022 07:06 PM
Harapnya ummah malaysia dah insof selepas tertipu dengan acik sittah annur keturunan pahlawan mencekik leher raja siam. Tapi kalau wujud ummah yang percaya, memang lah deols budus. Konfiden yach cik qassim nieyh yang heols jumpa dalam mimpi ittuew nabi.
Quote orangbiasaje 28-1-2022 12:11 AM
Aduh, nama pun guna Gaza. Jangan nanti tersalah, igt nak tolong Gaza Palestin sekali tertolong Gaza ajaran sesat.
Quote namr 28-1-2022 12:18 AM
Mamat bangla mana pulak dah si qasim ni..sama spesis ngan acik sittah lettew

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.113170 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top