Mempunyai ibu atau ayah tiri boleh menjadi trauma besar bagi seorang kanak-kanak bawah umur. Memang benar, dalam setandan pisang tidak semuanya rosak. Namun seringkali kita dengar tentang jenayah berat yang dibuat oleh golongan ini termasuklah dengan atas niat memuaskan nafsu serakah. Mengambil kesempatan atas kenaifan kanak-kanak, sebuah berita ini nyata menyesakkan dada. "Ayah tiri ambil kesempatan atas anak sebanyak 10 kali" Seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun rupanya telah menjadi ‘makanan’ si bapa tiri yang berusia 62 tahun. Bukan hanya sekali, malahan perbuatan terkutuk itu dibuat sebanyak 10 kali. Ditanyakan semula tarikh dan masa tepat, Kenanga (bukan nama sebenar) akui terlupa. Apa yang pasti, segala detik hitam itu terjadi dalam rumah mereka sendiri. "Pujuk akan berikan duit jajan jika permintaan dituruti"
Paling meruntun jiwa adalah pada tanggal 8 Oktober 2021, di mana lelaki bernama Umar Amin ini memperdaya akan memberikan duit jajan jika anak tirinya menurutkan permintaan jijik itu. Si ibu pula tidak mengetahui apa-apa kerana sibuk memasak di dapur sejurus bangun daripada tidur. "Bapa saudara larang jangan cakap lagi pasal ‘urusan orang dewasa’, tiba-tiba datang bisik ke telinga" Pada satu hari, Kenanga merasa curiga lalu bertanyakan tentang ‘hubungan’ yang akan dibuat oleh pasangan suami isteri sesudah bernikah. Pak ciknya mula merasa pelik dengan soalan berkenaan lantas melarangnya daripada terus berbicara hal sama lagi. Namun begitu, budak berkenaan tiba-tiba mendekati cuping telinga lelaki tersebut lalu mendedahkan sesuatu yang begitu mengejutkan. “Jangan beritahu Mama ya? Ayah selalu ajak adik ‘buat’ benda tu” -CARI |
ADVERTISEMENT