CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Mahu Manusia Hidup Di Berbilang Planet Untuk Elak Kepupusan

19-1-2022 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 814| Komen: 6

Description: Washington – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk membuat dakwaan menggemparkan bahawa semua spesies akan pupus melainkan manusia berhijrah ke planet lain, lapor akhbar Daily Star.
Washington – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk membuat dakwaan menggemparkan bahawa semua spesies akan pupus  melainkan manusia berhijrah ke planet lain, lapor akhbar Daily Star.


“Terdapat 100 peratus kemungkinan semua spesies akan musnah akibat pembesaran Matahari melainkan manusia berhijrah ke berbilang planet,” dakwanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

Usahawan Tesla itu berkata demikian sebagai membalas kenyataan di Twitter mengenai satu kajian baru-baru ini yang memaklumkan terdapat bukti bahawa kepupusan besar-besaran keenam melibatkan pelbagai spesies akan berlaku dan kali ini ia disebabkan oleh aktiviti manusia.


Foto: AFP


Peluang untuk mewujudkan koloni dan hidup di Planet Marikh menjadi motivasi utama cita-cita syarikat milik Musk, SpaceX untuk membina roket paling berkuasa dan canggih, Starship.

Baru-baru ini, apabila didesak oleh pengacara podcast, Lex Fridman, Musk akhirnya mendedahkan jangka waktu untuk misi SpaceX mendaratkan manusia di Planet Marikh.

“Dalam senario terbaik, kami akan mengambil masa lima tahun atau 10 tahun dalam senario terburuk.

“Starship adalah roket paling rumit dan paling canggih pernah dibina. Ini kerana Starship direka untuk membawa muatan lebih berat dan pada kos lebih murah daripada roket konvensional,” kata Musk.

Pengurangan kos itu, kata Musk, perlu dilakukan supaya manusia dapat membina bandar di Marikh.

“Pada masa ini, kos perjalanan ke Marikh adalah AS$1 trilion (RM4.18 trilion) justeru, ia tidak munasabah. Kita perlu menjadikannya munasabah.

“Kita tidak mahu hanya sampai ke Marikh dan meletakkan bendera seterusnya tidak kembali lagi selama setengah abad seperti misi ke Bulan. Kita perlu menjadi spesies berbilang planet,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 19-1-2022 10:07 AM
mcm citer superman, bapak antar anak ke bumi, psl planet nak hancur
Quote dani-rox 19-1-2022 10:23 AM
Edited by dani-rox at 19-1-2022 10:24 AM

bayar tax pun liat... kohkohkohhh

drpd ko sibuk pindahkan manusia, ada baiknya ko dan billionaire trillionaire lain keluarkan seciput duit korang hasil dprd hoarding stolen wages, utk selamatkan alam sekitar - yg seterusnya mengelakkan kepupusan manusia. tambahan lg, kurangkan aktiviti pencemaran company, carbon footprint dari kapal layar dan jet peribadi, mungkin kurangkan syok sendirik kunun org tak support cita2 angkasa lepas ngko... sesekali fikir jugak kejahatan korang yg mengeksploitasi titik peluh pekerja demi membiaya extravagant dick measuring contest korang semua.
Quote lipans 19-1-2022 10:46 AM
marikh hanyalah eksperimen je sementara ada teknologi ke planet lebih jauh yg lebih selamat utk didiami.
Quote ninja9 19-1-2022 10:55 AM
aku sokong ni, aku rasa ini project kemanusiaan yang mengagumkan setakat ini...

bukan elosn sahaja, nasa sendiri pun dah bertahun-tahun buat kajian untuk develop teknologi supaya manusia boleh melawat marikh dimasa depan..

Mars is calling! NASA is seeking applicants for participation as a crew member during the first one-year analog mission in a habitat to simulate life on a distant world, set to begin in Fall 2022. As NASA ventures farther into the cosmos, the astronaut experience will change.6 Aug 2021

Is NASA sending humans to Mars?
NASA is running Mars simulations where individuals will spend a month living inside 3D-printed habitats that could host the first humans on Mars. Applications opened on August 6 and will run through September 17, 2021. ... Applications are available now and will close on September 12, 2021.7 Aug 2021
Quote Dwdrum 19-1-2022 12:53 PM
Bagus lah elon bawa ur own kind.... Yang ada mostly buat untuk di sendiri di dunia dan akhirat saja..
Quote ninjago 20-1-2022 04:15 PM
literally out-of-the world brain

ntah sempat ntah tidak pun nak pindah2 planet nie

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040962 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top