CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Terbang Dari Slovakia Dapat Kelulusan Rasmi

27-1-2022 04:36 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1385| Komen: 13|Original author: Agent13k

Description: Di Bratislava, Slovakia, Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia mengeluarkan sijil kelayakan udara kepada model kereta terbang, AirCar sekali gus menjadi langkah pertama ke arah pengeluaran komersial ci ...
Di Bratislava, Slovakia, Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia telah mengeluarkan sijil kelayakan udara kepada model kereta terbang, AirCar sekali gus menjadi langkah pertama ke arah pengeluaran komersial ciptaan kereta itu.

Kredit foto: Robb Report


Petikan dari Sinar Harian, Stefan Klein iaitu Pengasas dan Ketua Eksekutif Klein Vision berkata, "pensijilan AirCar membuka pintu untuk pengeluaran besar-besaran kereta terbang yang sangat cekap dan ia adalah pengesah rasmi dan muktamad tentang keupayaan kami untuk menukar perjalanan jarak pertengahan selama-lamanya." 

kredit foto: HiConsumption


AirCar sudah menyelesaikan penerbangan antara bandar pertamanya pada Jun tahun lalu, kenderaan itu menggunakan enjin BMW 1.6 liter dan memerlukan landasan hanya sepanjang 300 meter (m) untuk berlepas.

kredit foto: Byeri

Kereta terbang itu mempunyai kelajuan penerbangan sehingga 170 kilometer sejam (km/j) dalam jarak 1,000 kilometer (km), walau bagaimanapun, jurucakap Klein Vision memberitahu CNN lesen juruterbang diperlukan untuk menerbangkan kenderaan hibrid itu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 04:36 PM
Lesen terbang tersenyum sinis
Quote miznora 27-1-2022 05:46 PM
Akhirnya.. Merasa la kita esok2 naik kete terbang
Quote tumpanglalu74 27-1-2022 05:55 PM
miznora replied at 27-1-2022 05:46 PM
Akhirnya.. Merasa la kita esok2 naik kete terbang

Siap sedia pake pampers dulu la ye..  Cable car Genting pon adek aku leh terkencen.
Quote umbut 27-1-2022 06:22 PM
Dulu atok nak buat keta terbang korang bising..atok sentiasa berpandangan jauh kehadapan tau.
Quote Artemesiaa 27-1-2022 06:25 PM
Kan dah kata lepas2 ni ketika memandu bukan kena alert depan belakang kiri kanan je atas pun kena diperhatikan juga nanti.  Dibuatnya ada masaalah engin kecelepuk jatuh atas jalan nyaya pak karim.
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 06:36 PM
Malaysia kereta terbang tetapi masih dalam pembinaan agaknya

Quote dua_chzy 27-1-2022 06:38 PM
miznora replied at 27-1-2022 05:46 PM
Akhirnya.. Merasa la kita esok2 naik kete terbang


Zaman 90an dulu jika cikgu suruh lukis suasana di tahun 2020, ai musti lukis kereta terbang pehtu lukisan mesti futuristik habis. Wajib. Dari SK ke SMK.

Ujung2 tahun 2020 jalanraya di Sabah masih sama seperti tahun 1970.
Quote nononcrux 28-1-2022 01:30 PM
hahha syarat memiliki kereta terbang mesti ade lesen Fly kan..
Quote sharlenetexas 28-1-2022 01:37 PM
dua_chzy replied at 27-1-2022 06:38 PM
Zaman 90an dulu jika cikgu suruh lukis suasana di tahun 2020, ai musti lukis kereta terbang pehtu  ...

Iols gi sabah tahun 2007 dulu susah nk jumpa bas, sama ada bas mini atau bas panjang. Yang adanya van yg deyols buat bas. Bersardinlah kat dlm tu. Stesen tu atas skit dari pasar pilipin tu kot. Nak gi beverly hills ke, api api, menggatal, karambunai etc.

Quote Supersirap 28-1-2022 11:19 PM
Bila la agaknya kereta terbang ni menjadi norm kepada kita
Quote Suchi 29-1-2022 12:01 AM
Jem la atas udara tu nanti dengan ketebang, heli, jet lagi
Quote Lagubestbest 29-1-2022 02:14 AM
Edited by Lagubestbest at 29-1-2022 02:21 AM
umbut replied at 27-1-2022 06:22 PM
Dulu atok nak buat keta terbang korang bising..atok sentiasa berpandangan jauh kehadapan tau.

tak boley, nanti dia tax macam2 sebab nk protect brand kete terbang tempatan yg nanti sah2 anak dia bakal jd vendor servis/ spare parts. negara lain pun ada je tax macam2 tp takdela sampai braind oversea semua jadi harga premium.
Quote batmana 29-1-2022 04:39 AM
kete terbang yg btul pakai ion propulsion, bkn pkai kipas bagai
tapi teknologi blum capai  lagi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.235909 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top