CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yakin Syahiran Lelaki Terbaik-, Uyaina Arshad Dapat Petanda Melalui Mimpi

17-1-2022 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4152| Komen: 34

Description: Uyaina Arshad, 30, mendedahkan dia mendapat petanda jelas bahawa penyanyi Raja Syahiran, 29, adalah jodoh terbaiknya hanya menerusi mimpi.
Uyaina Arshad, 30, mendedahkan dia mendapat petanda jelas bahawa penyanyi Raja Syahiran, 29, adalah jodoh terbaiknya hanya menerusi mimpi.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, meskipun mimpi itu ringkas namun sudah cukup menguatkan hatinya bahawa Syahiran pasangan paling tepat buatnya.


Foto: IG

"Saya bersyukur sebab saya pernah dapat petanda dalam bentuk mimpi yang sangat jelas. Alhamdullilah. Dalam mimpi itu, Syahiran datang dan pegang cincin.

"Itu sahaja. Tiada perbualan. Pendek sahaja mimpinya. Tapi cukup. Cukup untuk beri saya kekuatan untuk melangkah ke fasa yang seterusnya," katanya menjawab sebuah pertanyaan di Instagram Stories.




Seorang pengikutnya bertanya bagaimana mengetahui seorang lelaki itu calon yang tepat sebagai jodoh kepada Uyaina. Dia mengakui soalan terbabit memang sangat bagus.

"Bagus soalan ni. Dulu, saya pun selalu tertanya solan yang sama. Saya sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang dengannya.

"Macam mana kita nak tahu dia adalah yang tepat? Terutama kalau sebelum-sebelum ini, kita pernah lalui beberapa kegagalan dalam hubungan. Buat sahabat wanita saya, tengok keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu," katanya.


Uyaina turut menekankan bahawa sangat penting untuk kedua pihak berbincang serius mengenai banyak perkara termasuk kelangsungan masa depan mereka. 

"Bincang mengenai perancangan masa depan, kestabilan kewangan, kemajuan karier, dan apa yang kamu berdua inginkan dalam perhubungan. 

"Gelombang pemikiran kamu sama atau tak?Banyak benda boleh sembang dan bincang selain 'you sayang I' tak.  Kemudian, bincang dengan keluarga. Restu keluarga adalah segalanya," katanya.





Uyaina dan Syahiran melangsungkan pernikahan pada 21 Disember lalu.

Pasangan terbabit mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-1-2022 10:20 AM
Belom sebolan pn dekkkk...masih wangiiiiiiii.. hujung2.....jodoh kami hnya setakat ini,asik sy beli boreh,yada3.... mudah2an berkekalan ya. InsyaAllah.
Quote missyL 17-1-2022 10:27 AM
Bole thn jgk tgok die ni dok show off laki hahahaa

Quote Masukkeluar 17-1-2022 10:29 AM
missyL replied at 17-1-2022 10:27 AM
Bole thn jgk tgok die ni dok show off laki hahahaa

mcm kan lakinya pelakon popular pulak..ahahaha.
pdhl aku langsung tak knl laki dia ni..artis ke/instafemes??
Quote DianaSaksen 17-1-2022 10:32 AM
Masukkeluar replied at 17-1-2022 02:29 AM
mcm kan lakinya pelakon popular pulak..ahahaha.
pdhl aku langsung tak knl laki dia ni..artis ke/in ...

Pernah join show dansa dan sing
Tak pernah tengok ke ?
Quote flipolivio 17-1-2022 10:35 AM
tak berapa berkenan dia ni..nampak mcm try hard
Quote KBW2 17-1-2022 11:02 AM
kuat bermimpi Uyaina ni haha
Quote Masukkeluar 17-1-2022 11:13 AM
DianaSaksen replied at 17-1-2022 10:32 AM
Pernah join show dansa dan sing
Tak pernah tengok ke ?

itu je ke pencapaian lakinya? ingatkan jadi pelakon. serius memang tak kenal.
Quote lyshafull 17-1-2022 11:17 AM
Mcm mana ek manusia bolh senang2 interpret mimpi … dh kalo sebelum tido duk on call dgn laki mana x masuknye dalm mmpi choi sgt … bru sebulan 2 kahwin dh show off panjang lagi perjalanan hidupnya
Quote Zaien 17-1-2022 11:19 AM
semedanggggggg ko nk show???
Quote prince_marhaen 17-1-2022 11:27 AM
CRINGE LEVEL : menguappppppppppppppppppppppppppp........
Quote Shazid 17-1-2022 11:35 AM
Selamat pengantin baharu
Quote Managerara 17-1-2022 11:48 AM
Masukkeluar replied at 17-1-2022 11:13 AM
itu je ke pencapaian lakinya? ingatkan jadi pelakon. serius memang tak kenal.

Raja shahiran ni kaya gile..famili bisnes keliling pinggang sebab tu tak glemer sangat sbb dia bisnesman.
Quote princessmiang 17-1-2022 11:48 AM
ko baru je kawin khenzz..... kang tak sampai 5 tahun dah berspek itam belalang jubah itam masuk mahkamahhhh
Quote dudaberhias 17-1-2022 11:49 AM
uyaina sittah annur
Quote Masukkeluar 17-1-2022 12:05 PM
Managerara replied at 17-1-2022 11:48 AM
Raja shahiran ni kaya gile..famili bisnes keliling pinggang sebab tu tak glemer sangat sbb dia bis ...

patut la uyaina nk..hhaha.
bisnes apa? kaya level level mcm family kawan dia si nazreem tu ke?
Quote AshkieLa 17-1-2022 12:15 PM
cehhh...
meols dah yg ke 13 anniversary tahun ni pun tak berani nak share tips ape2...
ko yg baru lagi ni boleh dok diam2 tak?
sama jugak kalau dapat baby nanti...jangan sibuk nak jadi yg terpaling.. yihhhhh
Quote 3chanceno 17-1-2022 12:20 PM
Masukkeluar replied at 17-1-2022 10:29 AM
mcm kan lakinya pelakon popular pulak..ahahaha.
pdhl aku langsung tak knl laki dia ni..artis ke/in ...

Agree

Belum 1 bukan dah berani kasi tips bermacam2
Quote 3chanceno 17-1-2022 12:23 PM
Managerara replied at 17-1-2022 11:48 AM
Raja shahiran ni kaya gile..famili bisnes keliling pinggang sebab tu tak glemer sangat sbb dia bis ...

Wah kaya tahap level yg gi makan nasi kandar di penang naik heli ke or naza clan?#tanyajer
Quote makcun14 17-1-2022 01:00 PM
Honeymoon phase lagi. Semuanya indah belaka
Jap lagi kalau cerai harus pakai alasan "jodoh tak panjang" salahkan takdir memanjang
Time tu acik porum harus bersedia jalankan tugas

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052182 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top