CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah Kantoi, Ubah Gred Pelajar Kepada Lebih Baik Lepas Dapat Seks

13-1-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1425| Komen: 0

Description: Rabat: Mahkamah di Maghribi semalam, menjatuhkan hukuman dua tahun penjara kepada pensyarah yang didakwa menukar gred penuntutnya kepada lebih baik dengan ganjaran seks.
Rabat: Mahkamah di Maghribi semalam, menjatuhkan hukuman dua tahun penjara kepada pensyarah yang didakwa menukar gred penuntutnya kepada lebih baik dengan ganjaran seks.


Ia adalah keputusan pertama berkaitan dengan skandal seks untuk dapat gred lebih baik yang menggegarkan negara Afrika Utara itu, sejak September lalu.

Isu itu selepas media tempatan mendedahkan kebocoran mesej antara pensyarah terbabit bersama penuntutnya.


Gambar Hiasan

Defendan, seorang pensyarah ekonomi di Universiti Hassan I di Settat berdekatan Casablanca didapati bersalah kerana kelakuan tidak senonoh, keganasan dan gangguan seksual.


Empat lagi pensyarah akan dihadapkan ke mahkamah, pada hari ini, kerana tuduhan sama iaitu bersubahat melakukan penyelewengan, diskriminasi jantina dan keganasan terhadap wanita.

Ia rentetan skandal gangguan seksual berprofil tinggi di universiti Maghribi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun kebanyakannya kes gagal untuk dibicarakan.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, keganasan seksual berleluasa di negara itu, namun ramai mangsa tidak membuat laporan kerana takut serta menjejaskan reputasi keluarga mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053429 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top