CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lelaki Diganti Dengan Keris, Batal Kahwin Sebab Tak Nak 'Nyentana'

19-1-2022 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1678| Komen: 16

Description: Jakarta – Seorang gadis terpaksa melalui detik menyedihkan apabila berkahwin tanpa calon suami dan diganti dengan kehadiran sebilah keris sebagai simbolik lelaki, lapor Suara.com.
Jakarta – Seorang gadis terpaksa melalui detik menyedihkan apabila berkahwin tanpa calon suami dan diganti dengan kehadiran sebilah keris sebagai simbolik lelaki, lapor Suara.com.


Pengantin perempuan, Ni Putu Melina,22, yang berasal dari Kecamatan Blahbatuh, Pulau Bali melangsungkan majlis tersebut sendirian pada 12 Januari lalu selepas bakal suaminya secara tiba-tiba enggan meneruskan perkahwinan.

Bapa Melina, I Ketut Suwrdita berkata,  punca pembatan perkahwinan adalah kerana sang lelaki enggan mengikut adat tradisional masyarakat Bali iaitu ‘nyentana’


‘Nyentana’ adalah  adat di mana lelaki perlu tinggal di rumah keluarga wanita sehingga isterinya hamil.


“Mereka sudah lama bercinta, namun kerap  putus dan disambung semula. Pada mulanya, bakal suaminya setuju untuk ‘nyentana’ bagi tempoh sehingga anak saya disahkan hamil selepas berkahwin.

“Apabila persiapan perkahwinan sudah selesai, lelaki itu tiba-tiba tidak mahu untuk ‘nyentana’,” jelas Ketut.

Menurut Ketut, dia tidak sampai hati membatalkan majlis perkahwinan itu lalu mengambil keputusan meneruskannya dengan menggantikan sosok suami dengan sebilah keris.

“Saya tidak malu video perkahwinan tanpa suami Melina tular kerana saya mahu orang tua dan gadis-gadis di luar sana ambil pengajaran apa yang berlaku.

“Cukup anak saya seorang yang diperlakukan begini,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 19-1-2022 12:24 PM
‘Nyentana’ adalah  adat di mana lelaki perlu tinggal di rumah keluarga wanita sehingga isterinya hamil.




“Mereka sudah lama bercinta, namun kerap  putus dan disambung semula. Pada mulanya, bakal suaminya setuju untuk ‘nyentana’ bagi tempoh sehingga anak saya disahkan hamil selepas berkahwin.
Quote Decaffeinated 19-1-2022 12:39 PM
asal cocok kan mbak

Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 12:39 PM
Bahaya kalu masukkan keris ke dalam sarung keris, nanti berdarah pula
Quote cmf_kunyit 19-1-2022 12:49 PM
anggap la tiada jodoh antara kita...
Quote Suchi 19-1-2022 12:55 PM
Lerr kalau tak hamil2 juga duk jelaa ngn mertua sehingga 20 tahun pun?

Cemana mau hamil kalau duk sekali ngan mertua susah skit laaa proses kehamilan tu nak belaku, ia mungkin berlaku laa tp ibarat seperti melepaskan batuk di tangga jelaa.

Quote Minami2013 19-1-2022 12:58 PM
Pelik2 adat indon...what to expect kan
Quote Simunggu 19-1-2022 01:01 PM
dah pengantin tak nak kahwin tukarlah majlis ke B'day party kah...atau majlis tupperware
Quote tikusmontok 19-1-2022 03:29 PM
CARI-MRO replied at 19-1-2022 12:24 PM
‘Nyentana’ adalah  adat di mana lelaki perlu tinggal di rumah keluarga wanita sehingga isterinya h ...

Kenapa kau suka ulang posting..mabuk sirap ke?
Quote tikusmontok 19-1-2022 03:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-1-2022 12:39 PM
Bahaya kalu masukkan keris ke dalam sarung keris, nanti berdarah pula


Nasib baik friska babu sempat mencaras lakitaguna msia, kalo tak merasa kena kawin ngan terong
Quote pasa 19-1-2022 03:34 PM
cinta kerna cinta tak pelu kau nyatakan crot...
Quote sekngucing 19-1-2022 10:29 PM
kepelikan indo
Quote jazaa100 19-1-2022 10:40 PM
tikusmontok replied at 19-1-2022 03:32 PM
Nasib baik friska babu sempat mencaras lakitaguna msia, kalo tak merasa kena kawin ngan terong:lol ...

Ha...ha....lawak
Quote jazaa100 19-1-2022 10:41 PM
Alasan lelaki tu je.....

Kan dorang byk kali putus, tapi sambung semula.....
Quote igetso 19-1-2022 11:04 PM
Jangan adat menyetan sudah..
Quote Firenzza 19-1-2022 11:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-1-2022 12:39 PM
Bahaya kalu masukkan keris ke dalam sarung keris, nanti berdarah pula

Berdarah tu bukti masih dara
Quote borne 19-1-2022 11:21 PM
Bali ni aku pegi dulu memang menggerunkan.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.139666 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top