CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Selalu Kena 'Ngorat' Dengan Wanita Lain Sebab Macam Tomboi

19-1-2022 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2115| Komen: 13

Description: Seorang wanita mendapat perhatian netizen gara-gara menceritakan kisahnya yang selalu disukai wanita lain kerana disalah anggap sebagai seorang lelaki, lapor laman berita Suara.com.
Seorang wanita mendapat perhatian netizen gara-gara menceritakan kisahnya yang selalu disukai wanita lain kerana disalah anggap sebagai seorang lelaki, lapor laman berita Suara.com.


Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @ vianitaekarini.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang wanita berperwatakan tomboi yang memakai baju t-shirt hitam dilihat sedang makan bersama suaminya di sebuah kafe.



“Risiko mempunyai isteri tomboi, selalu diminati oleh perempuan lain padahal sedang lepak bersama suami sendiri,’’ tulis wanita itu dalam video tersebut.


Wanita itu kemudian menghalakan kamera ke arah suaminya yang sedang duduk di sebelahnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen mengakui terpedaya dengan video tersebut kerana menyangka wanita itu adalah seorang lelaki.

“Kakak ini terlebih nampak macam lelaki, kacak sangat,’’ tulis seorang netizen.

“Aduh aku tertipu,’’ tulis netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-1-2022 09:25 AM
Wah isu semasa menjana fikiran dan kemajuan ummah sangat.
Quote Minami2013 19-1-2022 09:26 AM
Indonnnnnn
Quote Mooverine 19-1-2022 09:26 AM
definisi kacak, muka macam tu?
Quote dani-rox 19-1-2022 10:47 AM
muka sebijik ahbeng jual dvd dikata terlampau kacak hamagaaaadd

btw berita indon low taste nan rabun mcm ni isu semasa ke??
Quote ninja9 19-1-2022 10:52 AM
ntah aku tengok pandangan pertama tadi dah agak perempuang..  tak ada tanda misai janggut dan kulit yang halus . tapi betul bila kita tengok muka dia dan bayangkan dia lelaki... ada iras jugak
Quote Bholatchomel 19-1-2022 10:56 AM
sekarang ni aku confuse kenapalah banyak sangat cerita dari indonesia kat Cari Malaysia.. kalo cerita jenayah ke atau cerita yg boleh membangunkan minda ok lah.. ni cerita murahan cam gini pun nak masuk forum.
Quote laksmanabentan 19-1-2022 11:11 AM
Mooverine replied at 19-1-2022 09:26 AM
definisi kacak, muka macam tu?

kacak level pprt sgt kan...
hhahahaa...
Quote Samerosie 19-1-2022 10:57 PM
Mana satu binik dia? Yg pakai spec tu ke yg mask kat dagu?  Kalau yg mask kat dagu tu mungkin la tapi kalau yg pakai spec tu, mmm alahai.
Quote lattehazelnut 19-1-2022 11:00 PM
Edited by lattehazelnut at 19-1-2022 11:01 PM
Bholatchomel replied at 19-1-2022 10:56 AM
sekarang ni aku confuse kenapalah banyak sangat cerita dari indonesia kat Cari Malaysia.. kalo cerit ...


Tiktok indo pun jd isu semasa..
Mungkin org indon kot reporter ni..
Quote Firenzza 19-1-2022 11:06 PM
Nongkrong tu apekebendanya.....hantu jerangkung ke?
Quote borne 19-1-2022 11:26 PM
Ada kes lesbo kat forum Cinta & Persahabatan baru2 ni.
Quote fefeeling 19-1-2022 11:29 PM
Artikel ni nak suruh kita menjana pikiran untuk berpindah ke jekarda ke camne?
Quote sarahmirza 23-1-2022 10:30 PM
Bholatchomel replied at 19-1-2022 10:56 AM
sekarang ni aku confuse kenapalah banyak sangat cerita dari indonesia kat Cari Malaysia.. kalo cerit ...

Indon sedang mendonia...
Banyak pelabur asing datang...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055426 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top