CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Mozek Kemalangan, 20 Penarik Kereta Gaduh Sesama Sendiri Di Lebuh Raya Penang

27-1-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2815| Komen: 24

Description: George Town – Gara-gara berselisih faham berhubung urusan menarik kereta yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, kira-kira 20 lelaki bergaduh sesama sendiri sehingga menari ...
George Town – Gara-gara berselisih faham berhubung urusan menarik kereta yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, kira-kira 20 lelaki bergaduh sesama sendiri sehingga menarik perhatian pengguna jalan raya lain semalam.


Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu turut tular di media sosial selepas rakaman orang awam dimuat naik ke aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain terbabit kemalangan di laluan menghala pusat bandar.


Foto: Kosmo



“Hasil siasatan, pergaduhan tersebut melibatkan sekumpulan individu kira-kira 20 orang terdiri dari pekerja-pekerja penarik kereta berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menarik kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berkenaan.

“Anggota polis yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan tetapi gagal dan seterusnya mendapatkan bantuan dari anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika anggota MPV dan URB sampai di lokasi kejadian, kesemua individu berkenaan telah melarikan diri.

“Setakat ini, lima lelaki warga tempatan berumur antara 26 hingga 50 tahun telah ditangkap di sekitar George Town.

“Pihak polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan tersebut iaitu topi kaledar dan pengunci motosikal,” katanya lagi.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh dengan senjata). – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 27-1-2022 12:35 PM
Geng2 ulat accident & tow truck ni jgn main2… very protective area depa.  Aku dulu call insuran punya tow truck.. punya la takut dak tow truck tu, mcm2 dia tanya.. ada tak tow truck lain standby, berapa ramai ulat.. pastu siap kasi tau step apa nak buat supaya dia boleh datang & amik kereta dan elakkan gaduh.
Quote kucingitam 27-1-2022 01:11 PM
tapi yg aku pelik drg ni sekelip mata je blh sampai..mcm jatuh dari langit
Quote Artemesiaa 27-1-2022 01:14 PM
Masaalah sama je dari dulu berebut customer saingan dah makin kuat.
Quote supernaturalee 27-1-2022 01:15 PM
kucingitam replied at 27-1-2022 01:11 PM
tapi yg aku pelik drg ni sekelip mata je blh sampai..mcm jatuh dari langit

Tu lh kn
Dh nm pun ulat
So mmg ada di mn2

Quote insulin 27-1-2022 01:17 PM
rikiruj replied at 27-1-2022 12:35 PM
Geng2 ulat accident & tow truck ni jgn main2… very protective area depa.  Aku dulu call insuran pun ...

Boleh ko jelaskan apa steps tu? Nak tahu juga ni.
Quote Skuau 27-1-2022 01:18 PM
Edited by Skuau at 27-1-2022 01:20 PM

xde garis panduan..lebih tepatnya 'undang2/akta/peraturan' ke tuk drng ni..atau memang 'boleh suka2'@'pasaran terbuka'...kekdahnya???
Quote elzy 27-1-2022 01:33 PM
Malu wei bergaduh tepi jalan..
Menangguk di air yg keruh..
Quote hareeeesah 27-1-2022 02:01 PM
Skuau:  Edited by Skuau at 27-1-2022  ...


Sebab ada demand utk dorg ni. Dorg tarik kat wrkshop kawan pastu kawtim harga. wrkshop ni kebanyakan tokey gangster, pelik..
Quote orkid_amani 27-1-2022 02:11 PM
Sama la..tuhari accident ada rider motooffer nak throwing kereta. Tapi husband cakap xpa..nak p balai dulu report pasai salah kami langgaq belakang.
Quote bulalof 27-1-2022 02:14 PM
semua perniagaan ada link dgn gangster. persoalannya, pihak berkuasa takde buat apa2 ke?
Quote musangbodoh 27-1-2022 02:46 PM
bulalof replied at 27-1-2022 02:14 PM
semua perniagaan ada link dgn gangster. persoalannya, pihak berkuasa takde buat apa2 ke?

pihak berkuasa sibuk...jgn kacau
Quote Adrif 27-1-2022 07:14 PM
dulu waktu kereta kami berasap, rosak kat highway, nasib baik dekat dengan tol. belakang tol pulak, ada sekatan polis dengan askar, check surat kebenaran. waktu lockdown kedua tak silap

call PLUS. diorang datang, check kereta, tapi tak boleh tarik katanya. diorang panggil orang bengkel berdekatan. tarik dan repair terus katanya. ok lah. kami pun tak tau nak buat apa.
orang tu datang naik motor je. dia check kereta, lepas tu set harga. tow seratus, repair kereta, seminggu RM300, atau kalau nak cepat, haritu tu jugak siap, RM1000.

tergamam beb. aku cakap la takde duit. kami pun emergency nak balik kampung, atok kat hospital. lepas tu dia bagi nombor, apa2 call dia. dia pun chow. kami terkontang-kanting kat tengah panas tu.

nasib baik sebelum tu, polis & JPJ ada keluarkan arahan, kalau rentas negeri, better bawak kertas insuran kereta sekali. korek dashboard, jumpa. call nombor company insuran yang kat kertas tu.
dia mintak details, lokasi, nombor plate, warna kereta. lepas tu akan send towtruck. cas RM50 sahaja. untuk driver towtruck tu. yang lain diorang cover. sama ada hantar kereta terus ke rumah, atau ke bengkel.

maka kami balik rumah dengan aman. RM50 sahaja.
Quote Belibis 27-1-2022 08:48 PM
bulalof replied at 27-1-2022 02:14 PM
semua perniagaan ada link dgn gangster. persoalannya, pihak berkuasa takde buat apa2 ke?

Rangkaian ini bersambung kepada pihak berkuasa jugak..sama2 meraih untung.
Quote edoraixora 27-1-2022 09:17 PM
Pengalaman aku dgn ulat2 tow truck ni memang menjengkelkan...

Nasihat aku kalau eksiden, terus call insurans utk uruskan tow truck. Itu kalau kete x boleh jalan lah. Kalau boleh jalan, call insurans & hantar kereta sendiri ke bengkel.

Sesambil tunggu tow truck insurans tu, korang memang akan di harrass oleh ulat2 tow truck ni yg jaga kawasan tu. Buat hati kering je, diaorg akan buat macam2, pujuk segala bagai utk korg serahkan kereta kat diaorg. Even jangan bagi diaorg alihkan kereta ke tepi. Atau korang alih sendiri, tapi instruct by them, JANGAN. Korang duduk diam je dalam kereta tu, atau kalau bahaya duduk dlm kereta, keluar tapi jangan layan diaorg. Cakap dah call insurans utk uruskan, period. Toksah layan diaorg bercakap.
Quote renko 27-1-2022 09:23 PM
Pergi lah mampus celaka2 ni..bergaduh berbunuh la terus sesama sendiri
Quote edoraixora 27-1-2022 09:25 PM
Edited by edoraixora at 27-1-2022 09:27 PM

Aku hari tu diaorg siap tunjuk kad kuasa konon nak alihkan kereta ke tepi sbb menghalang lalu lintas. Ni staf gomen ye, buat job tepi jadi ulat tow truck.

Dah lama sikit, aku cakap bab mai kad kuasa tu sy nk tengok. Masa tu aku dlm kereta, bercakap melalui tingkap bukak sikit jer. Gelabah dia kekonon cari kad tu semula entah simpan mana. Seluk2 segala poket yg ada. Aku firm nk tengok kad dia. Sekali kad apa tau, kad bahagian perlesenan majlis. Kepala honggak dia. Pastu aku snaplah kad dia, apa2 jadi senang.

Tak putus asa ye ulat2 ni pujuk2 nak alihkan kereta segala bagai. Ada 3-4 bijik kereta ulat dok kerumun kete aku. Masa tu malam, kawasan x banyak kereta. Aku buat keras jer duk dlm kete.


Last2 aku tinggi suara, sy dah call insurans sy, korang ni nak apa lagi?? Barulah memasing beredar.
Quote ninja9 27-1-2022 09:34 PM
rikiruj replied at 27-1-2022 12:35 PM
Geng2 ulat accident & tow truck ni jgn main2… very protective area depa.  Aku dulu call insuran pun ...

apa yang buat geng fikir mesti kena ambik service mereka... atau mereka ni nak guna paksaan ambik pendekatan samseng kpd pelanggan

Quote cheezel 27-1-2022 09:45 PM
Kete rosak terus call insurans utk tow. Jangan layan mana2 motor ke lori yg nk "tolong"
Quote cheezel 27-1-2022 09:46 PM
Macam aku haritu ckp je dah call insurans trus mat motor tu blah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055454 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top