CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Banglo Tapi Curi Air!

13-1-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1114| Komen: 0

Description: Seremban: Tindakan kontraktor menggunakan air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) secara haram bagi kerja pembinaan banglo dua tingkat di Mantin, dekat sini, berjaya dikesan petang semalam.
Seremban: Tindakan kontraktor menggunakan air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) secara haram bagi kerja pembinaan banglo dua tingkat di Mantin, dekat sini, berjaya dikesan petang semalam.


Susulan itu, serbuan dilakukan pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Muhammad Naqib Aniq Abdul Kahar bersama anggota penguat kuasa SAINS di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Sains, Norzita Ismail berkata, operasi serbuan dilakukan jam 2 petang sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan kontraktor berkenaan.


Foto: Harian Metro

"Hasil siasatan di tapak mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) tanpa melalui sebarang meter.


"Bekalan air melalui sambungan tidak sah itu digunakan untuk kerja-kerja pembinaan premis berkenaan.

"Pegawai penguat kuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS dan pihak SPAN menyita semua pepasangan serta punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, pihaknya mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan perbuatan mencuri air milik SAINS kerana ia menyalahi undang-undang dan boleh menjejaskan kepentingan pengguna.

"SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan sama ada membabitkan pengguna komersial mahupun domestik.

"Tindakan tegas itu diambil untuk menjaga kepentingan pengguna dalam usaha mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW)," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan kesedaran masyarakat bersama-sama membantu SAINS dalam usaha mengurangkan kes kecurian air di negeri ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes berkenaan boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.042966 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top